Thursday, July 16, 2009

..Gen-14 dapat 'anak saudara' baru..


Pada 1 Julai lepas, kami generasi ke 14 Ma'had Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (MTANT) yang kini digelar Institut Al-Quran Terengganu (IQT) telah menimang 'anak saudara' kedua. Bayi lelaki seberat kira-kira 3 kg ini lahir dari pasangan sahabat kami, Akh Abdullah Al-Mukhlis bin Abdul Rahman @ Abdul Aziz dan Ukht Nurul Hidayah binti Musilehat..

Sebelum ini bulan Jun lepas, kami telah menimang 'anak saudara' sulung hasil perkongsian hidup sahabiah kami, Ukht Jueziatul Husna binti Arifin dan Ustaz Haji Mohd Hafas bin Haji Ali. Ustaz Hafas mewakili Terengganu dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang berlangsung sekarang di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak. Bayi perempuan mereka kini berusia sebulan lebih..

Baru-baru ini saya bersama beberapa orang sahabat telah menziarahi baby comel ini di kediaman walidnya di Jabal Muqattam, Kaherah. Kebetulan pagi itu bayi yang di beri nama Muhammad Habiburrahman ini baru selesai di tahnikkan oleh Syeikh Dr. Yusri di masjidnya. Selang keesokannya di adakan pula majlis aqiqah dan kesyukuran sempena kelahirannya..

Tambah menggembirakan, selepas 5 hari kelahirannya, walidnya mendapat berita najah sofi dalam imtihan syahadah dan merupakan pelajar wafidin (asing) yang mendapat markah paling tinggi dengan memperoleh 80%. Bermakna sahabat kami ini mendapat dua hadiah sekaligus. Pertama kelahiran Habiburrahman, kedua kejayaan dalam imtihan..

Mungkin ada benarnya juga kata orang tua-tua, "rezeki anak-anak." Mungkin inilah rezeki dari kelahiran Habiburrahman. Semoga kelahirannya membawa seribu satu sinar kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah kepada pasangan sahabat kami ini. Kami 'ammu dan 'ammah dari gen-14 mendoakan agar Habiburrahman menjadi anak yang soleh..

Tahniah kepada Akh Mukhlis dan Ukht Nurul Hidayah. Mana-mana ahli gen-14 yang sudah ada calon eloklah di segerakan. Perkara 'membina masjid' ini jangan tangguh-tangguh lagi, selesaikan segera. Semoga semakin ramai zuriat yang soleh dan solehah pewaris gen-14 yang bakal lahir, insya Allah..

p/s: lihatlah gambar di atas betapa nyenyaknya Habiburrahman tidur di pangkuan 'ammu 'Alim..

12 comments:

Cucu Dagang (CD) July 16, 2009 at 6:53 PM  

>theonlywan

Baby ke 'ammunya comel?
haha.. Gurau je, la tadhak!

Anonymous,  July 17, 2009 at 1:47 AM  

anak mukhlis ko tu? tahniah la..seme dah ade anak..bagusnya.

Cucu Dagang (CD) July 17, 2009 at 5:21 AM  

>innerispiration

Yer, anak Mukhlis. Lepas ni kite tengok anak mu pulok rul, insya Allah..

theonlywan July 18, 2009 at 3:57 AM  

babynye comel,'ammunya comot.hahaha.gurau gak....

Cucu Dagang (CD) July 18, 2009 at 6:43 PM  

>theonlywan

kesiannya kat 'ammunya..

Bunga Merah July 21, 2009 at 3:15 PM  

Alf mabrouk, Kak Nurul dan Ust Mukhlis!

Cucu Dagang (CD) July 22, 2009 at 10:40 AM  

>Wardatulhamra

Mabrouk3.. Mai la jalan Mesir ni tengok baby dia. Morocco dengan Mesir dekat je;)

Fitrie Muhammad July 23, 2009 at 7:16 AM  

Emm..khirrijin MTQ(ITQ) dah makin berkembang...Khirrijin SMAASZA plk napok 'slow' lening.

Subhaanallah...tahniah buat Us Mukhlis dan Us Hafas.

Doa2kan kat ana etek..:D

Cucu Dagang (CD) July 24, 2009 at 5:41 PM  

>Fitrie Muhammad

Sahabat2 SMAASZA lebih advance lagi dari Mahadian sebenarnya, hehe..

Insya Allah, sama-sama kita doakan..

MOHD KHAIRUL HAFIZ August 6, 2009 at 6:53 PM  

Salamualaik, srh org bina masjid,enta ble lg?:-)...

Cucu Dagang (CD) August 6, 2009 at 8:15 PM  

>Cinta Agung

Wsalam. Ana tak apa lah k=lambat sikit pun, bagi laluan kat kawan-kawan dulu:)

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP