Tuesday, March 31, 2009

..Zambry & Muhyiddin Aminkan Doa Nizar..

Tuesday, March 31, 2009


Pada waktu Maghrib Ahad lepas, di Masjid Simpang, Taiping, Perak, Calon PAS PRK P.059 Bukit Gantang, Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah mengimamkan solat. Antara makmumnya ialah calon UMNO-BN, Ismail Saffian, Timbalan Presiden UMNO yang baru, Tan Seri Muhyiddin Yassin dan MB kudeta haram Perak, Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir. Entah apa yang didoakan oleh Haji Nizar, tapi mamat-mamat BN di belakang ini bukan main lagi mengaminkannya... Hahaha..!!

sumber

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, March 30, 2009

..Siapa yang Patut Diharamkan?..

Tuesday, March 31, 2009


Beberapa hari lepas mahasiswa Mesir khususnya ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dikejutkan dengan tersiarnya satu berita yang mengusulkan supaya PMRAM diharamkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Usul itu dikemukakan oleh perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KLUN). Beliau mendakwa PMRAM telah menyebarkan ideologi pembangkang kepada ahli-ahlinya..



Menurut mantan Setiusaha Agung PMRAM, usul yang agak panas didengar ini langsung tidak mengejutkan beliau kerana sudah bertahun-tahun isu ini dibangkitkan dan boleh dikatakan sudah lali bagi pimpinan PMRAM itu sendiri. Walau bagaimanapun, beliau selaku orang yang memegang jawatan selama 3 tahun dalam PMRAM terasa amat kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan selain mendakwa ianya merupakan fitnah terbesar untuk menjatuhkan PMRAM di bumi Mesir ini..

Bagi penulis, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan itu langsung tidak dapat menggugat kredibiliti persatuan induk yang sudah hampir 80 tahun menaungi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir. Tuduhannya itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri bagi ahli-ahli PMRAM. Biarlah PMRAM dilabelkan dengan apa sekalipun, mereka tetap berdiri teguh di belakang pimpinan menempuh susah dan senang bersama..

Mereka menuduh PMRAM menanamkan ideologi pro pembangkang kepada ahli-ahlinya adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Kita sebagai mahasiswa yang celik dan terbuka minda perlu memahami antara melibatkan diri dalam politik secara langsung dengan mengambil tahu atau menyatakan pandangan dalam isu politik. Sebagai contoh, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) atau di Mesir ini lebih ma'ruf disebut Nadi UMNO. Kelab ini memang jelas membawa aspirasi dan perjuangan UMNO Malaysia di sini dan bukan hanya bertindak sebagai wakil kerajaan di bumi Anbiya' ini..

Kalau hendak dibandingkan antara PMRAM dan Nadi UMNO di sini memang banyak bezanya. PMRAM mempunyai kelebihan tersendiri kerana ianya didaftarkan di bawah syu'un ijtima'iyyah (Hal Ehwal Kemasyarakatan) Mesir sekaligus menjadi salah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Mesir. Sebab itulah PMRAM tidak bernaung di bawah pihak kedutaan atau Jabatan Penuntut di sini kerana bernaung di bawah kerajaan Mesir lebih selesa dan 'selamat' dari kawalan pihak-pihak tertentu..

Jadi jelaslah di sini siapa yang patut diharamkan. Sesungguhnya kita tidak dapat mampu menyekat kebebasan mahasiswa berpolitik tetapi jangan kita yang memaksa mereka untuk berpolitik!
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

..Sejarah Pilihan Raya Tercatat..

Monday, March 30, 2009


Semalam, satu sejarah telah tercatat dalam senario politik tanah air. Ianya dicatat dalam proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan tiga kawasan sekaligus, iaitu Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing di Kedah dan Sarawak. Apa yang menariknya, seramai 20 orang calon telah disahkan bertanding bagi ketiga-tiga PRK tersebut yang dijadual berlangsung pada 7 April depan. Dari jumlah itu, calon yang paling ramai dicatatkan ialah bagi DUN Bukit Selambau seramai 15 orang. BN dan PKR masing-masing diwakili seorang calon manakala selebihnya adalah calon BEBAS, termasuk seorang wanita..

Ini merupakan satu sejarah dalam pilihan raya di Malaysia di mana sebelum ini menurut maklumat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon teramai dicatatkan dalam pilihan raya baik Parlimen mahupun DUN adalah seramai 8 orang. Nampaknya pengundi-pengundi DUN Bukit Selambau akan diberikan kertas undi terbesar dalam sejarah pada 7 April nanti. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat pilihan. Tersilap pangkah, menyesal 3, 4 tahun. Ingat, kerana tangan jiwa merana!

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Sunday, March 29, 2009

..Rangkuman Seminggu..

Sunday, March 29, 2009


Seminggu sudah berlalu. Dalam tempoh tersebut terlalu banyak kisah dan peristiwa yang berlaku. Insya Allah akan kuceritakannya satu-persatu. Eh, macam pantun je, semua berakhir dengan huruf 'U' di belakang, he he..

Khamis & Jumaat

Baik, setelah pulang dari Mansurah minggu lepas, kami tidak terus pulang ke Shoubra, tetapi meneruskan 'pengembaraan' melihat keindahan alam di bumi Dumyat. Dumyat atau nama lainnya Damietta merupakan kawasan terdapatnya pantai di situ. Apa yang menarik, hasil laut yang paling banyak di pantainya ialah kerang. Kerangnya pula bukan sebarang kerang, tetapi sebesar alam!

Kami sampai di Dumyat hampir-hampir maghrib. Dalam kami sibuk meng'usya' tempat penginapan di situ, kami sempat singgah di sebuah masjid. Di situ kami selaku 'tetamu' dari Malaysia telah diberi penghormatan oleh pegawai dan jawatankuasa masjid. Aku diminta melaungkan azan isyak dan memperdengarkan bacaan Al-Quran berlagu. Sebelum itu, syeikh merangkap imam masjid tersebut meminta agar diperdengarkan 'azan bitaa' Malizi miyah-miyah!' (azan gaya Malaysia 100%). Bukan senang nak dapat peluang di masjid besar sebegitu..

Dalam kesempatan sehari tinggal di situ kami sempat melawat kawasan Ra'sul Bar, di mana tempat bertemunya antara Sungai Nil dan Laut Mediterranian. Di samping itu, kami sempat merasai hasil laut di beberapa restoran sea food di kawasan pekan Ra'sul Bar..

Ahad - Isnin

Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan (BKKS) Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Exco KPT selama 2 hari. Kami anak-anak Terengganu dari Shoubra turut tidak ketinggalan dalam menyertai kejohanan bagi memantapkan kesatuan anak-anak Terengganu ini. Kejohanan ini melibatkan antara 10 pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Alhamdulillah, keringatku naik turun dari Shoubra ke Hayyu 'Asyir akhirnya berbaloi apabila teamku, Cappucino Billaban FC berjaya mendapat naib johan setelah tewas 1-2 kepada Skoda FC dalam perlawanan akhir yang sungguh mendebarkan..

Selasa

Selesai kelas tasmi' dan syarah Dhobtul Quran petang itu, aku mula membuat kerja-kerja persiapan bahagian multimedia untuk Muktamar Sanawi PMRAM yang bakal menjelang. Walaupun ketua sudah memaklumkan kepadaku seminggu sebelum ini, tetapi oleh kerana ketiadaan bahan yang hendak kumasukkan dalam slide show kali ini menyebabkan kerja-kerja menyiapkannya tertangguh. Lagi satu, memang sudah menjadi tabiatku sejak sekian lama, iaitu suka menangguh-nangguhkan kerja dengan kata lain kerja last2 minute. Bila la aku nak berubah?

Rabu

Seawal jam 6.15 pagi lagi aku sudah melangkah keluar rumah. Pagi itu aku menghadiri Liqa' AJKT DPM di Saint Theresa. Dua hari lepas aku berjanji dengan ahli baitku, Mizi yang aku akan menemaninya ke Muktamar HEWI PMRAM yang berlangsung hari ini. Beliau dijemput sebagai qari pembukaan majlis perasmian. Tiba-tiba semalam aku terpaksa membatalkan hasratku itu apabila handsetku menerima mesej tentang makluman liqa' tersebut. Apa yang mengecewakanku, penerbitan Suara Kampus Edisi MAQAZ (SUKMA) keluaran terbaru terpaksa ditangguhkan sehingga selesai imtihan atas beberapa masalah teknikal. Sepatutnya SUKMA tersebut boleh ditauzi' (diedar) sebelum imtihan lagi. Apa-apa pun, pasti Allah ingin menunjukkan hikmah di sebalik kelewatan yang berlaku asalkan kita redha dan sabar..

Petang itu aku terus menyambung kerja-kerja slide show yang belum disiapkan semalam. Hampir sehari suntuk aku menyiapkannya sehingga memaksaku bersengkang mata. Oleh kerana terlalu masyghul hari ini, aku hampir-hampir terlupa bahawa hari ini (25 Mac) merupakan ulang tahun kelahiran satu-satunya abangku dunia akhirat, Ahmad Suhail. Abang kini berkhidmat di Syarikat
Imtiaz Travel Sdn Bhd, sebuah syarikat pelancongan di pusat Bandaraya Kuala terengganu di samping beliau diamanahkan sebagai Ketua JK Pemuda PAS Cawangan Teluk Ketapang. Alim doakan semoga Abang terus thabat dalam perjuangan, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dapat memimpin masyarakat dan keluarga. Terima kasih atas segala tarbiah dan tunjuk ajar untuk Alim dan adik-adik selama ini..

Khamis

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 berlangsung. DPM MAQAZ Shoubra telah menghantar 30 orang perwakilan di samping kira-kira 20 orang pemerhati sepanjang muktamar. Kehangatan muktamar pada tahun ini dirasai tatkala agenda perbentangan dan perbahasan usul dikemukakan. Sebanyak 4 usul telah diluluskan pada tahun ini, yang mana usul-usul tersebut merangkumi membanteras unsur-unsur perpecahan ahli, mempertahankan naungan PMRAM, urusan sambungan visa dan Dana Syaqah. Sepanjang 2 kali mengikuti muktamar ini sebagai perwakilan, aku melihat muktamar tahun ini lebih panas dengan usul-usul yang dikemukakan berbanding tahun-tahun sudah..

Sebelum itu, ketika pembukaan sidang lagi, kami dikejutkan dengan berita pemergian anak perempuan pasangan sahabat dari Terengganu,
Ustaz Mohd Sabri Yamin dan Ustazah Che Amirah Che Muda. Anak pasangan tersebut yang lahir ke dunia tidak sampai 24 jam telah dipanggil mengadap Ilahi kira-kira jam 8 pagi. Selepas asar, semua pimpinan PMRAM, para perwakilan dan pemerhati sama-sama menyembahyangkan jenazah kanak-kanak tersebut di Dewan Nadi Riyadhi, Hayyu Sadis, tempat muktamar berlangsung. Semoga ruh almarhumah dicucuri rahmat dan menjadi syafaat untuk kedua ibu bapanya, aminn..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Saturday, March 21, 2009

..Sempurna Sudah..

Saturday, March 21, 2009


Dua hari lepas, aku sempat menghadiri jemputan walimah sahabatku, Ahmad Rashidi Mohamed Ali yang telah selamat 'membina masjid' di bumi barakah ini bersama pasangan pilihan hati, Ishatun Radhiah A. Jalil. Walimahnya telah diadakan di Bandar Mansurah, Daqhiliyyah, yang memakan masa kira-kira 2 jam lebih perjalanan dari Kaherah..

Fenomena musim perkahwinan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah yang baru melabuhkan tirainya hari ini, tetapi juga tempiasnya turut terkena mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar di sini. Difahamkan sebelum ini juga (kalau tak silap beberapa hari dalam minggu lepas), seorang siswi dari Terengganu telah selamat diijab kabulkan di Iskandariah. Apa yang menariknya, jejaka pilihan yang sudah tertulis sebagai jodoh baginya adalah berasal dari Algeria dan berkulit putih. Hebat bukan?

Begitulah jodoh yang telah disusun cantik oleh Allah Taala kepada hamba-hambanya. Bak kata pepatah, 'kalau dah jodoh tak kan ke mana'. Maha suci Allah yang menjadikan hambanya berbilang bangsa dan warna kulit. Lebih menarik, istilah cinta boleh terbit dari hati mereka walaupun berlainan bangsa dan bahasa, tetapi rupa paras dan elemen lain tetap tidak menjadi ukuran jika agama diletakkan paling hadapan dalam pemilihan bakal suami atau isteri..

Isu perkahwinan global ini bukan lagi asing di kalangan kita. Ramai juga yang memilih pasangan hidup dari kalangan yang bukan satu negara, bangsa dan warna kulit. Sebagai contoh, seorang lepasan Al-Azhar Shoubra sekitar tahun 90-an telah bertemu jodoh dengan seorang gadis arab di sini. Kini beliau menjadi mudir (pengetua) di sebuah institusi tahfiz swasta di Kedah..

Bulan lepas ketika aku berpeluang makan di Restoran Seri Kelantan (RSK) di Hayyu Sabi', Kaherah
aku terserempak dengan pemilik restoran tersebut bersama anak-anaknya yang fasih berbahasa inggeris. Aku hairan kenapa kanak-kanak ini tidak bercakap melayu, sedangkan ibunya berbangsa melayu? Rupa-rupanya ayah kanak-kanak tadi merupakan seorang warga Amerika yang telah menikahi gadis (ibu kanak-kanak) tersebut. Mungkin kita terfikir bagaimanakah mereka bertutur ketika mula-mula perkahwinan mereka dulu, bukan?

Selamat pengantin baru ku ucapkan buat sahabatku, Rashidi. Sudah sempurna separuh dari tuntutan agamamu, tinggal lagi ketaqwaan dan keimanan dalam melayari bahtera rumah tangga agar terus kekal hingga ke syurga. Sesungguhnya telah bergembiralah para malaikat takala iblis dan syaitan menangis mengenangkan sepasang anak adam telah terselamat dari maksiat dan dosa. Buat Shidi dan zaujah, aku ucapkan "baarakallu lakuma, wa baarik 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair.."

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, March 18, 2009

..Ditag Bintu Hassan..

Wednesday, March 18, 2009


Begitu pantas masa berlalu. Sedar tak sedar sudah hampir seminggu blog ini kubiarkan bersawang kembali. Dalam fatrah tersebut, aku sekali lagi ditag oleh juniorku khirrij maahad, Bintu Hassan. Walaupun tagnya itu disoal dalam bahasa penjajah (sementelah isu PPSMI sedang hangat diperkatakan sekarang), akan tetapi ku cuba untuk menjawab tagnya sekadar termampu agar tidak mengecewakannya..

If someone says "are you okay" you say?
Alhamdulillah, khair.

What do you like in a guy/girl?
Seorang yang jujur dalam setiap aspek dan berakhlak mulia.

What is your life's purpose?
"khairun naas anfa'uhum lin naas".

What's your motto?
Mujahadah dalam setiap bidang dan tak akan sesekali give-up.

What do your friends think of you?
"La a'rifu binafsi, Allahu wa hum (ashabiy) ya'rifun".

What do your parents think of you?
Permata bagi keluarga, contoh terbaik kepada adik-adik (itu harapan mereka).

What do you think about very often
Kurangnya ilmu sambil mengenangkan banyaknya dosa yang sentiasa kuulang.

What do you think about your best friend?
Memahami diri ini, menegur salah dan silap, serta sentiasa di sisi ketika diri ini menangis dan ketawa.

What is your life story?
Hidup ini ibarat roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah.

What do you want to be when you grow up?
Salah seorang 'amilin untuk agama Allah, insya Allah.

What do you think when you see the person you like?
"Masya Allah.. Ya Allah, kau jadikanlah aku seperti dirinya."

You dance at your wedding?
Lan af'al hakaza, never! (aku sesekali tak akan buat sebegitu!).

What is your hobby/interest?
Segala apa yang bersangkut-paut dengan bola sepak.

What is your biggest fear?
Amanah yang ditaklifkan (banyak yang terlepas pandang) dan saat-saat pertemuan denganMu Ya Rabb.

What is your biggest secret?
Hanya Allah dan diriku saja yang tahu.

What do you want right now?
Maghfirah dan kasih sayang daripada Allah s.w.t.

What do you think of your friends?
Orang yang mencapai tanganku dan mengangkatku ketika ku rebah tersungkur.

What will you post this as?
Ditag bintu Hassan.


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, March 11, 2009

..Jom Layan..

Wednesday, March 11, 2009

Sempena dengan berakhirnya siri road show biah solehah dua hari lepas, di sini aku ingin mengajak pembaca-pembaca sekelian sama-sama kita menonton dan menghayati slide show biah solehah yang telah disediakan oleh Unit Promosi Biah Solehah PMRAM 2008/2009..

Harap para pembaca dapat spend masa 8 minit demi manfaat kita bersama




Ayuh, kita laksanakan kempen biah solehah!
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, March 9, 2009

..Ditag lagi..

Tuesday, March 10, 2009

Dalam fatrah kesibukan sehari dua ini aku mendapat tahu bahawa diriku sekali lagi telah ditag, cuma kali ini oleh orang yang berlainan. Kalau sebelum ini ditag oleh adik sendiri, kali ini sahabat blogger realiti, RdhanZ pula mencabarku. Insya Allah aku akan menjawab tagnya walaupun sudah terlalu lewat. Kalau beliau mentagku dengan penuh hormat (sebagaimana mesejnya dalam shout boxku di bawah), aku juga akan menjawabnya dengan penuh hormat. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Entah ye ke tidak aku kata ni? Lantaklah, huhu..

Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Gambar ini diambil ketika Rehlah Kembara Redha Ilahi Semenanjung Sinai (KRISS '09) pada 4, 5 & 6 Februari 2009 baru-baru ini. Di belakang kami ialah kesan runtuhan yang dapat dilihat di Kubu Israel di Barlif berhampiran Terusan Suez. Kubu ini dibina Israel ketika perang menentang Mesir dalam usaha menawan Semenanjung Sinai.

Dari kiri: Hawariy, Abu Bakar dan Alim
Jurugambar: Hafizuddin

Untuk itu, dengan rasa rendah hati saya ingin menyerahkan tag ini kepada:
1. Jiwa Terasing
2. ekramhakim.com
3. Narumi Hayashida
4. Monolog Rasya
5. Syah Avx
6. Nasi Kerabu Petro

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

We are done!

Monday, March 9, 2009


Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan inayah serta iradatNya pihak Unit Biah Solehah (UBS) PMRAM 2008/2009 telah selesai menyempurnakan road show biah solehah ke semua 8 muhafazah dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) seluruh Mesir. Terbaru, baru dilancarkan beberapa jam tadi di DPM Zagazig (DPMZ). Setelah puas menjelajah, pihak AJK pelaksana UBS PMRAM amat berpuas hati dengan sambutan yang telah diberikan oleh ahli-ahli di muhafazah yang amat menggalakkan..

Pun begitu, road show di peringkat Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN) belum selesai sepenuhnya. Road show biah solehah mula dilancarkan di rumah Melaka pada Ogos tahun lepas. Seterusnya kami berkunjung ke BKAN Perlis, Wilayah & Pulau Pinang (digabungkan sekali) dan Kedah. Selepas itu kami mula turun ke muhafazah yang dimulai dengan DPM Tanta dan DPM Dumyat. Kami meneruskan agenda ke DPM Damanhur, DPM MAQAZ Shoubra dan DPM Mansurah. Destinasi kami yang terbaru adalah semalam di DPM Iskandariah dan DPM Shibin El-Kom sebelum kami singgah di DPM Zagazig sebagai penutup tirai penjelajahan kami..

Semoga pelancaran biah solehah di seluruh DPM dan BKAN yang berkenaan dapat direalisasikan oleh semua ahli dan bukan sekadar terhenti sebaik saja selesainya upacara pelancaran tanpa ada tindakan susulan yang diambil. Mudah-mudahan segala usaha murni kita ini dinilai oleh Allah Taala sebagai amal soleh, insya Allah..

pelancaran biah solehah di DPM Mansurah

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, March 2, 2009

..3 dalam 1..

Monday, March 2, 2009


Baca pada tajuk di atas, mungkin setengah pembaca terbayangkan iklan syampu yang selalu ditayangkan di televisyen. Ini bukan iklan syampu, jauh sekali iklan ubat-ubatan mahupun air minuman. Gambar di atas boleh menceritakan segalanya. Kali ini postingku mengisarkan tentang 3 berita sedih yang ku terima dalam 1 masa..

Mula-mula pada hari semalam, aku terbaca dalam blog ayah dan aku mendapat tahu bahawa sahabat sekampungku, Mohd Ghazali bin Mohd Zaid telah ditimpa kemalangan. Kawan seangkatan yang ku panggil Abang Ali ini (walaupun beliau lebih muda dariku 2 tahun) ditakdirkan Allah telah terkena air panas yang menyebabkan telinga, pipi dan sebahagian dadanya melecur. Beliau dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dijangka akan menjalani pembedahan plastik di wad 5B. Mungkin 2-3 minggu ini suara beliau melaungkan azan di Surau Hj. Mohammad Chik tidak lagi kedengaran lantaran keuzurannya itu. Buat Abang Ali semoga tabah dan redha menghadapi ujian yang menimpa. "Allahu yasyfiika syifaan 'aajila.."..

Yang kedua, juga pada hari yang sama (semalam) aku turut mendapat berita yang amat mengejutkan. Haji Mohamad
Awang ataupun lebih dikenali sebagai Haji Zaid Gas di kalangan orang kampung di sekitar Seberang Takir telah kembali ke rahmatullah. Almarhum dipercayai tidak sedarkan diri (koma) selama kira-kira 18 hari selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Kira-kira jam 10 malam (Sabtu) beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir..

Almarhum memang dikenali semua orang kerana sifatnya yang peramah dan mesra. Beliau sentiasa melirikkan senyuman manisnya hatta kepada kanak-kanak dan orang muda sekalipun. Beliau sering kali kelihatan ke mana-mana dengan menaiki motor jenis Honda EX5nya sambil 'membonceng' gas di belakang untuk dihantar ke rumah yang membuat tempahan. Satu perkara yang menarik perhatianku, beliau akan memakai topi keledar ke mana saja walaupun hanya keluar beberapa kilometer dari rumah. Seingatku, semasa kecil dahulu ayah selalu berkunjung ke kedai kasutnya di Kampung Alur Kuda (kini dah ditutup kalau tak silap) sekiranya kami adik-beradik berhasrat membeli kasut sekolah baru. Satu-satunya kedai kasut di Seberang Takir yang banyak pilihan ketika itu adalah di kedai BATA milik beliau. Jasa dan pengorbanannya pada semua orang pasti akan diingati. Semoga Allah menempatkan ruhnya bersama para solihin dan syuhada'. Al-Fatihah..

Aku fikir itulah berita yang paling mngejutkan, rupa-rupanya ada lagi yang lebih bombastik dari itu! Semalam juga, terkejut aku bila mendapat berita adikku, Aceh teraccident di jalan raya. Bila sebut 'ter' memang tak disengajakan, bukan? Ceritanya berlaku apabila Aceh dalam perjalanan ke rumah kawannya di Padang Midin. Apabila tiba di Kampung Merbau Patah, beliau telah gagal dalam percubaannya ingin memotong lori di hadapan. (Tu la.. Lain kali kalau nak memotong tu, pergi la ladang getah, hahaha..) Tapi mujur beliau tak mengalami kecederaan yang serius, hanya kelima-lima jari kaki kanannya saja yang cedera (berbalut macam mumia jugaklah kaki beliau tu). Ablem harap Aceh dapat bersabar dengan ujian ini. Mungkin ini juga kaffarah dan inzar bukan saja untuk Aceh, tapi untuk orang lain juga agar sentiasa sedar bahawa kita sering kali alpa dan leka denganNya. 'Ibrahnya apa yang kita rancang tak semestinya kita perolehi, dan apa yang kita tak rancang barang kali akan kita perolehi tanpa kita sedari..

Begitulah kuasa yang ada pada medium yang bernama BLOG. Walaupun tak dapat bercakap melalui telefon, tak dapat mendengar khabar berita dari mulut tentang insan tersayang, tetapi blog ini mampu menjadi pengganti mereka yang tak jemu-jemu menyampaikan dan terus menyampaikan kepadaku di perantauan ini. Semoga medium ini terus kekal sebagai wadah An-Nabaa'..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP