Showing posts with label Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Peristiwa. Show all posts

Saturday, September 19, 2009

..Jangan tinggalkan kami..


Sedar tak sedar kita telah pun berada di hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan 1430 H. Begitu pantas masa berlalu seakan-akan baru saja bertemu dengan Ramadhan semalam, tiba-tiba hari ini 'tetamu' yang sering dirindui oleh Rasulullah dan para sahabat itu akan pergi meninggalkan kita buat kesekian kalinya.

Kalau dilihat pada kelebihan dan segala macam special offer yang Allah tawarkan kepada hamba-hambaNya pada bulan ini, hati ini seakan-akan berat ingin melepaskan Ramadhan pergi. Diri ini masih lagi tidak puas bersamamu ya Ramadhan. Benarlah sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Jika sekiranya umatku mengetahui akan kelebihan dan ganjaran yang besar yang terdapat dalam bulan Ramadhan, nescaya mereka akan meminta setahun penuh adalah seperti bulan Ramadhan"

Tetapi perasaan sebegini hanya timbul di hati para mukminin yang benar-benar menghayati dan beramal dengan mengihya'kan Ramadhan sahaja. Mereka masih lagi ingin 'bermanja-manja' dengan Ramadhan, kalau boleh selama-lamanya. Mereka berasa seronok beramal ibadah dalam bulan ini kerana halawatul iman (kemanisan iman) yang mereka rasai.

Berbeza pula dengan mereka yang berperasaan sebaliknya. Mereka langsung tidak merindui kedatangan Ramadhan apatah lagi di kala Ramadhan hendak berlalu pergi. Mereka lebih gembira kerana selepas ini mereka akan bebas melakukan apa saja di siang hari disebabkan beberapa 'sekatan' yang membelenggu mereka selama sebulan ini. Sebab itu kita tidak hairan melihat ramai orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang dan masih mendedahkan aurat. Kedatangan Ramadhan langsung tidak dihayati jauh sekali untuk dihidupkan. Ramadhan dan bulan-bulan yang lain sama saja bagi mereka. Ini bertepatan dengan sabda Baginda yang berbunyi:

"Berapa ramai orang yang berpuasa, akan tetapi tiada pahala puasa baginya melainkan lapar dan dahaga"

Sepanjang sebulan kita bermujahadah ini adakah amalan yang kita lakukan bersesuaian dengan title kita selau seorang muslim dan mukmin? Jom sama-sama kita bermuhasabah di penghujung Ramadhan ini agar kita benar-benar mendapat tingkatan ketaqwaan yang Allah s.w.t letakkan matlamat kita berpuasa dan beribadat dalam sebulan ini.

Persoalannya, adakah kita telah menggondol piala taqwa dalam perlawanan menentang pasukan nafsu selama 29 hari ini? Adakah 'permainan' kita di padang Ramadhan lebih baik daripada 'aksi' kita tahun lepas? Kalau persoalan-persoalan tersebut dijawab 'ya', maka sesungguhya kita telah berjaya melepasi madrasah Ramadhan dengan jayanya. Kalau jawapannya 'tidak', koreksilah diri masing-masing agar kita tidak menjadi golongan sebagaimana Sabda Rasulullah s.a.w:

"Rugi dan sia-sialah bagi mereka yang melalui Ramadhan akan tetapi dosa-dosanya tidak diampunkan Allah"

Kerana sebab inilah Baginda menangis ketika menaiki mimbar hendak menyampaikan khutbah. Sebelum itu Baginda diriwayatkan tersenyum manis seketika dan kemudian menangis dan bersedih. Lalu sahabat bertanya, "kenapa engkau senyum dan kemudian menangis Ya Rasulallah?" lalu baginda menjawab, "aku tersenyum kerana melihat Allah mengampunkan dosa umatku yang berpuasa, dan aku menangis kerana masih ada lagi umatku yang apabila berlalunya Ramadhan dosa-dosanya masih lagi tidak diampunkan oleh Allah Taala."

Selamat menyambut Hari Raya 'Idil Fitri. Semoga kita menyambut hari kemenangan kita ini dengan penuh keimanan dan ketaqwaan. Janganlah kita mencemarkan kesucian hari raya dengan maksiat dan dosa, cukuplah Ramadhan sebagai tarbiah ruhiah bagi kita. Mudah-mudahan dosa-dosa kita semua dibersihkan pada hari raya ini sebagaimana kita baru keluar dari perut ibu kita secara fitrah.

Minal 'Aaidin wal Faaizin. Kullu sanah wa antum jamii'an toyyibun! Maaf zahir dan batin.
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, August 31, 2009

..Melayan kerenah murid..


Semalam merupakan hari pertama saya di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Saya diminta mengajar subjek Agama Islam dan Pendidikan Seni bagi semua murid Tahun 4. Pada sebelah petang pula saya mengajar Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) di situ. Bermakna sehari suntuk saya berada di sekolah kecuali hari Selasa dan Khamis kerana kelas KAFA hanya tiga hari seminggu.

Walaupun agak letih melayan seribu macam kerenah murid-murid dari pagi sampai ke petang, tapi saya berasa cukup puas kerana inilah cabaran yang mesti dilalui oleh seseorang yang ingin bergelar pendidik. Mungkin pengalaman sebelum ini agak berbeza. Sebelum ini saya pernah mengajar selama 4 bulan di Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang (dahulu dikenali sebagai KIST), dan hanya mentasmi' Al-Quran bagi pelajar tingkatan 1 di samping mengajar madah arab (seperti Nahu, Sorof, Hadis, Tajwid dll) serta madah Bahasa Arab Komunikasi (BAK) bagi pelajar tingkatan 3.

Berhadapan dengan pelajar sekolah menengah berbeza dengan pelajar sekolah rendah. Pelajar sekolah rendah memerlukan perhatian yang lebih daripada guru. Ini kerana mereka masih lagi tercari-cari arah mana yang mereka hendak pilih lebih-lebih lagi murid di kelas belakang yang agak ketinggalan. Bagi murid kelas belakang, guru mestilah tegas dalam masa yang sama berlemah lembut agar murid tidak mudah 'naik atas kepala' guru. Berlemah lembut agar mereka tidak mudah terasa dan bimbang jika guru terlalu tegas akan mengundang kebencian mereka kepada guru.

'Ala kulli hal sudah menjadi fitrah kanak-kanak bersifat sebegitu. Tidak dinamakan manusia jika tidak bersifat nisyan (lupa). Begitu juga dengan kanak-kanak. Tidak dinamakan kanak-kanak jika tidak bersifat nakal. Mujur saya sudah biasa dengan kerenah anak-anak murid seusia ini, jadi ianya dapat mengurangkan tekanan dalam diri saya. Mudah-mudahan anak-anak itu akan menjadi insan berguna suatu hari kelak.
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, August 24, 2009

..Seminggu di tanah air..


Alhamdulillah, hari ini sudah genap seminggu keberadaanku di bumi bertuah ini. Kepulanganku disambut oleh semua ahli keluarga walaupun pada tarikh tersebut merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir. Ayah terpaksa melewatkan perancangannya untuk bertugas di sana kerana menyambutku pulang..

Sepanjang tempoh seminggu ini, banyak perkara suka dan duka yang telah berlaku. Selepas sehari tiba di sini, keesokan harinya keluar bersama ayah ke pejabat BPPNT di Taman Seri Intan. Sudah sekian lama tidak berkunjung di sini. Kebetulan adik-adik lepasan SMAASZA Batu Burok berkhidmat di situ sementara melanjutkan pengajian ke Mesir. Gembira dapat bertemu dan berbual dengan mereka. Yang mengagumkan, ada di antara mereka yang menolak tawaran pinjaman Yayasan Terengganu (YT) walaupun mereka diterima untuk mendapat pinjaman tersebut..

Setibanya di rumah petang itu saya mendapat panggilan daripada Guru Besar SK Pasir Panjang. Beliau menanyakan saya samada ingin menjadi guru ganti di sekolahnya memandangkan seorang ustazah di situ yang cuti bersalin selama dua bulan. Tanpa berfikir panjang saya terus menerima pelawaan Guru Besar tadi. Beliau meminta saya datang berjumpa dengannya di sekolah pagi esok..

Setelah berbincang dan meneliti sijil-sijil akademik saya, beliau meminta saya ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ke Menara Yayasan Islam Terengganu untuk berjumpa pegawai di sana. Saya dimaklumkan akan mula mengajar bermula 30 Ogos ini (selepas sesi persekolahan dibuka)..

Pulang ke rumah petang itu saya mula rasa tak sedap badan. Tubuh saya panas macam orang demam. Sehingga tak dapat bangun ke surau malam itu. Pagi esoknya pergi berjumpa doktor dan alhamdulillah saya hanya demam biasa. Mungkin saya terlalu berjemur panas sehari dua ini menyebabkan mudah dijangkiti demam. Dua hari berehat di rumah sebelum Ramadhan menjelang. Hanya terlantar bertemankan ubat dan tidak keluar rumah..

Malam 1 Ramadhan saya sudah pulih sepenuhnya. Mujur dapat naik imam terawih malam itu, kalau tidak mungkin akan menghampakan harapan jemaah di sini. Malam keesokannya di Masjid Kg Batin dan begitulah berselang hari antara Surau Al-Mawaddah dan Masjid Kg Batin, Seberang Takir..

Terkilan juga tak dapat membantu sahabat-sahabat di Permatang Pasir. Di saat ayah, abang dan adik-adik lelaki turun berjuang di sana, saya diminta untuk menjaga 'kubu' di sini. Insya Allah PRK selepas ini saya tekad untuk turun membantu. Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam di sana..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Friday, July 17, 2009

..Hikmah Israk dan Mikraj..


Kita masih lagi berada dalam bulan Rejab. Bulan ini terdapat banyak fadhilat yang dijanjikan Allah kepada hambaNya. Sempena kita memperingati bulan yang mulia ini, marilah kita menghayati peristiwa penting yang berlaku ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w iaitu peristiwa Israk dan Mikraj..

Peristiwa ini benar-benar menguji keimanan orang mukmin. Tatkala orang-orang kafir
ketika itu langsung tidak mempercayai, bahkan mereka memperolok-olokkan baginda sebaik baginda bercerita, orang mukmin ada sebilangan mereka yang beriman dan ada yang tidak. Tetapi kekentalan iman Saidina Abu Bakar yang terus mempercayai baginda memberi satu pengajaran kepada kita supaya tidak ragu-ragu dengan apa yang dibawa baginda..

Jika kita menghayati peristiwa ini secara teliti, nescaya rasa keimanan kita akan bertambah. Perasaan takut dan taqwa kian menebal di hati kita secara langsung ia boleh dihubungkan dengan kehidupan kita di dunia ini dan sebagai satu contoh teladan dalam membentuk kehidupan yang Islamik. Seterusnya manusia dapat mengelakkan dirinya dari terus melakukan maksiat dan kejahatan..

Golongan kuffar yang tidak mengimani peristiwa ini kerana mereka berfikir amat mustahil Nabi s.a.w berjalan dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjidil Aqsa di Palestin, kemudian naik melepasi tujuh lapisan langit dalam masa hanya sepertiga malam, sedangkan jarak perjalanan tersebut terlalu jauh. Mereka mendakwa perkara yang dilakukan baginda tidak masuk akal lebih-lebih lagi oleh manusia seperti baginda..

Salah satu kesan Israk dan Mikraj ialah untuk mendidik umat agar menghayati makna kehidupan yang sepatutnya ditempuh oleh setiap insan yang ingin memanfaatkan kehidupannya menurut kehendak Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang, di mana musuh-musuh Islam sentiasa bekerja keras untuk memesongkan akidah umat Islam dengan tujuan membawa kehancuran kepada kehidupan pendokong ajaran Nabi s.a.w..

Justeru, buat diri dan sahabat-sahabat, sama-samalah kita perbanyakkan amal ibadat, berbuat kebajikan dan sentiasa memohon ampun dengan beristighfar serta berzikir mengingati Allah, khususnya di bulan yang disebut oleh baginda sebagai ‘bulan Allah’ ini.Semoga amalan-amalan ini dapat menghindarkan kita dari seksaan azab sebagaimana yang telah diperlihatkan oleh Allah kepada baginda dalam peristiwa Israk dan Mikraj..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Sunday, June 21, 2009

..Pimpinan KPT ziarah ahli di Shoubra..


ST. THERESA 19 Jun -
Seramai 8 orang AJKT Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) telah mengadakan jaulah ke Dewan Perwakilan Mahasiswa [MAQAZ] Shoubra. Mereka turun untuk bertemu mata dengan anak-anak Terengganu di bumi Shoubra sambil beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan..

Rombongan dari Hayyul 'Asyir itu tiba kira-kira jam 12 tengahari. Hanya 3 orang AJKT yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra, Ustaz Mohammad Anuar Roseli bersama 2 orang AJKT DPM..

Program dimulakan sebaik selesai menunaikan solat Jumaat. Pengerusi majlis, Ustaz Muhd Amir Azamuddin Rashid mengalu-alukan kedatangan semua AJKT yang sudi bertandang ke bumi tadahan qurra' ini. Majlis dimulakan dengan sesi ta'aruf oleh barisan AJKT KPT dan DPM [MAQAZ] Shoubra yang hadir. Kemudian pengerusi menyerahkan kepada Setiausaha KPT, Ustaz Mohd Riduan Abu Bakar untuk sesi dialog dan soal jawab..

Antara soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkenaan dengan rungutan sesetengah ahli di sini yang dikatakan agak tersisih berbanding pelajar-pelajar lain baik di Kaherah mahupun di muhafazah-muhafazah lain. Walaupun mereka kerap turun ke kompleks Hayyul Asyir, namun mereka seolah-olah masih ada lagi gap yang menyekat untuk bergaul dengan sesetengah pelajar yang agak 'senyap' dan kurang mesra..

Selain itu, AJKT juga turut merungut disebabkan ada sesetengah ahli di Shoubra yang enggan menjadi imam solat sunat hifzi yang diadakan saban minggu ketika fatrah imtihan. Akibatnya, setiap kali solat hifzi diadakan pasti muka-muka yang sama akan ke depan menjadi imam. Lantaran, salah seorang ahli mencadangkan agar diadakan jadual tetap bagi imam terawih khusus untuk ahli-ahli di sini menjelang Ramadhan nanti..

Selesai dialog, ucapan penggulungan dari Pengerusi DPM [MAQAZ] Shoubra. Dalam ucapan ringkasnya beliau merumuskan bahawa bagi mengukuhkan kepimpinan dalam organisasi mestilah semua memainkan peranan. Bermula dari ketua hinggalah kepada ahli bawahan. Jika ini diperkemaskan, nescaya mantaplah organisasi tersebut..

Seterusnya ucapan penutup oleh YDP KPT, Ustaz Mohd Shafizi Ismail. Beliau memetik khutbah yang disampaikan oleh khatib tadi yang menyentuh tentang bagaimana tersebarnya agama Islam di nusantara seperti Indonesia dan sebagainya termasuk Malaysia. Puncanya adalah kesan daripada keluhuran akhlaq yang dipamerkan oleh para pedagang dari tanah arab sehingga ramai yang tertarik dan seterusnya memeluk Islam. Beliau mengajak ahli supaya mempamerkan syakhsiah dan akhlaq yang terbaik supaya dapat dicontohi oleh orang lain..

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan sebelum semua tetamu dan ahli-ahli KPT menjamu selera. Saya mewakili semua ahli-ahli KPT di Shoubra mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan ini. Semoga jalinan ukhuwah antara kepimpinan dan ahli KPT akan terus kukuh dan diberkati Allah s.w.t..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Thursday, June 18, 2009

..Alhamdulillah..


Lafaz syukur dan tahmid memuji Allah tidak putus-putus dilafazkan oleh sebilangan besar pelajar tahun tiga sebaik saja tamat imtihan syahadah bagi madah (subjek) Tarajim Qurra' pagi tadi. Setelah hampir tiga minggu berhempas pulas memerah otak, akhirnya kami berjaya melunaskan 'misi' yang telah lama dinanti-nantikan itu..

Bukan mudah menanti saat-saat manis ini, lebih-lebih lagi laluan menghampiri garisan penamatnya begitu mencabar sekali. Memang madah Tarajim Qurra' bukan semudah yang disangka. Ianya memerlukan ingatan yang tajam bagi menguasai madah tersebut. Bayangkan, kami perlu menghafal riwayat hidup kesemua imam qiraat sepuluh. Itu tak termasuk dengan rawinya sekali. Setiap imam mempunyai dua orang rawi yang termasyhur. Contohnya qiraat yang kita baca iaitu Imam 'Asim, baginya dua perawi iaitu Syu'bah dan Hafs. (Bacaan kita adalah mengikut riwayat Hafs)..

Selesai imtihan pagi tadi, sesi fotografi diadakan di bawah selenggaraan Unit Penerangan & Penerbitan (UPP) DPM [MAQAZ] Shoubra. Kenangan hari-hari terakhir di tempat kami menadah ilmu dirakamkan. Rata-rata semuanya kelihatan ceria. Bayangan tanah air tercinta sudah menjelma. Ada yang sudah menempah tiket untuk pulang, terutamanya mutazawwijin yang merindui isteri dan anak-anak di kampung. Paling awal petang esok, selepas Jumaat. Mudah-mudahan penantian insan tersayang dibalas dengan secebis kejayaan, insya Allah..

Justeru, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah Taala kerana dengan limpah dan 'inayahNya jugalah kita berjaya sampai ke 'garisan penamat'. Kita telah berusaha sedaya mungkin, tinggal lagi tawakkal dan berserah diri kepadaNya. Cuma yang penting tingkatkan lagi amalan dan doa agar kita dikurniakan kejayaan yang diimpikan kita semua selama ini..

Selepas ini, banyak kerja yang tertangguh sebelum imtihan menanti untuk disettlekan. Antaranya kerja-kerja penerbitan Suara Kampus Edisi MAQAZ (SUKMA) bilangan 15 yang sudah menghampiri fasa ketiga. Selepas ini juga para tetamu bolehlah berkunjung ke rumah kami kerana kami sudah bersedia untuk diganggu. Sebentar tadi baru saja pulang sekumpulan tetamu dari Hayyu 'Asyir yang datang menjemput kami ke majlis akad nikah salah seorangnya pada Khamis depan. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, June 10, 2009

..Cucu Dagang Berpindah..



Salam kasih sayang buat semua pengunjung setia blog Cucu Dagang ini, diharapkan semua di dalam keadaan sihat wal 'aafiah hendaknya. Untuk makluman, baru-baru ini dua hari sebelum saya menduduki imtihan akhir yang bermula pada 3 Jun, telah terjadi 'sesuatu' yang tidak diingini pada blog ini dan 'kejadian' tersebut menyebabkan sesetengah pengunjung berasa hairan dan pelik setiap kali mengunjungi blog ini. Ada yang sampai sakit mata membacanya..

Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya. Setelah 'beristikharah' dengan hati sendiri, maka saya nekad untuk 'berpindah' ke rumah baru yang lebih selesa. Keputusan ini diambil demi kepuasan hati pengunjung-pengunjung juga, bukan hanya sekadar kepuasan semata-mata..

Sebenarnya saya telah berdepan dengan risiko. Saya terpaksa juga berpindah walaupun imtihan masih belum berakhir. Berpindah 'rumah' maya ini bukan semudah yang disangka. Sebelum berpindah terpaksa 'packing' 'barang-barang' penting untuk dihias di 'rumah' baru nanti. Tambahan pula rangkaian wireless yang teramat lemah seminggu dua ini sehingga menyakitkan hati saya merumitkan lagi kerja-kerja pemindahan. Saya sedar, mungkin ini juga ujian di kala saya sedang sibuk dengan ujian memerah minda di dewan imtihan..

'Ala kulli hal, perpindahan ini masih lagi belum sempurna. Banyak lagi yang saya perlu renovate dan menambah hiasan-hiasan agar kelihatan lebih cantik. Harap pengunjung sekalian bersabar. Doakan saya untuk imtihan jam 9 pagi ini (waktu Mesir). Saya masih lagi ada 3 kertas berbaki untuk dihabiskan pada Khamis depan. Syukran jaziilan, baarakallahu fiikum..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, May 27, 2009

..Kami Pun Terkena..



Sebentar tadi saya terbaca dalam blog Dari Gaung Hati berkenaan kisah sekumpulan lelaki yang datang ke rumah-rumah berhampiran dan menyembur asap yang kononnya bagi membasmi wabak nyamuk (denggi) dan babi (influenza H1N1). Mereka mendakwa mendapat kebenaran dari pihak kerajaan untuk berbuat demikian. Kebanyakan mangsa adalah penduduk kawasan pedalaman dan ceruk-ceruk kampung yang mudah terpedaya dengan tindak-tanduk 'pegawai' seperti mereka ini. Kisah selanjutnya boleh di baca di sini..

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan artikel tersebut ialah kisah yang berlaku di sekitar negeri Pahang ini sama seperti yang turut berlaku kepada kami di sini. Kira-kira dua minggu lepas setelah rumah kami kehilangan rangkaian internet, kami didatangi oleh sekumpulan arab (dua lelaki dan seorang wanita). Mereka adalah lingkungan pertengahan 20-an. Mereka mendakwa ditugaskan untuk meletakkan ubat seperti racun perosak dalam rumah sekitar bagi membasmi wabak influenza yang sedang merebak ketika itu..

Tanpa mengesyaki sesuatu, kami membenarkan mereka masuk ke dapur dan bilik air. Selepas selesai membubuh 'ubat' di dalam sinki dan mangkuk tandas, salah seorang dari mereka berpesan agar tidak dibuka paip air melainkan selepas 15 minit. Kami mengangguk faham..

Tugas mereka tidak terhenti setakat itu saja. Mereka tidak lagi beredar keluar walaupun dua lelaki tadi telah naik ke atas 'mengunjungi' rumah kawan kami pula di tingkat atas. Yang masih tercegat di depan pintu rumah kami adalah seorang wanita. Wanita itu menyerahkan sekeping
faturah (resit) kepada kami dan meinta kami membayar LE149.90!..

Walaupun pada awalnya kami agak terkejut, namun bila memikirkan kesihatan kami yang mungkin akan terjejas dara-gara wabak tersebut, kami akhirnya 'meringankan tangan' menghulurkan wang sejumlah LE150. Lebih-lebih bila wanita itu menunjukkan
kernehnya (kad rasmi) dari Kuliyyah Ziraa'ah (Fakulti Pertanian). Ada yang mengatakan kami seolah-olah 'dipukau' kecantikan wanita arab tersebut. Pada faturah tadi tercatat tarikh menandakan mereka akan datang semula untuk mutaba'ah (follow-up) dari semasa ke semasa..

Selang 3 hari kemudian, kami mendapat berita yang mereka adalah PENIPU! Saya terus menghubungi Pengerusi DPM bertanyakan berita tersebut. Memang benar. Mereka telah memperdaya
Maliziyyun hanya untuk semata-mata mendapatkan wang! Entah ubat apa yang diletakkan di rumah kami itu. Lebih menyedihkan ada sahabat kami yang dikenakan bayaran sehingga LE400! Boleh belanja hampir sebulan untuk keperluan dapur..

Itulah hakikatnya warga arab di sini. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, memang tidak boleh dipercayai. Ada yang terlalu baik seperti malaikat dan ada yang terlalu busuk hatinya mengalahkan iblis. Betullah kata senior, di sini semuanya ada, yang baik ada dan yang jahat lebih-lebih lagi. Di sinilah bumi Firaun
laknatullahi 'alaih dan di sini jugalah bumi Nabi Allah Musa a.s. Oh Mesir, macam-macam ada! Mungkin selepas ini syarikat penyiaran berbayar Astro boleh mempromosikan Mesir sebagai trade mark barunya..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, May 20, 2009

..Kembali Bernafas..

Wednesday, May 20, 2009


Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu ketiadaan rangkaian internet pada PC pinjaman Tuhan ini, akhirnya hari ini ianya dapat kembali menyalurkan maklumat-maklumat dan berita untuk tatapan tuan kesayangannya. Itu pun setelah berhempas pulas bersama rakan-rakan untuk mendapatkannya kembali..

Sebelum ini kami cuba bertanya di syarikat komunikasi Telecom-Egypt untuk mendaftarkan semula internet pada talian telefon rumah kami. Tapi malangnya kami dimaklumkan talian telefon tersebut tidak dapat didaftarkan kerana terdapat bil tertunggak. Terkejut kami bila pegawai syarikat di situ memberitahu jumlahnya LE3000 lebih!

Kami hairan. Kami mula rasa tak sedap hati. Adakah Mohammad (seperti yang diceritakan sebelum ini) tidak membayar bil internet kami sebagaimana yang kami amanahkan padanya setiap bulan? Atau 'Ammu Salim (tuan rumah) tidak menjelaskan bayaran bil telefon kami? Segala persoalan bermain di minda kami..

Tambah pegawai itu lagi, sekiranya kami ingin register baru, kami mestilah menyelesaikan bil tertunggak itu. Ataupun biarkan bil talian itu dipotong kemudian register nombor baru untuk akses internet. Kami tiada pilihan lain melainkan pilihan pertama sahaja kerana untuk register
nombor baru terdapat masalah yang lebih rumit dengan tuan rumah..

Setelah kami berjumpa dengan Mohammad, beliau menjelaskan begini dan begini. Rupa-rupanya itu adalah nizam baru syarikat terbabit. Dalam pada itu kami hairan, "tak kan sampai begitu banyak kena caj?" fikir salah seorang dari kami. Ada yang mula mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Mohammad. Senior-senior lama pesan jangan terlalu percaya dengan arab. Bukan kami hendak su' zhon, tapi kami mesti mengelakkan diri kami dari ditipu. Ada pula yang sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan..

Bila diselidik dan ditanya pada kawan-kawan lain yang turut menggunakan internet di rumah mereka, semuanya menafikan yang mereka dikenakan caj yang begitu tinggi seperti yang didakwa Mohammad. Mustahil talian internet kami saja yang dicaj begitu..

Setelah menjangkakan yang internet tidak dapat lagi diakseskan ke rumah kami, saya akhirnya mengambil keputusan untuk membeli wireless USB untuk mengakseskannya. Walaupun linenya tak selaju seperti sebelum ini, tapi sudah cukup sekadar untuk menatap berita-berita dan maklumat lebih-lebih lagi banyak isu panas berlaku di Malaysia mutakhir ini..

Mudah-mudahan ianya tidak menjadikanku terleka dengan dunia global sehingga melupakanku akan dunia cita-cita dan impian kejayaan yang sedang kukejar ini, insya Allah. Semoga ianya memberi manfaat bukan 'mudharat' kepadaku..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Thursday, May 14, 2009

..Ambe Nok Royak Jugok..

Friday, May 15, 2009


Setelah membaca tajuk posting adikku di dalam blognya bertajuk 'Ambe nok kabor skek', diriku rasa terpanggil untuk meletakkan tajuk yang lebih kurang sama dengan tajuk itu. Tujuannya sama, setelah membiarkan blog tanpa diupdate walaupun blog ini cuma seminggu bersawang. Tapi di sebalik tajuk ini tersemat satu cerita yang tak dapat tidak mesti diceritakan kepada anda semua..

Jumaat minggu lepas kami ahli bait mendapat satu berita yang mengejutkan. Sedang kami berehat selepas makan tengahari, kami didatangi oleh dua orang arab. Salah seorangnya kami kenali. Kedatangan mereka mengubah segala-galanya rutin harian kehidupan kami..

"Aku datang ni nak potong internet" ujar Mohammad, pengendali internet rumah kami..

"Ha? Kan aku dah bayar internet untuk bulan ni?"
bantah salah seorang dari kami..

"Ya, betul. Aku dah terima duit tu, tapi aku kena potong jugak sebab ni arahan syarikat.." tambah Mohammad lagi sambil tangannya mencabut roater dan kabel yang berselerakan..

Kami akhirnya akur, walaupun ada yang masih tidak dapat menerima hakikat. Mungkin ada hikmahnya juga. Tatkala gendang imtihan syahadah (final exam) sedang rancak dipalu, terjadi perkara yang tak terduga sebegini. Barangkali Dia Yang Maha Mengetahui ingin kami para pelajar tahun akhir menumpukan sepenuhnya kepada imtihan yang bakal menjelang..

Mohammad dan rakannya pulang dengan memohon maaf kepada pihak kami atas perkara tersebut. Sebelum beredar, beliau memulangkan semula wang yang kami bayar kepadanya awal bulan tempoh hari..

Hari ini genap seminggu ketiadaan rangkaian internet di rumah kami. Sebab itu sejak akhir-kahir ini kalau ada berita-berita panas di Malaysia kami agak 'kelewatan' mendengarnya. Mujur ada seorang dua kawan yang dapat menarik (jangan baca mencuri) line melalui khidmat wireless pada laptop mereka..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Saturday, May 9, 2009

..Kes Ragut: Apa Puncanya?..

Saturday, May 9, 2009

Minggu ini Negara kita digemparkan dengan beberapa kes ragut yang menjadikan wanita sebagai mangsanya. Lebih menyedihkan, kesemua mangsa ragut terbabit menemui ajal gara-gara peragut yang tidak berhati perut dan berperi kemanusiaan itu..

Kes pertama berlaku di Johor di mana seorang ibu yang hamil 2 bulan telah diragut ketika menunggang motorsikal sehingga menyebabkannya terjatuh dan koma sebelum disahkan meninggal dunia dua hari kemudian. Kes yang sama juga berlaku di Kelantan, di mana mangsanya seorang ibu kepada 5 orang anak yang hamil 4 bulan juga diragut ketika menunggang motorsikal. Ibu malang ini kemudiannya terbabas dan dirempuh sebuah kereta menyebabkannya maut di tempat kejadian..

Lain pula dengan kes yang ketiga. Kes yang berlaku di Pulau Pinang ini melibatkan seorang nenek yang menjadi mangsa. Nenek berusia 80-an itu yang cuba menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa ragut ditumbuk peragut tersebut sehingga menyebabkannya meninggal dunia..

Dua tahun lepas, kes ragut juga pernah berlaku di Kuala Terengganu. Mangsa seorang suri rumah yang menunggang motorsikal seorang diri diragut dan lebih menyedihkan mangsa turut ditendang dan dicederakan sehingga menyebabkannya koma dan menemui ajal beberapa jam kemudian..

Kes-kes jenayah sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh kita selaku pelajar agama. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran seharusnya kita berfikir apakah hikmah kejadian sekejam ini boleh berlaku di kalangan masyarakat kita dan apa pula puncanya sehingga mereka semakin berani meragut tanpa rasa takut dan bersalah?

Mutakhir ini, kita lihat di Malaysia semakin hari kes jenayah seperti ragut, rompakan, kecurian dan samun semakin hari semakin meningkat. Puncanya adalah tak lain tak bukan kerana tidak kembali kepada perintah Allah dan RasulNya di dalam Al-Quran dan Hadis. Jika kedua-duanya diambil dan diamalkan, nescaya Malaysia sudah lama aman dan bebas dari kes-kes jenayah yang sudah mencapai tahap kritikal ketika ini..

Alasannya hanya satu. Allah telah memerintahkan dalam Al-Quran supaya menjalankan hukum yang terkandung di dalamnya. Apabila ianya dijalankan nescaya manusia akan takut untuk melakukan jenayah yang sama kerana dari situ terdapat 'pencegahan dari Allah' sebagaimana terkandung dalam surah Al-Maidah, ayat 38..

Inilah akibat daripada mengamalkan sistem undang-undang tinggalan penjajah barat yang merupakan hasil ciptaan manusia. Sesuatu benda tidak boleh dibaiki dengan sesuatu yang sama. Manusia jika diperbetulkan dengan sistem manusia, nescaya manusia itu akan semakin rosak binasa. Begitu juga ibaratnya api, jika dipadamkan dengan api, nescaya semakin marak membakarlah api tersebut..

Sama-sama kita fikir dan renung sejenak demi menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjerumus ke lembah dosa. Tak mustahil kejadian ini akan berulang lebih teruk lagi daripada yang berlaku hari ini. Sayangilah nasib anak bangsa kita demi agama yang sama-sama kita dokongi ini..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, May 4, 2009

..Pantasnya Masa Berlalu..

Monday, May 4, 2009


Sedar tak sedar hari ini sudah 4 Mei. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik lebih kurang sebulan lagi diriku bakal menduduki imtihan syahadah 2008/2009 yang dijadual bermula pada 3 Jun depan. Ini bermakna saya cuma ada 30 hari sahaja lagi untuk membuat pecutan terakhir demi melihat impian untuk mengenggam segulung ijazah tercapai..

Kalau dihitung dari 30 hari itu ianya teramatlah singkat. Ditolak dengan aktiviti seharian seperti makan minum, solat dan sebagainya. Itu belum dikira dengan 'berehat' di ruang kamar lagi. Seperti kata seorang sahabat junior, ''merehatkan tulang belakang di atas tilam''. Rehatlah kononnya, padahal lebih sudu dari kuah. Apa nak jadi dengan diriku ini..

Peluang masa yang berbaki di saat-saat genting sebegini harus digunakan sebaiknya. Saya amat tertarik dengan panduan dan tip-tip menjelang imtihan yang diberikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM 2007. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang yang mendapat pangkat jayyid jiddan 3 tahun berturut-turut..

Kejayaan cemerlang beliau itu memberi tamparan hebat kepada mereka yang mendakwa 'berpersatuan boleh menjejaskan prestasi pembelajaran seseorang'. Ini dibuktikan sendiri oleh beliau sendiri yang merupakan orang nombor wahid dalam tanzim PMRAM yang mana sudah tentu banyak terlibat dengan pelbagai urusan baik dengan mahasiswa mahupun pihak luar..

Dalam tipnya itu beliau berpesan kepada para pelajar agar menguruskan waktu emas sebegini dengan sebaiknya. Tak dapat tidak kita mestilah mengorbankan waktu tidur berjam-jam dan menangguk di depan komputer dalam tempoh yang lama. Sepatutnya waktu-waktu tersebut boleh diisi dengan mentelaah madah bersama kawan-kawan..

Harapanku agar Allah Taala mempermudahkan segala urusan kami dalam menghadapi 'peperangan' yang bakal dihadapi awal Jun nanti. Mak, ayah, abang, adik-adikku, teman-temanku dan juga rakan-rakan yang hanya mengenaliku di alam maya ini sudilah kiranya mengirimkan sekuntum doa buatku agar dikurniakan kelapangan hati untuk menjawab. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, berusahalah selagi masih ada waktu ini. Semoga Allah mengurniakan 'kemenangan' untuk kita dalam misi 'peperangan' yang bakal kita tempuh nanti, insya Allah..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Saturday, May 2, 2009

..Akhirnya..

Saturday, May 2, 2009


"Alhamdulillah.. Lega sungguh rasanya." Kedengaran satu suara yang melafazkan..

Itulah antara ungkapan yang kedengaran di markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) [MAQAZ] Shoubra malam Jumaat lalu. Ungkapan tersebut dilafazkan oleh sebahagian daripada 116 orang pelajar-pelajar tahun satu Takhassus Qiraat Shoubra bagi sesi pengajian 2008/2009. Mungkin sesetengah pembaca kurang faham apa kaitannya lafaz itu dengan mereka..

Sebenarnya yang menggembirakan mereka malam itu adalah kerana mereka telah berjaya mendapat kernih (kad pelajar) dan secara rasminya bergelar 'pelajar tahun satu Shoubra'. Semenjak mereka sampai kira-kira hampir 8 bulan yang lalu, nama mereka masih tidak muqayyad (naik secara rasmi) di pejabat Al-Azhar As-Syarif..

Pada malam tersebut saya bersama
Pengerusi dan Setiausaha Agung DPM berjaya menyelesaikan urusan sebahagian dari mereka. Petang keesokannya (semalam) saya dibantu pula oleh Timbalan Setiausaha Agung untuk menyelesaikan baki pelajar selebihnya sehingga memaksa kaunter dilanjutkan hingga selepas maghrib. Selain kernih, mereka juga dikehendaki mengisi borang pengesahan belajar (tasdiq) untuk urusan seterusnya seperti penyambungan iqamah (visa), permohonan bantuan zakat dan sebagainya..

Sebenarnya isu nama mereka lambat muqayyad ini bukan satu isu yang baru, bahkan telah dua tahun berlaku. Ketika saya mula-mula sampai di sini, nama kami dijangka muqayyad pada bulan Disember 2006, tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Januari, Februari dan Mac 2007 baru nama kami muqayyad di Al-Azhar, alhamdulillah..

Begitu juga dengan generasi selepas kami. Seminggu sebelum peperiksaan baru nama mereka muqayyad! Dari situ berlaku kekalutan kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan segera. Dan seperti yang dijangka, tahun ini pasti lebih lewat dari tahun-tahun sebelumnya. Ini ternyata sekali selepas nama mereka baru muqayyad minggu ini tatkala mereka semua telah selesai menjalani imtihan syafawi (ujian lisan)..

Dalam soal ini tidak perlu disalahkan sesiapa, baik pihak kedutaan, mahupun Al-Azhar sendiri. Mungkin mereka sudah melakukan yang terbaik sedaya upaya seperti yang telah diamanahkan. Tetapi jika difikirkan balik kami pelajar-pelajar Qiraat seolah-olah dianak tirikan. Lihat saja sekatan-sekatan yang dipinda oleh sesetengah 'pihak' (sebagai contoh sijil tak diiktiraf) semacam mahu menyusahkan lepasan dari Shoubra. Ini berbeza sekali dengan pelajar-pelajar yang bukan dari bidang agama..

Masalah yang besar ditanggung oleh pelajar-pelajar baru dalam hal ini adalah mereka menetap di sini seolah-olah seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak memiliki visa pelajar. Visa pelancong mereka telah tamat penghujung tahun lalu dan syarat untuk menyambung visa pelajar mestilah menunjukkan surat tasdiq dari tempat pengajian atau kuliah..

Alhamdulillah, hari ini berkat doa dan usaha semua pihak akhirnya segala-galanya telah selesai. Mereka boleh bebas berjalan ke mana-mana selepas ini tanpa rasa takut kerana ketiadaan iqamah. Mereka juga boleh menjawab peperiksaan dengan tenang tanpa ada perasaan bimbang lagi. Pagi tadi juga mereka telah selesai menjawab satu kertas madah Qiraat 'Ilmi. Mudah-mudahan diberi taufiq dan petunjuk oleh Allah Taala dalam menempuh segala ujian di dunia ini..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Tuesday, April 28, 2009

..Sungguh Malang Nasibmu Babi..

Tuesday, April 28, 2009


Semalam telah selesai kelas pengajian syarah Qiraat Syaazah kami bersama Syeikh Mohammad Abdun Nabiy. Jadi sedikit haflah ringkas kami adakan semalam sebagai penutup kepada kelas kami. Sebelum ini kalau tak silap bulas lepas, kami telah khatam syarah Toyyibatun Nasyr Fil Qiraatil 'Asyr dengan syeikh yang sama..

Selepas masing-masing selesai mengenyangkan perut, kami mula berbual dengan syeikh. Banyak topik yang menjadi bualan hangat kami petang semalam. Antaranya isu global yang sedang hangat diperkatakan hari ini iaitu selsema babi..

Berikut rakaman perbualan yang sempat dirakam antara kami dengan syeikh;

"Kamu tahu tak kes wabak selsema babi yang mengorbankan hampir ratusan orang di Mexico?" Syeikh memulakan perbualan..

"Haa.. Tahu.." Sebahagian dari kami menjawab sambil menganggukkan kepala..

"Semalam saya lalu di jalan besar sana. Kamu perasan tak ada sebuah kedai
kepunyaan Masih (kristian) di depan Restoran Kababji Maluki yang membekalkan daging babi?" Syeikh menyambung perbualan.

"Ya.. Ada-ada.." Jawabku seorang diri sambil yang lain masih berkerut dahi. Mungkin masih tak perasan kedai yang dimaksudkan oleh Syeikh tadi..

"Semalam langsung lengang kedai itu, tak ada pengunjung sebab babi dah tak dijual lagi di situ." Syeikh menambah sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi..

"Sekarang ni, mereka sendiri pun takut nak makan babi. Itulah balasan ke atas mereka." Ujar Syeikh lagi sambil yang lain masih 'tercari-cari' lokasi kedai tersebut beroperasi..

"Ada kedai comel sebaris dengan kedai pembuat kunci Salim tu.." Aku memberi penerangan.

"Haa.. ya.. Kedai yang ada gambar kepala firaun tu kan?" Salah seorang darinya cuba meneka.

"Aiwahh.." jawabku ringkas..

Itulah nasib yang melanda makhluq Allah bernama babi hari ini. Menurut Syeikh lagi, kalau sebelum ini puak-puak Masihin ini menempelak Muslimin yang takut memakan ayam tatkala wabak selsema burung melanda, kini mereka pula menerima balasannya..

Di Malaysia suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan merebaknya wabak Japanese Encephalitis (JE) yang juga dikaitkan dengan babi. Ramai yang terkorban gara-gara gigitan nyamuk yang membawa virus ini..

Pun begitu, sebentar tadi kita diberitakan bahawa negara kita terselamat daripada wabak yang dinamakan
Swine Influenza ini. Sama-sama kita doakan agar virus pembunuh ini tidak merebak dan seterusnya menular ke tempat-tempat lain..

Cuma seingat aku, pernah sekali dua tahun lepas babi mendapat 'penghormatan' daripada polis-polis yang dikatakan gagal menembak binatang tersebut di sebuah ladang di negeri selatan tanah air. Ini kerana polis dijangka mempunyai 'misi' yang lebih besar dari itu iaitu menembak manusia! Dan ini terbukti berlaku pada 8 September 2007. Masihkah kau ingat? Nyawa seekor babi seolah-olah lebih berharga dari nyawa seorang rakyat..
~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, April 20, 2009

..Kecuaian Membawa Faedah..

Monday, April 20, 2009


Kecuaian membawa faedah. Mungkin bunyinya agak pelik dan ganjil. Sedangkan istilah yang biasa kita dengar adalah 'kecuaian membawa padah', bukankah begitu? Pun begitu, hakikatnya itulah yang berlaku kepada sahabatku malam tadi..

Ketika sahabat ahli baitku memberitahu ingin keluar mengambil duit di ATM HSBC berhampiran, aku lantas mengirimkan kad ATMku kepadanya memandangkan poketku sedang dilanda 'kekeringan'. Sebelum beliau keluar aku terlupa memberitahu jumlah wang yang aku inginkan..

Kira-kira 20 minit kemudian handsetku berdering. Aku sudah mengagak pasti beliau yang menelefon. Aku segera memberitahu, "500 dah la". Tak sampai 10 minit handsetku sekali lagi berdering dan tertera nombor yang sama pada skrin. "Lim, ada masalah besar ni," ujarnya. Aku hairan. Beliau terus bercerita tentang masalah yang dimaksudkan itu tadi..

Rupa-rupanya beliau telah tersilap menekan butang 'EGP2500' pada mesin ATM tersebut. Sepatutnya selepas
menekan butang 'wang segera' beliau perlu menekan butang 'jumlah lain dalam EGP' kerana kebiasaannya aku dan rakan-rakan yang lain berbuat begitu..

Sesampainya beliau di rumah, beliau terasa agak bersalah dan 'malu muka' denganku. Aku berkata kepadanya, "rileks la, tak dok nape2 pun, duit tu boleh guna untuk stok belanja 4 bulan.." Beliau tersengih sambil memberitahu baki yang tinggal kira-kira 500 lebih..

Sebaik sahaja berita hangat ini tersebar, terus ada yang membuat tempahan pinjaman. Mereka adalah di kalangan pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman Yayasan Terengganu (YT). Sehingga hari ini mereka masih tidak menerima cek pinjaman terbaru yang sepatutnya diterima sekitar Mac/April. Penantian ini lebih memeritkan apabila pegawai pelajar Terengganu di sini, Tuan Haji Kamal Abdullah pulang ke Malaysia bulan lalu..

Dalam hati, aku berfikir bagus juga memberi pinjaman kepada kawan-kawan di kala mereka kesempitan wang. Mungkin selepas ini mereka pula yang akan menolong kita di kala kita susah. Hari ini hari mereka, mungkin esok atau lusa hari kita pula..

Begitulah kisah di sebalik kecuaian yang berlaku semalam. Memang pada hakikatnya kecuaian itu boleh membawa padah akan tetapi kadang-kadang ianya juga boleh memberi faedah! Bukan setakat faedah, tapi pahala yang melimpah-ruah! Insya Allah..

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

..Kerajaan HARAM Perak Mula Bertindak..

Wednesday, April 15, 2009




sila klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

..Kehangatan..

Wednesday, April 8, 2009


Pagi ini mentari muncul lagi. Sebagaimana biasa, ia tetap terbit pada waktunya tanda taat dan patuh dengan perintah Khaliqnya serta tidak pernah ingkar walaupun sesaat. Di sini, sinar pancarannya sudah semakin terang dan kian membakar tatkala bahang kepanasan mula dirasai dan bahang kesejukan pula semakin kurang 'menggigit' kulit-kulit penghuni alam di sini. Begitulah lumrah alam, setiap yang wujud pasti akan hilang dan diganti dengan yang lain. Begitu juga musim di sini, musim sejuk sudah pun melabuhkan tirainya bagi memberi laluan kepada musim panas membakar dan menghangatkan makhluk Tuhan di muka bumi..

Dalam tempoh sehari dua ini, bukan saja musim sudah berubah, tetapi ianya memaksa keadaan persekitarannya turut berubah. Kalau sebelum ini suasana rumah sepi dan aman tanpa bunyi yang mengganggu, kini bunyi bising kipas meja yang berpusing ligat sepanjang siang dan malam menganggu ketenteraman para penghuni. Sementelah ketika waktu tidur di malamnya. Ramai yang tidak dapat memejamkan mata di malam hari dek bahang kehangatan yang terlalu merimaskan. Seperkara lagi, khidmat lihaf (selimut tebal) tidak digunakan lagi malah dibungkus kemas dan hanya akan dibuka semula pada penghujung tahun ini..

Begitulah kehangatan yang kian dirasai di sini. Tak kurang juga di Malaysia kini turut hangat dengan isu-isu menarik yang berlaku. Bermula dengan perang pilihan raya kecil (PRK) bagi ketiga-tiga kawasan yang diadakan serantak, seterusnya peristiwa-peristiwa mengejutkan menjelang pemilihan kepimpinan UMNO Mac lalu yang menghasilkan keputusan yang mengejutkan ramai pihak..

Tak ketinggalan perlantikan Perdana Menteri ke enam dan terbaru semalam, keputusan PRK yang merupakan signal yang jelas dari rakyat yang muak dengan kepimpinan baru yang diterajui oleh seorang pemimpin bernama Najib Tun Razak. Lebih manis kejayaan Pakatan Rakyat di Bukit Gantang jelas membuktikan pungutan suara rakyat Perak khususnya yang tidak redha kepimpinan negeri mereka yang dipilih melalui proses pilihan raya dirampas oleh 'lanun' yang juga diketuai oleh Najib..

Kini Najib layaklah dikenang sebagai 'Bapa Kekalahan' oleh anak-anak cucu cicit kita generasi yang akan datang. Bermula dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 Mac 2008, PRK Permatang Pauh Ogos 2008, PRK Kuala Terengganu Januari 2009, dan terbaru PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau semuanya UMNO menerima nasib yang sama - kekalahan. Ini berbeza sekali dengan mantan PM sebelum ini yang dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Permodenan dan sebagainya kerana jasa dan sumbangan mereka kepada negara..

Hari ini UMNO/BN sudah nampak jalan keluar yang ditunjukkan oleh rakyat semalam. Rakyat masih marah dan tak akan sesekali memaafkan pemimpin yang telah mengkhianati mereka selagi hak mereka tidak dikembalikan..

Tahniah buat para petugas yang bertungkus-lumus sehingga menatijahkan kemenangan yang manis buat para pencinta kebenaran. Buat wakil rakyat yang dipilih, selamat menjalankan tugas dan semoga anda dapat berbakti dan menjadi 'hamba' kepada rakyat..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, March 30, 2009

..Sejarah Pilihan Raya Tercatat..

Monday, March 30, 2009


Semalam, satu sejarah telah tercatat dalam senario politik tanah air. Ianya dicatat dalam proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) yang melibatkan tiga kawasan sekaligus, iaitu Parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau dan Batang Air masing-masing di Kedah dan Sarawak. Apa yang menariknya, seramai 20 orang calon telah disahkan bertanding bagi ketiga-tiga PRK tersebut yang dijadual berlangsung pada 7 April depan. Dari jumlah itu, calon yang paling ramai dicatatkan ialah bagi DUN Bukit Selambau seramai 15 orang. BN dan PKR masing-masing diwakili seorang calon manakala selebihnya adalah calon BEBAS, termasuk seorang wanita..

Ini merupakan satu sejarah dalam pilihan raya di Malaysia di mana sebelum ini menurut maklumat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon teramai dicatatkan dalam pilihan raya baik Parlimen mahupun DUN adalah seramai 8 orang. Nampaknya pengundi-pengundi DUN Bukit Selambau akan diberikan kertas undi terbesar dalam sejarah pada 7 April nanti. Anda dinasihatkan supaya berhati-hati dalam membuat pilihan. Tersilap pangkah, menyesal 3, 4 tahun. Ingat, kerana tangan jiwa merana!

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Sunday, March 29, 2009

..Rangkuman Seminggu..

Sunday, March 29, 2009


Seminggu sudah berlalu. Dalam tempoh tersebut terlalu banyak kisah dan peristiwa yang berlaku. Insya Allah akan kuceritakannya satu-persatu. Eh, macam pantun je, semua berakhir dengan huruf 'U' di belakang, he he..

Khamis & Jumaat

Baik, setelah pulang dari Mansurah minggu lepas, kami tidak terus pulang ke Shoubra, tetapi meneruskan 'pengembaraan' melihat keindahan alam di bumi Dumyat. Dumyat atau nama lainnya Damietta merupakan kawasan terdapatnya pantai di situ. Apa yang menarik, hasil laut yang paling banyak di pantainya ialah kerang. Kerangnya pula bukan sebarang kerang, tetapi sebesar alam!

Kami sampai di Dumyat hampir-hampir maghrib. Dalam kami sibuk meng'usya' tempat penginapan di situ, kami sempat singgah di sebuah masjid. Di situ kami selaku 'tetamu' dari Malaysia telah diberi penghormatan oleh pegawai dan jawatankuasa masjid. Aku diminta melaungkan azan isyak dan memperdengarkan bacaan Al-Quran berlagu. Sebelum itu, syeikh merangkap imam masjid tersebut meminta agar diperdengarkan 'azan bitaa' Malizi miyah-miyah!' (azan gaya Malaysia 100%). Bukan senang nak dapat peluang di masjid besar sebegitu..

Dalam kesempatan sehari tinggal di situ kami sempat melawat kawasan Ra'sul Bar, di mana tempat bertemunya antara Sungai Nil dan Laut Mediterranian. Di samping itu, kami sempat merasai hasil laut di beberapa restoran sea food di kawasan pekan Ra'sul Bar..

Ahad - Isnin

Biro Kebudayaan, Kesenian & Sukan (BKKS) Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Exco KPT selama 2 hari. Kami anak-anak Terengganu dari Shoubra turut tidak ketinggalan dalam menyertai kejohanan bagi memantapkan kesatuan anak-anak Terengganu ini. Kejohanan ini melibatkan antara 10 pasukan yang bertanding dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Alhamdulillah, keringatku naik turun dari Shoubra ke Hayyu 'Asyir akhirnya berbaloi apabila teamku, Cappucino Billaban FC berjaya mendapat naib johan setelah tewas 1-2 kepada Skoda FC dalam perlawanan akhir yang sungguh mendebarkan..

Selasa

Selesai kelas tasmi' dan syarah Dhobtul Quran petang itu, aku mula membuat kerja-kerja persiapan bahagian multimedia untuk Muktamar Sanawi PMRAM yang bakal menjelang. Walaupun ketua sudah memaklumkan kepadaku seminggu sebelum ini, tetapi oleh kerana ketiadaan bahan yang hendak kumasukkan dalam slide show kali ini menyebabkan kerja-kerja menyiapkannya tertangguh. Lagi satu, memang sudah menjadi tabiatku sejak sekian lama, iaitu suka menangguh-nangguhkan kerja dengan kata lain kerja last2 minute. Bila la aku nak berubah?

Rabu

Seawal jam 6.15 pagi lagi aku sudah melangkah keluar rumah. Pagi itu aku menghadiri Liqa' AJKT DPM di Saint Theresa. Dua hari lepas aku berjanji dengan ahli baitku, Mizi yang aku akan menemaninya ke Muktamar HEWI PMRAM yang berlangsung hari ini. Beliau dijemput sebagai qari pembukaan majlis perasmian. Tiba-tiba semalam aku terpaksa membatalkan hasratku itu apabila handsetku menerima mesej tentang makluman liqa' tersebut. Apa yang mengecewakanku, penerbitan Suara Kampus Edisi MAQAZ (SUKMA) keluaran terbaru terpaksa ditangguhkan sehingga selesai imtihan atas beberapa masalah teknikal. Sepatutnya SUKMA tersebut boleh ditauzi' (diedar) sebelum imtihan lagi. Apa-apa pun, pasti Allah ingin menunjukkan hikmah di sebalik kelewatan yang berlaku asalkan kita redha dan sabar..

Petang itu aku terus menyambung kerja-kerja slide show yang belum disiapkan semalam. Hampir sehari suntuk aku menyiapkannya sehingga memaksaku bersengkang mata. Oleh kerana terlalu masyghul hari ini, aku hampir-hampir terlupa bahawa hari ini (25 Mac) merupakan ulang tahun kelahiran satu-satunya abangku dunia akhirat, Ahmad Suhail. Abang kini berkhidmat di Syarikat
Imtiaz Travel Sdn Bhd, sebuah syarikat pelancongan di pusat Bandaraya Kuala terengganu di samping beliau diamanahkan sebagai Ketua JK Pemuda PAS Cawangan Teluk Ketapang. Alim doakan semoga Abang terus thabat dalam perjuangan, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan dapat memimpin masyarakat dan keluarga. Terima kasih atas segala tarbiah dan tunjuk ajar untuk Alim dan adik-adik selama ini..

Khamis

Muktamar Sanawi PMRAM kali ke-76 berlangsung. DPM MAQAZ Shoubra telah menghantar 30 orang perwakilan di samping kira-kira 20 orang pemerhati sepanjang muktamar. Kehangatan muktamar pada tahun ini dirasai tatkala agenda perbentangan dan perbahasan usul dikemukakan. Sebanyak 4 usul telah diluluskan pada tahun ini, yang mana usul-usul tersebut merangkumi membanteras unsur-unsur perpecahan ahli, mempertahankan naungan PMRAM, urusan sambungan visa dan Dana Syaqah. Sepanjang 2 kali mengikuti muktamar ini sebagai perwakilan, aku melihat muktamar tahun ini lebih panas dengan usul-usul yang dikemukakan berbanding tahun-tahun sudah..

Sebelum itu, ketika pembukaan sidang lagi, kami dikejutkan dengan berita pemergian anak perempuan pasangan sahabat dari Terengganu,
Ustaz Mohd Sabri Yamin dan Ustazah Che Amirah Che Muda. Anak pasangan tersebut yang lahir ke dunia tidak sampai 24 jam telah dipanggil mengadap Ilahi kira-kira jam 8 pagi. Selepas asar, semua pimpinan PMRAM, para perwakilan dan pemerhati sama-sama menyembahyangkan jenazah kanak-kanak tersebut di Dewan Nadi Riyadhi, Hayyu Sadis, tempat muktamar berlangsung. Semoga ruh almarhumah dicucuri rahmat dan menjadi syafaat untuk kedua ibu bapanya, aminn..


~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

Monday, March 9, 2009

..Ditag lagi..

Tuesday, March 10, 2009

Dalam fatrah kesibukan sehari dua ini aku mendapat tahu bahawa diriku sekali lagi telah ditag, cuma kali ini oleh orang yang berlainan. Kalau sebelum ini ditag oleh adik sendiri, kali ini sahabat blogger realiti, RdhanZ pula mencabarku. Insya Allah aku akan menjawab tagnya walaupun sudah terlalu lewat. Kalau beliau mentagku dengan penuh hormat (sebagaimana mesejnya dalam shout boxku di bawah), aku juga akan menjawabnya dengan penuh hormat. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Entah ye ke tidak aku kata ni? Lantaklah, huhu..

Instructions:

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Gambar ini diambil ketika Rehlah Kembara Redha Ilahi Semenanjung Sinai (KRISS '09) pada 4, 5 & 6 Februari 2009 baru-baru ini. Di belakang kami ialah kesan runtuhan yang dapat dilihat di Kubu Israel di Barlif berhampiran Terusan Suez. Kubu ini dibina Israel ketika perang menentang Mesir dalam usaha menawan Semenanjung Sinai.

Dari kiri: Hawariy, Abu Bakar dan Alim
Jurugambar: Hafizuddin

Untuk itu, dengan rasa rendah hati saya ingin menyerahkan tag ini kepada:
1. Jiwa Terasing
2. ekramhakim.com
3. Narumi Hayashida
4. Monolog Rasya
5. Syah Avx
6. Nasi Kerabu Petro

~TERUSKAN BACAAN~

Read more...

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP