..Syukur padaMu Ya Rabb..
Control natijah imtihan telah diumumkan semalam. Ianya disiarkan melalui sebuah laman web dan boleh didapati dengan hanya memasukkan nombor angka giliran pelajar. Dari segi sistem pengurusan Mesir sudah setapak maju ke hadapan, tetapi dari segi undang-undang dan peraturan negara ini masih lagi ketinggalan di belakang jika terus-menerus mengamalkan 'sistem di bibir mulut'..
Pagi tadi pula natijah tersebut telah dihebahkan untuk rujukan para pelajar dan tujuan pengesahan. Hasilnya boleh dikatakan 50 peratus pelajar takhassus Qiraat bagi ikhwah najah sofi (lulus semua subjek) berbanding akhawat (cawangan Mansurah) seramai kira-kira 10 peratus..
Pada mulanya saya amat takut untuk melihat control natijah di internet semalam. Lebih-lebih lagi di hadapan kawan-kawan yang tak sabar-sabar menantikan keputusannya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Bagai nak pecah dada ini menanti keputusan diakses setelah nombor giliran 400** dimasukkan..
Tapi alhamdulillah, Allah telah mengurniakan satu lagi nikmat kepada saya dan kawan-kawan yang lain. Setelah diteliti tengahari tadi, saya memperoleh markah keseluruhan sebanyak 78 peratus. Bagi sahabat-sahabat yang 'masih lagi diuji', jangan putus asa. Kuatkan semangat, masih ada lagi satu peluang untuk perbaiki kekurangan ini. Lakukan yang terbaik dalam daur thani (repeat paper) bulan depan. Insya Allah, Allah pasti akan bersama-sama dengan hambaNya yang bermujahadah..
Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan nikmat ini. Terima kasih mak dan ayah serta abang dan adik-adikku atas doa kalian. Juga buat para masyayikh yang tak jemu-jemu menunjuk ajar anak didikmu ini. Tak lupa buat sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan membantu serta mendoakanku. Terakhir buat ahli bait juniorku, Pa yang sanggup menjadi tukang masak kami ketika kami sibuk dengan imtihan. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa-jasa kalian semua. Jazaakallahu khairal jazaa'..
13 comments:
ooooo..mentang-mentang lulus, sengaja tinggalkan angka giliran yee..hehehe, saje jee
tahniah.. gandakan usaha teruskan perjuangan
mabruk ya akhuya..aku bangge mpunyai abang seNAJAH mu. doa la ke aku plok..debor wase tunggu result aku..aaaaaaaaa...tidaaaaakkk!!
inni uhibbuka fillah. semoga pulangmu mbawa sinar baru kpd masyarakat seb. takir khususnye...ameen
>Zulhilmi Abd. Rahman Attakiri
Syukran atas sokongan, insya Allah Alim akan jadi seorang daie macam Ayah Mie..
>Abdulloh Hares
Syukran jugok atas doamu selama ini, insya Allah mudah-mudahan mu najah sofi jugok..
"Ahabbakallahul lazi ahbabtani fih.."
ameen ya Robb!!
اللهم تقبل دعاء من يحبني فيك وهب لي النجاح كما ينجح أخي المحبوب
doa ke atau sindir pada ayah mie..hehehe saje je
Lim,bilanya mg nk balik?
aku rindu plek doh ke mg ni..
ari tu aku mimpi mg balik dumoh..
haha..sapa g2 seme pa dop..
apapun,tahniah ats kenajahanmu yg membanggakan aku selaku adik mg..
mu mimpi sokmo sih..aritu mimpi aku..pahtu ablim plok..haha
salahkah bermimpi?
mg pon reh..
bkn aku nok mende gitu..
doh ye nok jd, nok wat gwane op?
ablem kan, kan?
tahniah ustat..
mabruk3 alayk..
hebak guh..
>Nasih Ulwan
Insya Allah balik dalam masa terdekat ni, bulan 8 ni, sebelum @ awal Ramadhan..
Tunggu.. Diriku merinduimu jua
>Abdulloh Hares & Nasih Ulwan
Yer3.. Betul3.. Mimpi tiada siapa yang dapat menghalangnya..
>radhiahsyahida
Syukran atas ingatan..
Post a Comment