Saturday, April 4, 2009

..Mahathir Buat Lawak..

Sunday, April 5, 2009


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melakukan kejutan dengan mengisytiharkan kembali menyertai semula parti yang menjadi darah dagingnya sejak sekian lama, UMNO. Beliau sebelum ini bertindak nekad keluar dari parti selepas dikatakan hilang kepercayaan kepada parti yang diterajui Pak Lah ketika itu dan selepas kemerosotan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu..

Apa yang lawaknya di sini, beberapa akhbar arus perdana hari ini melaporkan bahawa Dr. Mahathir telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Presiden, Dato' Seri Najib Tun Razak bersama yuran keahlian sebanyak RM2. Kalau ye pun nak masuk UMNO balik, janganlah dihighlightkan duit RM2 tu. Orang lain pun sebelum ni serah borang jugak, tapi tak la disertakan sekali dengan yuran dan disiarkan dalam media macam kamu tu Che' Det..

4 comments:

wearelearningparents April 5, 2009 at 2:46 AM  

nampaknya che det dah Alzheimer's dan dementia....

Cucu Dagang (CD) April 5, 2009 at 6:08 PM  

>Rubiah Ismail

Alzheimer's dan dementia?Penyakit apa tu?nyanyuk ke?boleh Dr Rubiah jelaskan?:)

wearelearningparents April 7, 2009 at 3:29 AM  

ye...penyakit nyanyuk...biasala...geron kan...

Cucu Dagang (CD) April 7, 2009 at 7:47 AM  

>Rubiah Ismail

ooo..betul lah seperti yg dijangka..syukran ats pnjelasan

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP