..Catatan Seminggu..
Wednesday, January 21, 2009
Assalamualaikum pengunjung sekelian..
Sudah agak terlalu lama aku membiarkan medium maya ini dipenuhi sawang-sawang yang tak diundang. Bukan kerana sindrom malas sepertimana yang pernah ku alami sebelum ini, tapi mungkin kerana terlalu masyghul dengan benda-benda lain sehingga membuatkan ku lupa akan tekad dan azamku tatkala menjelang tahun baru 1430 H/2009 M iaitu aku akan berusaha sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat melalui blog ini setiap hari walaupun dengan sepatah kata cuma..
Apa yang menjadi masalah kepadaku ialah kadang-kadang dalam sehari terlalu banyak yang hendak dipostkan, akan tetapi dek kerana tiada kesempatan masa membuatkan aku jadi bingung dan blind. Tambahan pula sepanjang semalam terdapat masalah pada network internet di rumah menyebabkan medium ini terus 'sepi tanpa kata'. Sehingga ke hari ini masalah tersebut masih berlarutan, nasib baik di kawasan tempat tinggalku ini ada wireless, jadi aku dapat melayari internet melalui laptop adikku yang ku pinjam untuk kegunaan Kursus Adobe baru-baru ini..
Baik, sebenarnya banyak yang berlaku sepanjang ketidak postinganku ini (ismul murokkab baru ni, he3..). Tapi apa yang nak aku fokuskan di sini ialah satu ungkapan keramat yang terpacul dari mulut ayahku lalu beliau menterjemahkan kata-katanya itu melalui tulisan berbentuk mesej dalam shoutbox blogku ini pada 7 Januari 2009 jam 15:14 (3.14 petang). Mesejnya lebih kurang begini;
Ayah: Insya Allah, keputusan 17 Januari , PAS menang, Kursus Adobe berjaya dan Hares mumtaz! TAKBIR!!!
Begitulah betapa besarnya harapan seorang pejuang yang terlalu rindukan kemenangan Islam dan harapan seorang ayah yang terlalu mengharapkan kejayaan anak-anaknya. Kenapa aku katakan ungkapannya sebagai KERAMAT? Sebelum aku nyatakan sebab-musababnya, suka aku ceritakan serba ringkas kejadian yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan ayah melafazkan kalam begitu..
Pada 17 Januari baru-baru ini, umum mengetahui akan tarikh yang jatuh pada hari Sabtu lepas. Apa yang menyebabkan tarikh ini tiba-tiba menjadi penting dan glamour seluruh negara? Tak lain tak bukan ianya merupakan tarikh pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.36 Kuala Terengganu. Kebetulan pula pada hari dan waktu yang sama (macam siaran TV je, huhu..) aku terlibat sepenuhnya dalam program Kursus Aplikasi Adobe Photoshop yang diadakan di sini. Program sehari suntuk yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu berakhir kira-kira jam 8.30 malam. Itu berakhir program, tak termasuk kemas-kemas tempat dan mesyuarat muhasabah adhoc lagi. Selepas beres semua, pulang lah diri ini ke rumah dalam keadaan keletihan yang teramat tepat jam 11.15 malam..
Kursus ini boleh dianggarkan berjaya kerana hasilnya rata-rata di kalangan peserta dapat mengaplikasikan program adobe ini di rumah masing-masing walaupun hanya berkursus selama satu hari sahaja. Semoga dengan kejayaan program ini dapat memberikan satu natijah yang efektif kepada persatuan khususnya DPM (MAQAZ) Shoubra sendiri. Diharapkan selepas ini lebih ramai lagi designer yang berbakat dan kreatif dapat dilahirkan dari bumi Shoubra ini sesuai dengan tema program "Huffaz Kreatif, Fikrah Positif"..
Oleh kerana sehari suntuk berada di markaz DPM, aku terlepas untuk mengikuti keputusan terkini PRK Kuala Terengganu dari semasa ke semasa. Aku tidak berkesempatan mengikuti perkembangan di internet dan hanya mengetahui melalui mesej yang dihantar seorang kawan. Antara kandungan mesejnya ialah PAS telah menang besar melebihi majoriti 2,000 undi. Kemenangan manis ini membuatkan keletihanku sedikit terubat dan mampu tersenyum gembira. Ini adalah hadiah yang paling berharga buat pejuang-pejuang yang telah bertungkus-lumus berkerja untuk memenangkan PAS dan Pakatan Rakyat (PR)..
Kemenangan ini juga merupakan hadiah yang terlalu indah buat pimpinan PAS khususnya di Terengganu. Memang berbaloi penat lelah ayah selama sebulan lebih bekerja tanpa mengira penat dan letih. Ayah yang ditugaskan selaku Ketua Urusetia bagi PRK ini sering keluar di awal pagi dan pulang ke rumah juga pada awal pagi (sekitar jam 1 hingga 3 pagi). Sepanjang PRK ini ayah sering 'bertapa' di markaz besar P.36 (Markaz Tarbiah PAS Kawasan Kuala Terengganu), Kuala Ibai dan sekali-sekala sempat menjenguk anak-anak buah di pos-pos Unit Peti Undi (UPU) Kampung Cina dalam DUN Bandar..
Begitulah kisah di sebalik ungkapan keramat tersebut. Dengan izin Allah s.w.t kedua-duanya sudah menjadi kenyataan dan selamat disempurnakan dengan jayanya. Tinggal lagi satu perkara yang belum diketahui akan natijahnya iaitu imtihan adikku, Haris yang kini sedang 'berjuang' dalam imtihan fasal satu Kuliah Syariah wal Qanun, Tahun 2, Kaherah. Kebetulan juga imtihannya bermula pada 17 Januari yang lepas. Diharapkan agar kejayaan kedua-dua peristiwa tadi terbias juga padanya dan diberi taufiq oleh Allah s.w.t dalam menempuh imtihan pada kali ini. Semoga angka 1701 terus membawa tuah dan keberkatan, insya Allah..
Terima kasih buat semua. Terima kasih kepada pengundi-pengundi di Kuala Terengganu kerana telah 'menghantar' YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut ke sidang parlimen. Terima kasih juga buat petugas-petugas yang bekerja siang dan malam sehingga terciptanya satu sejarah baru dalam PRK Malaysia - PAS mampu menang sekalipun berdepan dengan taburan wang (rasuah pilihan raya) hampir mencecah sehingga 1 juta! Terima kasih juga buat adhoc pelaksana Kursus Aplikasi Adobe Photoshop yang memberi komitmen yang begitu tinggi bagi menjayakan program tersebut..

0 comments:
Post a Comment