Wednesday, May 6, 2009

..Kempen 'Amal Islami..

Wednesday, May 6, 2009


Dua tiga hari lepas, seorang sahabat baik saya melalui blognya yang diberi nama Kembara telah memberi satu tugasan. Ini bukan tag, tapi lebih kepada kempen untuk mempromosikan 'Amal Islami di samping mempromosikan blognya..

Tugasan yang diberikan cukup mudah. Copy dan pastekan gambar di atas pada blog yang telah dipilih (termasuk blog ini). Kemudian pilih 10 orang rakan-rakan bloggers dan sebarkan gambar tersebut supaya disiarkan dalam blog mereka pula..

10 orang yang menjadi pilihan saya;

  1. Aceh
  2. Doc Rubiah
  3. Doc Afzan
  4. Akh Tg Idham
  5. Akh Khairul Fitri
  6. Akh Hakim
  7. Akh Fahmi Che' Nordin
  8. Toqki
  9. Followers Cucu Dagang
  10. sesiapa saja yang berminat:)

Sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau atas anugerah yang diberikan sebelum ini (lihat award di sebelah). Harapanku semoga blog beliau akan terus menukilkan kalam-kalam mutiara demi survival ummah..

Bersempena dengan fatrah imtihan ini, mudah-mudahan kita semua diberikan taufiq dan pertolongan oleh Allah demi menggapai sebuah kejayaan. Semoga dirimu terus berbahagia bersama zaujah hingga ke syurga, ameen..


6 comments:

wearelearningparents May 6, 2009 at 8:31 PM  

apakah perbezaan amal islami dan amal jamaie?

Cucu Dagang (CD) May 7, 2009 at 6:10 AM  

>Rubiah Ismail

setakat yg ana faham, amal jamaie merupakan amal-amal @ gerak kerja yg diputuskan oleh jemaah@organisasi Islam berdasarkan sesuatu manhaj untuk mencapai sesuatu matlamat..

manakala amal islami pula adalah gerak kerja @ amalan kita selaku seorang yg bergelar Muslim seperti solat, puasa, zakat dll. Ini juga merangkumi tanggung jawab yang mesti kita pikul iaitu sebagai seorang da'ie seperti amar makruf dan nahi mungkar..

Dan untuk melengkapkan kedua-dua amal ini mestilah disertai dengan amal yang ketiga iaitu amal ijtimaie demi kelangsungan gerak kerja dakwah kita..

Wallahu a'lam. Ini sekadar pendapat ana, boleh tanya yang lebih arif..

Shahibul Afzan Wahab May 7, 2009 at 8:52 PM  

salam,ana bukan org arif..sekadar ingin berkongsi.

setakat kefahaman ana pula, amal islami(kerja2 islam) ni terbahagi kpd 3: amal fardiy, amal jamaie dan amal ijtimaie...

huraiannya, macam yg diterangkan cucu dagang tu la.cuma solat,puasa, zakat, itulah amal fardiy..amal ijtimaie pula adalah aktiviti2 kemasyarakatan dsb..

em,nak tanya.cucu dagang ni sekolah smaasza ke dulu?maaf, ana x jumpa nama penuh dan dah x cam muka.

Cucu Dagang (CD) May 9, 2009 at 7:43 AM  

>Azan Subuh

Syukran atas info, mesti Azan Subuh ni 'hebat' orangnya..

Ana bukan x-smaasza, tapi x-maahad. Adik ana 2 orang x-smaasza mungkin enti kenal..

Shahibul Afzan Wahab May 12, 2009 at 4:38 AM  

eh xde la..ana hnya org lemah yang cetek ilmunya.

ana tau cucudagang abang kepada nasih ulwan.

tugasan ni ana x jadikan entri,tetapi jadikan gambar di sidebar blog...

Cucu Dagang (CD) May 14, 2009 at 9:02 PM  

>Azan Subuh

Tak mengapa, hanya itu saja yang diminta tuan punya blog (Kembara), yang penting dipamerkan dalam blog..

Syukran kerana menyempurnakan tugasan tersebut..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP