Saturday, January 24, 2009

..Belasungkawa..

Sunday, January 25, 2009


Semalam aku dikejutkan dengan berita sedih yang betul-betul membuatkanku terus terjaga dari tidurku. Sedang aku enak dibuai mimpi, kira-kira jam 1.35 pagi, datang roomateku mengejutkanku dan terus memberitahu..

"Lim, Hatta tak dok doh..!"


Aku tergamam seketika. Lantas mulutku terkumat-kamit melafazkan,

"innalillahi wainna ilaihi roji'un.."

Berita pemergian sahabat juniorku ini memang mengejutkan semua pihak. Almarhum Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22 memang disenangi semua orang, lebih-lebih lagi kawan-kawannya yang pernah jatuh dan bangun menyelami suka duka bersamanya. Almarhum yang baru saja tiba di Mesir awal September tahun lalu merupakan pelajar tahun 1 Kuliah Usuluddin, Kaherah..

Almarhum memang seorang yang memiliki ciri-ciri kepimpinan dalam dirinya. Ketika di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu (MTANT) dulu, almarhum pernah dilantik sebagai exco Dewan Perwakilan Pelajar (DPP) selaku Ketua Lujnah Dakwah & Ibadah (KLDI) bagi sesi 2005/2006 sebelum dilantik menjadi Yang Di Pertua (YDP) bagi sesi seterusnya, 2006/2007. Walaupun beliau dilihat seorang yang berlemah-lembut tapi ketegasannya tidak dapat disangkal lagi. Ketika memegang Lajnah Dakwah, beliau banyak menyampaikan tazkirah dan tasyji' dalam nada yang lembut tetapi tegas!

Almarhum telah seminggu diserang sakit yang sehingga kini doktor masih belum dapat mengesahkan penyakit yang dihidapinya. Ada yang kata Paru-paru berair, dan ada setengah hospital pula enggan menerima untuk memberikan rawatan kepadanya kerana dikatakan almarhum dihinggapi penyakit Tibi (dikhuatiri akan dijangkiti kepada pesakit lain), wallahu a'lam, hanya Allah Taala saja yang tahu akan hakikat ujian yang di'kurniakan' ke atas hambanya yang soleh ini..

Jenazah almarhum akan disembahyangkan pada pagi ini, jam 10.30 pagi di Kompleks Hayyu 'Asyir, Kaherah. Kemudian jenazahnya akan diterbangkan ke Malaysia pada awal pagi esok, kira-kira jam 3 pagi (waktu Mesir)..

Semoga ruh almarhum dicucuri rahmat dan maghfirah dariNya. Mudah-mudahan almarhum ditempatkan bersama para Solihin, para Syuhada' dan para Anbiya'. Takziah kepada keluarga almarhum. Bersabarlah menerima ujian yang getir ini. Mudah-mudahan almarhum dapat memberikan syafa'at kepada kalian semua, Amin Ya Rabbal 'Aalamin..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, January 21, 2009

..Catatan Seminggu..

Wednesday, January 21, 2009

Assalamualaikum pengunjung sekelian..


Sudah agak terlalu lama aku membiarkan medium maya ini dipenuhi sawang-sawang yang tak diundang. Bukan kerana sindrom malas sepertimana yang pernah ku alami sebelum ini, tapi mungkin kerana terlalu masyghul dengan benda-benda lain sehingga membuatkan ku lupa akan tekad dan azamku tatkala menjelang tahun baru 1430 H/2009 M iaitu aku akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat melalui blog ini setiap hari walaupun dengan sepatah kata cuma..

Apa yang menjadi masalah kepadaku ialah kadang-kadang dalam sehari terlalu banyak yang hendak dipostkan, akan tetapi dek kerana tiada kesempatan masa membuatkan aku jadi bingung dan blind. Tambahan pula sepanjang semalam terdapat masalah pada network internet di rumah menyebabkan medium ini terus 'sepi tanpa kata'. Sehingga ke hari ini masalah tersebut masih berlarutan, nasib baik di kawasan tempat tinggalku ini ada wireless, jadi aku dapat melayari internet melalui laptop adikku yang ku pinjam untuk kegunaan Kursus Adobe baru-baru ini..

Baik, sebenarnya banyak yang berlaku sepanjang ketidak postinganku ini (ismul murokkab baru ni, he3..). Tapi apa yang nak aku fokuskan di sini ialah satu ungkapan keramat yang terpacul dari mulut ayahku lalu beliau menterjemahkan kata-katanya itu melalui tulisan berbentuk mesej dalam shoutbox blogku ini pada 7 Januari 2009 jam 15:14 (3.14 petang). Mesejnya lebih kurang begini;

Ayah: Insya Allah, keputusan 17 Januari , PAS menang, Kursus Adobe berjaya dan Hares mumtaz! TAKBIR!!!

Begitulah betapa besarnya harapan seorang pejuang yang terlalu rindukan kemenangan Islam dan harapan seorang ayah yang terlalu mengharapkan kejayaan anak-anaknya. Kenapa aku katakan ungkapannya sebagai KERAMAT? Sebelum aku nyatakan sebab-musababnya, suka aku ceritakan serba ringkas kejadian yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan ayah melafazkan kalam begitu..

Pada 17 Januari baru-baru ini, umum mengetahui akan tarikh yang jatuh pada hari Sabtu lepas. Apa yang menyebabkan tarikh ini tiba-tiba menjadi penting dan glamour seluruh negara? Tak lain tak bukan ianya merupakan tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu. Kebetulan pula pada hari dan waktu yang sama (macam siaran TV je, huhu..) aku terlibat sepenuhnya dalam program Kursus Aplikasi Adobe Photoshop yang diadakan di sini. Program sehari suntuk yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berakhir kira-kira jam 8.30 malam. Itu berakhir program, tak termasuk kemas-kemas tempat dan mesyuarat muhasabah adhoc lagi. Selepas beres semua, pulang lah diri ini ke rumah dalam keadaan keletihan yang teramat tepat jam 11.15 malam..



Kursus ini boleh dianggarkan berjaya kerana hasilnya rata-rata di kalangan peserta dapat mengaplikasikan program adobe ini di rumah masing-masing walaupun hanya berkursus selama satu hari sahaja. Semoga dengan kejayaan program ini dapat memberikan satu natijah yang efektif kepada persatuan khususnya DPM (MAQAZ) Shoubra sendiri. Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi designer yang berbakat dan kreatif dapat dilahirkan dari bumi Shoubra ini sesuai dengan tema program "Huffaz Kreatif, Fikrah Positif"..

satu poster yang berjaya dihasilkan oleh salah seorang peserta daripada kursus adobe 2009 (^-^)..

Oleh kerana sehari suntuk berada di markaz DPM, aku terlepas untuk mengikuti keputusan terkini PRK Kuala Terengganu dari semasa ke semasa. Aku tidak berkesempatan mengikuti perkembangan di internet dan hanya mengetahui melalui mesej yang dihantar seorang kawan. Antara kandungan mesejnya ialah PAS telah menang besar melebihi majoriti 2,000 undi. Kemenangan manis ini membuatkan keletihanku sedikit terubat dan mampu tersenyum gembira. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat pejuang-pejuang yang telah bertungkus-lumus berkerja untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR)..

Kemenangan ini juga merupakan hadiah yang terlalu indah buat pimpinan PAS khususnya di Terengganu. Memang berbaloi penat lelah ayah selama sebulan lebih bekerja tanpa mengira penat dan letih. Ayah yang ditugaskan selaku Ketua Urusetia bagi PRK ini sering keluar di awal pagi dan pulang ke rumah juga pada awal pagi (sekitar jam 1 hingga 3 pagi). Sepanjang PRK ini ayah sering 'bertapa' di markaz besar P.36 (Markaz Tarbiah PAS Kawasan Kuala Terengganu), Kuala Ibai dan sekali-sekala sempat menjenguk anak-anak buah di pos-pos Unit Peti Undi (UPU) Kampung Cina dalam DUN Bandar..

Begitulah kisah di sebalik ungkapan keramat tersebut. Dengan izin Allah s.w.t kedua-duanya sudah menjadi kenyataan dan selamat disempurnakan dengan jayanya. Tinggal lagi satu perkara yang belum diketahui akan natijahnya iaitu imtihan adikku, Haris yang kini sedang 'berjuang' dalam imtihan fasal satu Kuliah Syariah wal Qanun, Tahun 2, Kaherah. Kebetulan juga imtihannya bermula pada 17 Januari yang lepas. Diharapkan agar kejayaan kedua-dua peristiwa tadi terbias juga padanya dan diberi taufiq oleh Allah s.w.t dalam menempuh imtihan pada kali ini. Semoga angka 1701 terus membawa tuah dan keberkatan, insya Allah..

Terima kasih buat semua. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu kerana telah 'menghantar' YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut ke sidang parlimen. Terima kasih juga buat petugas-petugas yang bekerja siang dan malam sehingga terciptanya satu sejarah baru dalam PRK Malaysia - PAS mampu menang sekalipun berdepan dengan taburan wang (rasuah pilihan raya) hampir mencecah sehingga 1 juta! Terima kasih juga buat adhoc pelaksana Kursus Aplikasi Adobe Photoshop yang memberi komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan program tersebut..



~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Friday, January 9, 2009

..Sanah Helwah Ya Ummi..

Saturday, January 10, 2009

Assalamualaikum wrt..

Hari ini 10 Januari 2009. Tarikh 10 Januari pasti ku ingat setiap tahun. Tarikh tersebut amat penting bagiku kerana pada tarikh itu lahirnya seorang ibu yang mengandungkanku selama 9 bulan 10 hari (tak tau cukup ke tak, kalau tak cukup halal-beralal lah ye mok?), melahirkanku sehingga separuh nyawa, menjaga dan melindungiku hatta daripada diganggu seekor nyamuk sekalipun serta mengasuhku sejak aku kecil sehingga aku dewasa..

Kira-kira jam 6.20 malam (12.20 tengah malam waktu Malaysia) tadi, aku mengambil handset dan terus menghantar mesej kepada ayah..

Salam.slmt ulgthn kelahiran yg ke47 buat ibu mithali yg t'syg,anknda doakn smga bonda pnjg umur,trus thabat dlm p'juangn & istimror m'jdi istri solehah kpd ayah
Dilevered to:
Walid +60199878693
Date and time:
9-Jan-2009
06:29:09 pm

Hajat di hati ingin menghantar mesej lebih awal (tepat jam 12 tengah malam Malaysia), tapi oleh kerana masa itu aku agak sibuk dengan aktiviti peribadi (gunting rambut dengan kawan..) dan selepas bersiap-siap aku segera mencapai handsetku dan menghantar mesej ucapan tersebut..

Tiada ungkapan yang dapat anaknda ungkapkan di sini melainkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat bonda yang sudi memahami kenakalan anaknda. Juga anaknda ingin memohon ampun dan maaf terhadap dosa-dosa anaknda pada bonda selama 22 tahun lebih bonda mengasuh anaknda. Terima kasih juga atas tarbiah dan didikan yang mematangkan lagi diri anaknda dalam mengenal erti pahit maung perjuangan Islam..

Semoga di hari lahir ini bonda bergembira dan sentiasa di dalam kasih sayangNya. Anaknda mendoakan agar bonda dipanjangkan umur untuk berjuang, dimurahkan rezeki yang halal dan terus menjadi ibu mithali kepada 5 putera dan 4 puteri bonda (bukan putera & puteri UMNO ni ye?jangan silap faham, hehe..), serta yang paling penting menjadi isteri solehah kepada ayahnda tercinta. Semoga keluarga kita dirahmati oleh Allah s.w.t dan menjadi role model kepada orang lain..

Anaknda teramat bangga dan terharu dilahirkan dari perut bonda dan dikurniakan keluarga yang bahagia. Halalkan makan minum anaknda, dan doakan anaknda berdua di sini dikurniakan kesihatan dan keberkatan dalam menuntut ilmu untuk menyambung perjuangan yang akan diwarisi oleh ayahnda..

Untuk akhirnya, anaknda tujukan lagu AZIMAT BONDA ini khas buat bonda..



p/s: Untuk cerita bonda yang lebih menarik, layari blog ayah ni..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

..Pesan Tok Guru kepada Pengundi P.036..

Friday, January 9, 2009


Assalamu'alaikum Wrt Wbr.
Semoga sejahtera selalu hendaknya.


Tuan/Puan,


"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong"

(Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2)

Seperti yang sama-sama kita maklum, menegakkan Islam itu perkara logik dan wajib. Ini kerana kita menumpang bumi Allah yang sepenuhnya dicipta oleh Allah. Jika dimisalkan, perintah ini samalah juga dengan sembanhyang. Sebagaimana sembahyang itu wajib maka apa jua perkara yang berkaitan dengan persiapan untuk menegakkan sembahyang turut menjadi wajib. Wudhu' untuk sembahyang itu wajib. Menggali telaga dan memasang paip itu wajib.


Demikian jugalah dengan kaedah menegakkan Islam di zaman ini. Zaman sekarang, orang menegakkan Islam dengan mengambil alih kuasa melalui pilihanraya. Ini yang timbul kerja mengundi melalui pilihanraya.


Oleh kerana undi itu hak mutlak diri, tiada ada siapa berhak merampas, mengugut dan memaksa. Apabila dihubungkan hak kebebasan mengundi ini dengan tanggungjawab kita untuk menegakkan Islam, maka tunaikanlah hak yang satu ini dengan penuh iman. Biar bagaimana rahsia sekalipun undi pada 17 Januari 2009 ini, ia tetaplah akan terakam sebagai amal makruf. Sebagaimana menggali telaga dan memasang paip untuk menyempurnakan wudhu' itu wajib kerana sembahyang itu wajib, MAKA mengundi sebuah parti yang mahu menegakkan Islam itu juga adalah wajib.


Oleh itu, tunaikanlah tanggungjawab kita dengan sehabis amanah. Gunakan senjata undi masing-masing di hari itu yang sekira-kiranya bila ditanya oleh Allah SWT kelak, tuan/puan boleh kata bahawa tuan/puan pernah membela Islam melalui sepangkah undi dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sewaktu di dunia dahulu - sekurang-kurangnya. Wassalam


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Mursyidul Am PAS

Tanggal : 9 Muharram 1430/6 Januari 2009


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Thursday, January 8, 2009

..Iklan..

Friday, January 9, 2009


~sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas~


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, January 7, 2009

..Fadhilat Hari 'Asyura..

Wednesday, January 7, 2009


10 Muharram
Hari yang amat istimewa kerana:
1. Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun
2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s yang memakan buah khuldi

3. Nabi Idris diangkat ke syurga dengan rahmat Allah
4. Nabi Nuh selamat dari banjir besar
5. Nabi Ibrahim diselamat oleh Allah dari dibakar
6. Nabi Yaakob dapat melihat
7. Nabi Ayub sembuh dari penyakit kulit
8. Laut Merah terbelah dua, Nabi Musa terselamat, Firaun & pengikutnya tenggelam dalam laut
9. Nabi Yusuf bebas dari penjara

Sunat melakukan:

1. Puasa
2. Sedekah kepada fakir miskin

3. Menyapu kepala anak yatim

4. Meluaskan perbelanjaan untuk keluarga


Rasulullah bersabda:-

"Berpuasa sunat pada 10 Muharam akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya"

(Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W:-

"Berpuasalah kamu pada hari ‘asyura (10 Muharam), dan bezakan kamu dengan orang-orang yahudi (yang hanya berpuasa hari
ke-10 Muharam sahaja), hendaklah kamu berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya"

"B
arangsiapa yang berpuasa pada hari 'asyura yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari 'asyura, maka akan diberikan pahala 10,000 orang Haji dan Umrah, dan 10,000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari 'asyura, maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi berbuka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari 'asyura, maka seolah-olah memberi iftor kepada semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka"

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Tuesday, January 6, 2009

..SPR dah tiup wisel, tunggu apa lagi?..

Tuesday, January 6, 2009

Alhamdulillah, baru saja selesai mempengerusikan mesyuarat AJK induk Kursus Aplikasi Adobe Photoshop '09 kali pertama. Kursus di bawah kelolaan Unit Penerangan & Penerbitan ini diadakan bagi mengasah bakat-bakat baru di samping mengenengahkan ilmu ICT kepada golongan huffaz. Program ini dijadual akan berlangsung pada 17 Januari 2009 depan, bersamaan dengan tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.036 Kuala Terengganu..

Pada sebelah pagi tadi, telah selesai satu upacara penting iaitu proses penamaan calon bagi PRK P.036 Kuala terengganu. Selepas proses penamaan calon dan bantahan ditutup, tiga calon telah disahkan bertanding. Mereka ialah YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) dan Azharuddin Mamat @ Adam (Bebas)..

Dengan pengesahan calon-calon yang akan bertanding ini, maka sekaligus wisel permulaan telah ditiup oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertindak selaku refree pada 'perlawanan' tiga penjuru ini. Diharapkan refree kali ini bertindak lebih telus dan bukannya bertindak sebagai 'penyumbat gol' untuk mana-mana 'pasukan' yang bertanding..

Di sini diselitkan beberapa gambar sekitar penamaan calon PRK P.036 Kuala Terengganu..

calon PAS diringi pimpinan tertinggi PAS dan PKR

lautan manusia yang hadir memberikan sokongan

sepanjang jalan dipenuhi penyokong2 PAS

memang dah dasar UMNO 'maddiyyah'..tak de ni tak jalan program

Cukup sekadar ini saja coretan ringkas yang mampu dikarang malam ini, memandangkan lihaf* pun dah melambai-lambai memanggil untuk 'berdamping' dengan tuannya. Selamat berpuasa sunat 10 Muharam esok, semoga Allah memberikan kekuatan untuk kita meneruskan ibadah keranaNya dan Allah memberikan ganjaran yang setimpal serta pertolongan untuk pejuang-pejuang Islam yang sentiasa cintakan kebenaran, amin ya rabbal 'aalamin..

Cucu: nasib baik Tok Maimun tak bertanding kali ni, kalau tak mesti Tok bertukar pusat pembuangan undi lagi macam PRU 12 baru-baru ni (^-^)..

*lihaf (selimut)

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Sunday, January 4, 2009

..Palestin : Apa Peranan Kita?..

Sunday, January 4, 2009


Saudara-saudara kita di Semenanjung Gaza, Palestin terus-menerus diserang, dibunuh dan ditindas oleh puak-puak durjana Yahudi laknatullah. Apakah peranan kita selaku seorang mukmin yang mempunyai hati nurani dan perasaan? Adakah kita hanya melihat saja tanpa ada rasa sensitif terhadap saudara-saudara seagama kita? Adakah kita hanya menonton tayangan video penindasan mereka di televisyen seperti kita menonton filem-filem yang sekadar lakonan semata-mata?

Ayuh saudara-saudaraku, bangkitlah! Bangunlah menentang kekejaman ini. Mungkin ini tidak berlaku di tempat tumpah darah kita, akan tetapi cuba kita berfikir sejenak, apa perasaan kita apabila perkara yang berlaku di Gaza kini berlaku di tempat tinggal kita? Tepuk dada tanyalah iman..

Bagaimana negara kecil Israel yang satu itu boleh menjajah negara Islam dan meratah hidup-hidup umat Islam? Sedangkan di dunia ini terdapat berpuluh-puluh negara Islam termasuk Malaysia (walaupun pada hakikatnya 'negara umat Islam'). Adakah bilangan yang berpuluh-puluh itu tidak mampu menewaskan yang satu? Mustahil, tapi itulah hakikatnya yang berlaku..

Persidangan Negara-negara Islam Sedunia (OIC) pun tidak mampu melakukan tindakan segera untuk membantu rakyat Palestin. Mereka hanya berpeluk tubuh dan melihat saja tanpa ada apa-apa tindakan drastik yang diambil. Ini ternyata sesuai sekali dengan namanya "oh, i see..".

Sebab itulah Israel boleh menguasai umat Islam kerana mereka semua tidak bersatu. Sebagai contoh, sehingga kini Jordan dan Mesir sendiri masih lagi enggan membuka pintu sempadan untuk rakyat Palestin mendapatkan bantuan dari segi makanan, perubatan dan sebagainya. Hal ini menjadikan Israel semakin megah dan berani bertindak sedemikian..

Marilah sama-sama kita membantu saudara-saudara kita di sana dengan cara yang paling mudah iaitu kita memboikot barangan-barangan Israel dan sekutunya Amerika laknatullahi 'alaihim ajmain. Jika kita membeli barang mereka, seolah-olah kita membenarkan sebutir peluru menusuk ke dada saudara kita di sana. Kita tidak mampu untuk berjihad menentang Yahudi di sana, jadi cukuplah sekadar kita menyekat sumber ekonomi mereka. Semoga dengan usaha kecil kita ini mampu menyelamatkan satu nyawa yang tidak berdosa di sana..



Sambil itu, mari kita dengarkan sebuah lagu jihad untuk warga al-quds yang sedang berhadapan dengan Yahudi laknatullah sekarang. Lagu ini seringkali ku dendangkan ketika aktif bernasyid di ma'had dulu..(^-^)


Celaka Yahudi! Celaka Israel! Celaka Amerika!

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Friday, January 2, 2009

..Sanah Helwah Ya Akhuya..

Friday, January 2, 2009


Hari ini hari jumaat yang merupakan penghulu segala hari (sayyidul ayyam). Mengikut kalendar masehi hari ini bertarikh 2 Januari 2009..

Pada tanggal 2 Januari 1991 yang lalu, lahirlah seorang bayi lelaki yang comel. Kelahirannya disambut penuh syukur oleh kedua ibu dan ayahya. Ayahnya menyambutnya dengan laungan azan dan iqamah di telinga kanan dan kirinya, manakala si ibu sempat tersenyum gembira walaupun baru saja selesai 'berperang dengan maut' sebentar tadi..

Selang beberapa hari, tibalah giliran mereka memberi nama kepada si anak. Si ibu mencadangkan agar diletakkan nama Abdullah Nasih Ulwan - seorang ulamak murabbi yang terkenal di seluruh dunia. Mungkin barang kali kerana si ayah amat meminati buku-buku karangan Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan terutamanya Tarbiatul Aulad menbuatkan si ibu memberi nama seindah itu kepada anak mereka yang baru lahir itu. Ataupun boleh jadi besarnya harapan si ibu agar anaknya menjadi seperti Dr. Abdullah Nasih Ulwan apabila dewasa kelak..

Apabila nama tersebut diketengahkan, timbul khilaf di kalangan kedua-dua mereka. Hal ini berlaku kerana abangnya yang merupakan anak ketiga pasangan ini telah diberi nama 'Abdullah' di depannya. Setelah berbincang, mereka sepakat meletakkan nama 'Muhammad' di depannya bagi menggantikan 'Abdullah'. Maka diberilah nama Muhammad Nasih Ulwan kepada anak yang kian membesar itu..

Setelah ditarbiah dan diasuh dengan tarbiah Islamiah oleh kedua ibu dan ayahnya, tatkala anak ini berusia 5 tahun, mereka bertekad menghantar anak mereka ke Pasti Al-Hijrah, Kg. Duyung, Seberang Takir. Tamat pendidikan peringkat pra-sekolah, ayahnya kemudian menghantarnya ke Madrasah Darul Taqwa, Batu Enam. Setelah 5 tahun di situ, beliau terus menyambung pengajian peringkat menengah di Ma'had Darul Quran, Masjid Rusila. Kemudian beliau berpindah ke Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang (SMASZAL) selama 3 tahun sebelum ke
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Burok..

Setelah terdapat beberapa masalah dalaman di situ, beliau tidak dapat meneruskan pembelajaran di sekolah agama yang tertua di negeri Terengganu itu. Hal ini kerana 'masalah' tersebut telah membuatkannya terganggu dan tidak dapat fokus sepenuhnya. Walaupun pada tahun tersebut beliau sepatutnya akan mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), akan tetapi beliau terpaksa akur dengan takdir Ilahi. Bukan itu saja, yang paling menyedihkan beliau terpaksa 'mengorbankan' impiannya untuk menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar, Mesir..

Kini, berkat doa semua pihak dan pertolongan daripada Allah Taala beliau sudah beransur pulih dari 'masalah' yang menghantui dirinya selama hampir 4 bulan lamanya. Cuma ada lagi sikit "hawe-hawe" kata orang Terengganu. Sekarang beliau meneruskan pengembaraan ilmu di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Cenfos-UIAM), Nilai, Negeri Sembilan..

Hari ini genaplah usianya 18 tahun. Sebagai seorang abang yang sentiasa prihatin, aku senantiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya dan semoga beliau tabah menghadapi segala ranjau dan ujian dalam kehidupan yang sementara ini. Abang Lim doakan semoga Aceh panjang umur, dimurahkan rezeki, sukses sokmo, jadi anak soleh kebanggan mak ayah dan terus thabat
dalam platform dakwah, insya Allah. Yang paling utama, harapan mak, ayah dan abang-abang ingin melihat Aceh menjadi NASIH ULWAN yang sebenar suatu masa nanti..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Thursday, January 1, 2009

..Tahniah & Takziah..

Thursday, January 1, 2009


Tahniah dan Takziah.. Dua kalimah yang berbeza sekali maksudnya, berlainan juga ertinya. Yang pastinya aku telah membuat andaian sendiri kemungkinan dua perkataan ini adik beradik kerana bunyinya seakan-akan sama (hanya dibezakan dengan huruf 'H', 'N', 'K' dan 'Z' sahaja) walaupun pada hakikatnya kedua-duanya membawa maksud yang berlawanan. Yang pertama untuk sesuatu yang gembira, manakala yang kedua pula untuk kes-kes ataupun peristiwa yang menyedihkan..

Baik, kita fokuskan dulu kepada perkataan yang pertama, iaitu TAHNIAH;

Dua hari lepas, sebaik saja keputusan peperiksaan PenilaianMenengah Rendah (PMR) diumumkan di seluruh negara, aku segera menghantar SMS kepada ayah bertanyakan keputusan PMR adik lelakiku, Ahmad Farid Luqman Zakaria..

Ayah terus membalas SMS aku tadi..

Alhamdulillah. Dpt straight A (8A).
Sender:

Walid

+60199878693

Sent:

02:16:05pm

30.12.2008


Ringkas, tapi cukup membawa maksud menandakan kegembiraan sudah terlakar di wajahnya sebagai seorang yang bergelar ketua keluarga. Sudah pasti beliau bangga dengan kejayaan anak-anak yang lahir dari zuriatnya. Sememangnya adikku sudah dijangkakan akan mendapat natijah sebaik itu. Kalau diukur pada kesungguhannya, adikku yang biasa dipanggil dengan panggilan Yed ini memang layak, sementelah Yed merupakan pelajar yang dianugerahkan
Allah Taala kepintaran sejak kecil. Berkat kesungguhan dan doa daripada mak, ayah, abang-abang serta cikgu-cikgu, dengan izin Allah Taala Yed akhirnya dapat menggapai apa yang ditarget selama ini..

Di kalangan adik-beradikku, hanya seorang saja yang mendapat straight A atau Mumtaz sebelum ini, iaitu tak lain tak bukan adikku yang paling kontroversi dan famous, Abdullah Haris yang masyhur dengan 'kekuningan'nya baru-baru ini (^-^). Haris mendapat 10 Mumtaz dalam imtihan STAMnya dua tahun lalu..


Tiada lafaz lain yang dapat dituturkan melainkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Ilahi yang menentukan segala qada' dan qadar sesuatu urusan manusia. Yed telah buktikan yang Yed mampu lakukannya, dan Yed telah gembirakan hati mak dan ayah. Tinggal lagi harapan mereka supaya Yed berbakti dan terus menjadi anak yang soleh untuk kebahagiaan mereka..

Alfun mabruk, Congratulation dan Tahniah Abang Lim ucapkan buat Yed!!! Semoga terus melakar kejayaan di masa-masa yang akan datang, insya Allah..

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai kalimah yang pertama, kita pergi kepada kalimah yang kedua pula, TAKZIAH;


Malam tadi kira-kira jam 10.55 minit malam (waktu Malaysia), Presiden PAS yang juga merangkap Penasihat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P. 036 Kuala Terengganu..

Pengumuman itu akhirnya menjawab teka-teki dan desas-desus selama ini yang bermain di minda rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kuala Terengganu khasnya. Pengumuman itu juga turut mengejutkan banyak pihak yang sesetengahnya tidak menjangka beliau akan dicalonkan..


Mungkin bagi setengah pihak khasnya di luar Terengganu beranggapan pemilihan Haji Wahid sebagai calon adalah satu keputusan yang silap, akan tetapi rakyat di Kuala Terengganu amat mengenali dan cukup rapat dengan beliau. Beliau juga turut disenangi kaum Cina dan India dan merupakan orang yang mampu memenuhi kehendak ramai, baik golongan tua mahupun golongan muda..

Bagiku pemilihan ini amat tepat dan merupakan satu 'tumbukan' pertama PAS kepada seteru utamanya BN. Memang PRK ini ibarat buku bertemu ruas apabila Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu ditentang sengit oleh YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu. Haji Wahid yang merupakan ADUN Wakaf Mempelam sejak 5 penggal, pernah dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004). Beliau juga merupakan Bendahari BPPNT..

Takziah aku ucapkan buat Haji Wahid. Tugas sebagai calon ini adalah amanah yang amat berat yang perlu dipikul, dan sekiranya (mudah-mudahan, insya Allah) dipilih oleh rakyat pada 17 Januari depan, pasti akan bertambah berat dan perlu digalas dengan penuh amanah. Selamat berkempen buat Haji Wahid yang merupakan boss lama ayah ketika menganggotai Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu suatu ketika dulu..

Insya Allah, rabbina ma'aak.. ALLAHU AKBAR!!!


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP