Saturday, January 24, 2009

..Belasungkawa..

Sunday, January 25, 2009


Semalam aku dikejutkan dengan berita sedih yang betul-betul membuatkanku terus terjaga dari tidurku. Sedang aku enak dibuai mimpi, kira-kira jam 1.35 pagi, datang roomateku mengejutkanku dan terus memberitahu..

"Lim, Hatta tak dok doh..!"


Aku tergamam seketika. Lantas mulutku terkumat-kamit melafazkan,

"innalillahi wainna ilaihi roji'un.."

Berita pemergian sahabat juniorku ini memang mengejutkan semua pihak. Almarhum Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22 memang disenangi semua orang, lebih-lebih lagi kawan-kawannya yang pernah jatuh dan bangun menyelami suka duka bersamanya. Almarhum yang baru saja tiba di Mesir awal September tahun lalu merupakan pelajar tahun 1 Kuliah Usuluddin, Kaherah..

Almarhum memang seorang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam dirinya. Ketika di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (MTANT) dulu, almarhum pernah dilantik sebagai exco Dewan Perwakilan Pelajar (DPP) selaku Ketua Lujnah Dakwah & Ibadah (KLDI) bagi sesi 2005/2006 sebelum dilantik menjadi Yang Di Pertua (YDP) bagi sesi seterusnya, 2006/2007. Walaupun beliau dilihat seorang yang berlemah-lembut tapi ketegasannya tidak dapat disangkal lagi. Ketika memegang Lajnah Dakwah, beliau banyak menyampaikan tazkirah dan tasyji' dalam nada yang lembut tetapi tegas!

Almarhum telah seminggu diserang sakit yang sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya. Ada yang kata Paru-paru berair, dan ada setengah hospital pula enggan menerima untuk memberikan rawatan kepadanya kerana dikatakan almarhum dihinggapi penyakit Tibi (dikhuatiri akan dijangkiti kepada pesakit lain), wallahu a'lam, hanya Allah Taala saja yang tahu akan hakikat ujian yang di'kurniakan' ke atas hambanya yang soleh ini..

Jenazah almarhum akan disembahyangkan pada pagi ini, jam 10.30 pagi di Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah. Kemudian jenazahnya akan diterbangkan ke Malaysia pada awal pagi esok, kira-kira jam 3 pagi (waktu Mesir)..

Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah dariNya. Mudah-mudahan almarhum ditempatkan bersama para Solihin, para Syuhada' dan para Anbiya'. Takziah kepada keluarga almarhum. Bersabarlah menerima ujian yang getir ini. Mudah-mudahan almarhum dapat memberikan syafa'at kepada kalian semua, Amin Ya Rabbal 'Aalamin..


1 comments:

qursh January 31, 2009 at 8:26 AM  

Al-fatihah untk arwah..
smga dia dtmptkan brsama org2 yg soleh..
amin ya robb

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP