..Tahniah & Takziah..
Thursday, January 1, 2009
Tahniah dan Takziah.. Dua kalimah yang berbeza sekali maksudnya, berlainan juga ertinya. Yang pastinya aku telah membuat andaian sendiri kemungkinan dua perkataan ini adik beradik kerana bunyinya seakan-akan sama (hanya dibezakan dengan huruf 'H', 'N', 'K' dan 'Z' sahaja) walaupun pada hakikatnya kedua-duanya membawa maksud yang berlawanan. Yang pertama untuk sesuatu yang gembira, manakala yang kedua pula untuk kes-kes ataupun peristiwa yang menyedihkan..
Baik, kita fokuskan dulu kepada perkataan yang pertama, iaitu TAHNIAH;
Dua hari lepas, sebaik saja keputusan peperiksaan PenilaianMenengah Rendah (PMR) diumumkan di seluruh negara, aku segera menghantar SMS kepada ayah bertanyakan keputusan PMR adik lelakiku, Ahmad Farid Luqman Zakaria..
Ayah terus membalas SMS aku tadi..
Sender:
Walid
+60199878693
Sent:
02:16:05pm
30.12.2008
Ringkas, tapi cukup membawa maksud menandakan kegembiraan sudah terlakar di wajahnya sebagai seorang yang bergelar ketua keluarga. Sudah pasti beliau bangga dengan kejayaan anak-anak yang lahir dari zuriatnya. Sememangnya adikku sudah dijangkakan akan mendapat natijah sebaik itu. Kalau diukur pada kesungguhannya, adikku yang biasa dipanggil dengan panggilan Yed ini memang layak, sementelah Yed merupakan pelajar yang dianugerahkan Allah Taala kepintaran sejak kecil. Berkat kesungguhan dan doa daripada mak, ayah, abang-abang serta cikgu-cikgu, dengan izin Allah Taala Yed akhirnya dapat menggapai apa yang ditarget selama ini..
Di kalangan adik-beradikku, hanya seorang saja yang mendapat straight A atau Mumtaz sebelum ini, iaitu tak lain tak bukan adikku yang paling kontroversi dan famous, Abdullah Haris yang masyhur dengan 'kekuningan'nya baru-baru ini (^-^). Haris mendapat 10 Mumtaz dalam imtihan STAMnya dua tahun lalu..
Tiada lafaz lain yang dapat dituturkan melainkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Ilahi yang menentukan segala qada' dan qadar sesuatu urusan manusia. Yed telah buktikan yang Yed mampu lakukannya, dan Yed telah gembirakan hati mak dan ayah. Tinggal lagi harapan mereka supaya Yed berbakti dan terus menjadi anak yang soleh untuk kebahagiaan mereka..
Alfun mabruk, Congratulation dan Tahniah Abang Lim ucapkan buat Yed!!! Semoga terus melakar kejayaan di masa-masa yang akan datang, insya Allah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai kalimah yang pertama, kita pergi kepada kalimah yang kedua pula, TAKZIAH;
Malam tadi kira-kira jam 10.55 minit malam (waktu Malaysia), Presiden PAS yang juga merangkap Penasihat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT), Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengumumkan YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut sebagai calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P. 036 Kuala Terengganu..
Pengumuman itu akhirnya menjawab teka-teki dan desas-desus selama ini yang bermain di minda rakyat Malaysia amnya dan pengundi Kuala Terengganu khasnya. Pengumuman itu juga turut mengejutkan banyak pihak yang sesetengahnya tidak menjangka beliau akan dicalonkan..
Mungkin bagi setengah pihak khasnya di luar Terengganu beranggapan pemilihan Haji Wahid sebagai calon adalah satu keputusan yang silap, akan tetapi rakyat di Kuala Terengganu amat mengenali dan cukup rapat dengan beliau. Beliau juga turut disenangi kaum Cina dan India dan merupakan orang yang mampu memenuhi kehendak ramai, baik golongan tua mahupun golongan muda..
Bagiku pemilihan ini amat tepat dan merupakan satu 'tumbukan' pertama PAS kepada seteru utamanya BN. Memang PRK ini ibarat buku bertemu ruas apabila Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu ditentang sengit oleh YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu. Haji Wahid yang merupakan ADUN Wakaf Mempelam sejak 5 penggal, pernah dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri ketika PAS memerintah Terengganu (1999-2004). Beliau juga merupakan Bendahari BPPNT..
Takziah aku ucapkan buat Haji Wahid. Tugas sebagai calon ini adalah amanah yang amat berat yang perlu dipikul, dan sekiranya (mudah-mudahan, insya Allah) dipilih oleh rakyat pada 17 Januari depan, pasti akan bertambah berat dan perlu digalas dengan penuh amanah. Selamat berkempen buat Haji Wahid yang merupakan boss lama ayah ketika menganggotai Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu suatu ketika dulu..
Insya Allah, rabbina ma'aak.. ALLAHU AKBAR!!!
5 comments:
tahniah yed!!
oo..pakcik wahid jadi calon..
baru tau..
mcm2 khabar asap ekpom dengo..
btul..pakcik wahid ni sgt berkaliber..
dulu beliau pnh tanding lwn ayh teh(pak sdare sabit)..
patu ayah teh kaloh..haha
"yaAllah..menangkanlah pihak yg memperjuangkan islam dan gigih membasmi kemunkaran..
agar bersih hometownku dr ma'siat dan kemunkaran...insyaAllah
amin ya rabb..smga Allah mngurniakan kmnangan kpd Islam, insya Allah beiznillah..p.sdare sabit 2 blh ummi ke abh?mse PRU thn bile beliau lwn hj wahid?
sorry..nak ganggu anak sepupu sikit..perkataan takziah tidak sesuai digunakan..sebab percalonan bukan bermakna kematian..walaupun ia merupakan amanah..tak pernah pulak nabi sebut takziah kepada sahabat yang diberikan jawatan..
okey..selamat maju jaya..doa orang bermusafir mustajab...jangan lupa doa perjuangan di sini
X pe je..nmpk pak spupu prihatin skit,ke guane?he3..ops..ye ke?ambe letok gtu sbb ari tu ade sorg kwn ucap TAKZIAH lps dilantik jd exco DPM, org lain ucap mabruk,dia sorg je ucap gtu..bile d tanye,dia jwb kn amanah brt tu..ala kulli hal,insyaAllah blh d baiki lps ni..syukran ats inzar:)insyaAllah,Allah akan berikan kemenangan kpd ISLAM,TAKBIR!!!
belah ummi ah..
abg ipow ummi..ye sorg je alik nu
ummi kabo maren pakcik wahid nge famili beliau nangis nk terima amanat ni..
tugas besr dekpun..
tapi..
insyaAllah beliau leh jlnkan t.jwb ni ngn baik..insyaAllah..
Post a Comment