..Akhirnya..
Saturday, May 2, 2009
"Alhamdulillah.. Lega sungguh rasanya." Kedengaran satu suara yang melafazkan..
Itulah antara ungkapan yang kedengaran di markaz Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) [MAQAZ] Shoubra malam Jumaat lalu. Ungkapan tersebut dilafazkan oleh sebahagian daripada 116 orang pelajar-pelajar tahun satu Takhassus Qiraat Shoubra bagi sesi pengajian 2008/2009. Mungkin sesetengah pembaca kurang faham apa kaitannya lafaz itu dengan mereka..
Sebenarnya yang menggembirakan mereka malam itu adalah kerana mereka telah berjaya mendapat kernih (kad pelajar) dan secara rasminya bergelar 'pelajar tahun satu Shoubra'. Semenjak mereka sampai kira-kira hampir 8 bulan yang lalu, nama mereka masih tidak muqayyad (naik secara rasmi) di pejabat Al-Azhar As-Syarif..
Pada malam tersebut saya bersama Pengerusi dan Setiausaha Agung DPM berjaya menyelesaikan urusan sebahagian dari mereka. Petang keesokannya (semalam) saya dibantu pula oleh Timbalan Setiausaha Agung untuk menyelesaikan baki pelajar selebihnya sehingga memaksa kaunter dilanjutkan hingga selepas maghrib. Selain kernih, mereka juga dikehendaki mengisi borang pengesahan belajar (tasdiq) untuk urusan seterusnya seperti penyambungan iqamah (visa), permohonan bantuan zakat dan sebagainya..
Sebenarnya isu nama mereka lambat muqayyad ini bukan satu isu yang baru, bahkan telah dua tahun berlaku. Ketika saya mula-mula sampai di sini, nama kami dijangka muqayyad pada bulan Disember 2006, tapi jangkaan itu meleset sama sekali. Januari, Februari dan Mac 2007 baru nama kami muqayyad di Al-Azhar, alhamdulillah..
Begitu juga dengan generasi selepas kami. Seminggu sebelum peperiksaan baru nama mereka muqayyad! Dari situ berlaku kekalutan kerana banyak urusan yang perlu diselesaikan segera. Dan seperti yang dijangka, tahun ini pasti lebih lewat dari tahun-tahun sebelumnya. Ini ternyata sekali selepas nama mereka baru muqayyad minggu ini tatkala mereka semua telah selesai menjalani imtihan syafawi (ujian lisan)..
Dalam soal ini tidak perlu disalahkan sesiapa, baik pihak kedutaan, mahupun Al-Azhar sendiri. Mungkin mereka sudah melakukan yang terbaik sedaya upaya seperti yang telah diamanahkan. Tetapi jika difikirkan balik kami pelajar-pelajar Qiraat seolah-olah dianak tirikan. Lihat saja sekatan-sekatan yang dipinda oleh sesetengah 'pihak' (sebagai contoh sijil tak diiktiraf) semacam mahu menyusahkan lepasan dari Shoubra. Ini berbeza sekali dengan pelajar-pelajar yang bukan dari bidang agama..
Masalah yang besar ditanggung oleh pelajar-pelajar baru dalam hal ini adalah mereka menetap di sini seolah-olah seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) yang tidak memiliki visa pelajar. Visa pelancong mereka telah tamat penghujung tahun lalu dan syarat untuk menyambung visa pelajar mestilah menunjukkan surat tasdiq dari tempat pengajian atau kuliah..
Alhamdulillah, hari ini berkat doa dan usaha semua pihak akhirnya segala-galanya telah selesai. Mereka boleh bebas berjalan ke mana-mana selepas ini tanpa rasa takut kerana ketiadaan iqamah. Mereka juga boleh menjawab peperiksaan dengan tenang tanpa ada perasaan bimbang lagi. Pagi tadi juga mereka telah selesai menjawab satu kertas madah Qiraat 'Ilmi. Mudah-mudahan diberi taufiq dan petunjuk oleh Allah Taala dalam menempuh segala ujian di dunia ini..
4 comments:
alhamdulillah..
lps ni blehla amik pekse dgn hati yg tenang..hehe..semoga najah sume..doakan sahabat2 lain jugak
>kembara
insya Allah, ameen.. Mudah-mudahan berkat doa mutazawwijin ni:)Semoga kita semua diberi kejayaan oleh Allah Taala..
alhamdulillah...uia, the garden of knowlegde and virtue...taman ilmu dan budi...selamanyab
>Rubiah Ismail
syukran lillah!hanya itu yg mampu dilafazkan..
Post a Comment