Tuesday, June 23, 2009

..Dedikasi untuk daddy..

Saya kira masih tidak terlalu lewat untuk saya merakamkan ucapan penghargaan kepada insan yang telah banyak berkorban untuk saya selain daripada mak. Tak lain tak bukan itulah ayah. Saya hanya punya satu ayah di dunia ini, tiada dua. Saya amat bertuah bergelar anaknya. Itulah dia Ustaz Zakaria Dagang..

Ayah sememangnya seorang yang amat tegas dalam mentarbiah anak-anak. Walaupun tubuh kami sering saja pedih terkena penangan rotan ayah, akan tetapi itulah satu-satunya method yang mampu menyedarkan kami akan erti sebuah kasih sayang. Memang benar kata orang, benci tanda sayang. Walaupun raut mukanya merah menahan marah, jauh di sudut hatinya ayah amat menyayangi anak-anaknya..

Lihat saja apa yang telah dicapai oleh anak-anaknya hari ini. Mana mungkin kejayaan anak-anaknya tercapai tanpa merasai tarbiah sebegitu hebat. Ayah mahukan anak-anaknya berjaya dalam syakhsiah dan akhlaq di samping kejayaan dalam bidang akademik. Masih ku ingat lagi pesanan ayah ketika usrah keluarga mingguan di rumah, "biarlah keluarga kita jadi contoh kepada orang lain. Ayah nak anak-anak ayah ada prinsip hidup dan bukannya terikut-ikut dengan kawan-kawan lain." Itulah kata-kata keramatnya pada kami..

Ayah lebih banyak menggunakan kaedah 'tarbiah dalam diam'. Bukan seperti sesetengah orang yang memaki hamun dan memarahi anaknya. Apa yang paling terkesan di hati kami ialah ayah sering mengunci pintu rumah sebaik saja hampir masuk waktu maghrib ketika kami dilekakan dengan permainan bola sepak di padang berhampiran rumah. Kerana ayah sering berpesan, "10 minit sebelum orang bang (azan) berhenti main dan bersiap untuk ke surau". Ayah hanya berpesan sekali saja. Kalau lambat bersiap, alamatnya bersedialah untuk 'disoal siasat' selepas ayah pulang dari mengajar di surau atau masjid..

Itu kisah ketika kami masih kecil. Kini ayah boleh berbangga dengan anak-anaknya yang sering mengikutnya ke surau masjid. Bukan senang ingin mengajak kelima-lima anak lelaki untuk ke masjid dan surau lebih-lebih lagi anak-anak yang sudah besar panjang. Tapi ayah mampu melakukannya hasil tarbiah yang diberikan kepada kami sejak kami di peringkat 'rebung' lagi. Yang paling penting ayah ingin mewakafkan kesemua anak-anaknya untuk perjuangan Islam..

Ayah tidak pernah mengecewakan kami. Apa saja permintaan kami dipenuhinya walaupun kehidupan kami tidak sesenang orang lain. Ayah pasti mengotakan janjinya untuk kami. Ayah sanggup berkorban wang ringgit demi anak-anak. Biarlah ayah tak merasa asalkan anak-anaknya gembira. Terharu melihat kesungguhan ayah menghantarku sehingga ke KLIA ketika mula-mula menjejakkan kami ke bumi orang ini. Ayah sanggup membeli tiket di saat-saat akhir demi memberikanku semangat untuk berjuang di negeri orang..

Perasaanku ini terlalu rindukanmu ayah. Rindukan kalam-kalam mau'izah dan tasyji' darimu. Rindukan suasana meriah bersama keluarga kita. Rindu juga untuk menjadi drivermu tatkala ayah sibuk berceramah dan berprogram di sana sini. Tiap kali bila berjauhan begini perasaan-perasaan itu sering bermain di hati ini. Lantas saya memutarkan lagu ini untuk menenangkannya. Terimalah lagu ini khas buatmu ayah..



Ayah bersama mak dan Piyah ketika penamaan calon PRK Bukit Gantang

Pasangan paling ideal ketika selesai proses penamaan calon PRK Kuala Terengganu

Menghulurkan sumbangan kepada kanak-kanak miskin di Kemboja

2 comments:

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy June 24, 2009 at 3:43 AM  

mu wat aku sebok lim..nok nagis wase. lame doh x berUSROH kluarge..rindu guh nasihat2 drp ayoh n mok. hebat 'TABIYaH lam DIAM' ayoh..ayoh mmg power! malulah kpd ayoh wahai manusia2.

walopom aku rase nok balik, sbb rase rindu ngat & letih lajok ni, tp x pe la..aku cube tahan la rindu aku ke kluarge & sabor duk mesir ni.

***********************

terime kasih byk2 ayoh..aku rindu akan rotanmu..yang mjadikan aku manusia bgune. kini aku sedang melatih diri dlm berkorban utk ISLAM..supaye trealisasi cite2mu utk waqafkan anak2mu utk jihad islam. doakan aku NAJAH lam LATIHAN ni & NAJAH lam EXAM..ameen

semoga Alloh masukkanmu kedlm syurgaNya..ameen

Cucu Dagang (CD) June 25, 2009 at 4:07 PM  

>Abdulloh Hares

Semoga jasa2 dan pengorbanan ayah selama ini untuk keluarga & perjuangan Islam dibalas dengan syurga yang abadi. Ameen Ya Rabb..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP