Saturday, May 23, 2009

..Hari Itu..


Bulan Mei mempunyai hari-harinya yang tersendiri. Di dalamnya terdapat hari-hari penting bagi tujuan memperingati mereka-mereka yang sentiasa berjasa dalam kehidupan manusia. Bermula dari 1 Mei iaitu hari pekerja, kemudian disusuli dengan hari ibu pada 10 Mei. Seterusnya selang dua hari menyusul pula hari jururawat pada 12 Mei dan hari guru yang disambut pada 16 Mei saban tahun..

Ramai di kalangan kita yang mengingati tarikh-tarikh keramat ini. Tak kurang juga yang tidak sabar-sabar menanti hari-hari tersebut bagi memberi penghargaan kepada insan-insan istimewa yang pernah berjasa sepanjang hidup mereka..

Dalam pada itu, terdapat satu hari dalam bulan ini yang sudah pasti tak akan dilupakan oleh diriku. Tarikhnya ialah pada 15 Mei. 21 Tahun yang lalu, pada tanggal tarikh tersebut kira-kira jam 2.58 petang telah lahir seorang bayi dari rahim ibunya di sebuah rumah di Kampung Teluk Ketapang, Seberang Takir. Bayi tersebut diberi nama Abdullah Haris..

Itulah adik yang lahir selepasku yang merupakan kelahiran ketiga ibuku. Pada 15 Mei baru-baru ini genaplah usianya 21 tahun yang membolehkannya menjadi pemilih yang sah dalam pilihan raya. Bertambahlah seorang lagi pengundi di DUN N.11 Seberang Takir, Parlimen P.35 Kuala Nerus..

Beliau memang seorang yang berbakat dalam kepimpinan lebih-lebih lagi ketika beliau belajar di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang (SMASZAL) dan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Burok. Bakatnya dalam bidang penyampaian memang tak dapat dinafikan lagi. Beliau sering menjadi johan dalam musabaqah tafsir dan pidato bahasa arab pada majlis Ihtifal Ilmi Sanawi Sekolah-sekolah Menengah Agama Terengganu anjuran Jabatan Hal Elwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Karnival Soleh Pintar anjuran Yayasan Terengganu (YT)..

Selain itu, beliau sudah acap kali menjadi pengganti ayah mengajar di surau dan masjid termasuk di luar kawasan Seberang Takir ketika kesibukannya. Beliau sangat bercita-cita untuk menjadi pemimpin seperti ayah. Walaupun kadang-kadang penyampaian beliau agak 'pedas' dan 'sakit telinga' didengar oleh sesetengah orang, namun ianya mampu memberi kesan yang mendalam terhadap pendengar..

Beliau mencetuskan kontroversi terhangat dua tahun lalu apabila permohonannya untuk mendapat pinjaman dari Yayasan Terengganu ditolak mentah-mentah. Tiada sebarang alasan yang kukuh diberikan melainkan jawapan "dukacita tidak dapat dipertimbangkan dan
ditolak". Sepatutnya Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Negeri Terengganu 2006 sepertinya ditawarkan biasiswa penuh dan tidak perlu memohon dari mana-mana pihak..

Kini berkat doa ibu dan ayah, beliau berjaya menyambung pengajiannya di universiti tertua di dunia, Al-Azhar hasil bantuan orang ramai yang bersimpati. Ramai yang merasa hairan dengan keluarga kami apabila memikirkan bagaimana ayah membiayai pengajian dan belanja kami dua beradik di sini walaupun pendapatan ayah cuma cukup-cukup untuk membayar pinjaman sewa-beli rumah. Jawapannya mudah. "Tidak akan miskin jika membela Islam". Satu ungkapan yang menggambarkan pengorbanan Halimatus Sa'diah dalam membela anak susuannya, Muhammad s.a.w..


Kini beliau bersama-samaku berjuang di bumi kinanah ini. Sekarang beliau sedang hebat 'berperang' dengan imtihan fasal (semester) kedua bagi sesi pengajian tahun 2 Kuliyyah Syari'ah Islamiyyah, Kaherah. Didoakan semoga beliau diberi ketenangan dalam menjawab dan dikurniakan oleh Allah s.w.t kejayaan yang cemerlang..

Sempena dengan ulang tahun kelahiranmu ini, Ablem doakan semoga Areh dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki yang halal. Yang penting pastikan kuantiti umur seiring dengan kualiti amal. Semoga terus
thabat dalam mehnah dan liku-liku perjuangan..

10 comments:

theonlywan May 24, 2009 at 8:22 AM  

slm.amboi adik beradik ni,posing maut la plok...klako ngak...
ni puji byk2 ni dpt rasuah ker? hehehe kebetulan plok adik sy pun ada hak lahir 15 mei tapi dok leh nak puji lagi la sbb ye dok wi rasuah lg...

Cucu Dagang (CD) May 24, 2009 at 9:36 AM  

>theonlywan

wsalam. Dia je yang pose maut, saya sekadar pose merenung kamera je, huhu..

Setakat ni dia x bagi rasuah lagi, kalau belanja tu ada la, tapi bukan sebab puji dia..

Ye ke? Lepas ni boleh la sambut ulang tahun sama ngan dia di Surau Hj Wan Ngah, Kg Duyung:)

wearelearningparents May 24, 2009 at 9:58 PM  

jangan lupa..30 mei juga ialah hari ana...=)

radhiahsyahida May 25, 2009 at 12:35 AM  

saye : ustat..hari ambe 19 mei....
ustat : ceh..nak kabo gop die oo..
saye : bia ah..
hehe..sori terconteng kat sini plak..
tgh exm kan? wat molek3..
bia balik dengan senyuman =D

Cucu Dagang (CD) May 26, 2009 at 2:12 PM  

>Rubiah Ismail

Yer, ana tau, dah lama tengok lam 'Jadual Hidup' tu. Tak kan lupa, insya Allah. Ucapan bakal menyusul di Friendster, nantikan..

Cucu Dagang (CD) May 26, 2009 at 2:50 PM  

>radhiahsyahida

Ops, sory radhiah, lupe nak ucap besdey tahun ni sebab lama dah x buke Friendster, tak pe la lambat ucap pun op?

Exam x start lagi, 3 hb ni insya Allah, x lama dah, seminggu je lagi..

Insya Allah, ameen Ya Robb, mudah-mudahan berkat doa anak Pegerusi Tetap Dewan Ulama' PAS Pusat ni..=)

radhiahsyahida May 27, 2009 at 3:02 AM  

dakpe eh..
saje je..bukang serius pom..

ameen..nk berkat g suh abah ah..anok ye tadop kehebatan nape2

Cucu Dagang (CD) May 27, 2009 at 6:38 AM  

>radhiahsyahida

Yer la tu.. Sebelum terlupa, selamat hari guru juga untuk Ustaz Hamdan, bekas Mudir MTT..=)

Fitrie Muhammad June 4, 2009 at 7:24 AM  

Emm..tahun ni blh calonkan si Haris tu utk jwtn exco...kl bc 'manaqib' tu,sngt layak doh tu!

Cucu Dagang (CD) June 8, 2009 at 1:25 PM  

>Fitrie Muhammad

Yang tu terpulang kepada kepimpinan dan ahli KPT sendiri untuk menentukannya. Yang penting sekali kena ingat jawatan adalah TAKLIIF walaisa TASYRIIF..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP