Saturday, April 11, 2009

..Khairy: Menang Sorak, Jawatan Tergadai..

Saturday, April 11, 2009


Perdana Menteri telah selamat mengumumkan dinasti kabinet barunya petang Khamis lalu. Rombakan secara besar-besaran ini menyaksikan ramai di kalangan menteri-menteri yang lama digugurkan. Ada juga yang ditukar ke portfolio lain dan sebagainya..

Rombakan kali ini bukan saja melihatkan perubahan di kalangan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, bahkan ianya turut melibatkan sesetengah kementerian yang dibubarkan dan yang digabungkan sekali dalam satu portfolio..

Apa yang menarik di sini, banyak kesangsian yang dilihat oleh setengah penganalisis politik dalam barisan kabinet baru ini. Antaranya ada sesetengah negeri yang sepatutnya mendapat lebih dari seorang menteri atau timbalan menteri, akan tetapi itu hanya tinggal harapan. Ada juga negeri yang langsung tidak tersenarai sebagai anggota kabinet..

Kesangsian yang paling jelas ialah nama yang sudah menjadi fokus sejak awal sebelum pengumuman dibuat, Khairy Jamaluddin langsung tidak tersenarai. Walaupun beliau menang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan baru-baru ini, tetapi itu bukan jaminan baginya menjawat jawatan menteri bahkan timbalan sekalipun..

Ini berbeza dengan kabinet sebelum ini. Kebiasaannya ketua pemuda mesti tersenarai sebagai menteri kabinet. Ini juga berbeza dengan nasib rakan-rakan sejawatannya dalam Pergerakan Wanita dan Puteri UMNO serta timbalan Ketua Pemuda yang tersenarai sebagai menteri manakala dua lagi sebagai timbalan..

Walaupun awal-awal lagi beliau secara 'ikhlas' menyatakan bahawa tidak kisah jika tidak dilantik dalam kabinet kerajaan, tetapi keputusan ini turut mengejutkan dirinya sendiri. Rupa-rupanya 'tak kisah' beliau itu menjadi kenyataan hari ini..

Apalah malang sangat nasibmu Khairy. Dapat menang ketua pemuda jawatan menteri pula tergadai. Nampaknya lambat lagi lah anda ingin menjawat jawatan yang pernah dipegang oleh bapa mertua anda!

0 comments:

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP