Sunday, April 26, 2009

..Anugerah Lagi..

Monday, April 27, 2009


Kali ini anugerahnya datang dari seorang kenalan blogger yang tidak dikenali. Dengan kata lain, teman blogger fantasi. Walaupun baru 'mengenalinya' beberapa hari, beliau telah pun menganugerahkan blog ini sebagai blog yang dipilih khas oleh beliau. Beliau menggelarkan dirinya sebagai Daus..

Di sini beliau meminta admin blog untuk menjawab beberapa soalan terlebih dahulu sebagai tanda penerimaan anugerah. Soalan ini bukan tag memandangkan beliau seorang anti-tag sebagaimana terpapar pada blognya. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:


1. Anda seorang bintang?
Tidak, saya hanya seorang insan biasa yang bergelar hamba Allah
2. Berapa bintang untuk blog anda?
Tak tahu, pembaca yang seharusnya membuat penilaian tentang itu
3. Adakah penulis seorang yang sombong?
Rasanya tidak. Tapi tak pasti memandangkan baru 'kenal'
4. Dari mana anda mengenali blog penulis?
dari blog KBT
5. Anugerah ini ada berapa warna?
4 warna - kuning, hitam, putih dan BIRU? (katakan tidak padanya..)

4 comments:

Anonymous,  April 28, 2009 at 8:37 PM  

Untuk pengetahuan CucuDagang...
Firdaus ada kena mengena dengan CucuDagang.
Ibu Firdaus, Sulina adalah sepupu kepada Ayah CucuDagang iaitu Zakaria bin Dagang...
Tok ki CucuDagang pulak, Dagang bin Ibrahim pulak Bapak saudara Mak Firdaus..
X sangka dapat berkenalan dengan waris sendiri di alam Maya...

Cucu Dagang (CD) April 28, 2009 at 10:45 PM  

>D@U$

Saya pun tak sangka jugak.. Kalau gitu kita ni 2 pupu la ye? D@U$ tinggal kat seberang takir jugok ke? kat kawasan mana? Kalau gitu boleh la tambah link blog D@U$ di gadget 'Jiilul Ghurabaa' kat bawoh nu:)

Anonymous,  April 29, 2009 at 1:16 AM  

Daus duk kat Kg.Batin...
Kat kedai Ayah Long Ajib...
Rumah kaler ija tu...
Dekat dengan rumah Pak Mail...

Cucu Dagang (CD) April 30, 2009 at 3:39 AM  

>D@U$

oh ye ke? tak sangka pulak Kg Batin tu je rumahnya, huhu.. 'Ala kulli hal syukur kepada Allah kerana mempertemukan kita di alam maya ini:)

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP