..Pantasnya Masa Berlalu..
Monday, May 4, 2009
Sedar tak sedar hari ini sudah 4 Mei. Sungguh pantas masa berlalu. Pejam celik pejam celik lebih kurang sebulan lagi diriku bakal menduduki imtihan syahadah 2008/2009 yang dijadual bermula pada 3 Jun depan. Ini bermakna saya cuma ada 30 hari sahaja lagi untuk membuat pecutan terakhir demi melihat impian untuk mengenggam segulung ijazah tercapai..
Kalau dihitung dari 30 hari itu ianya teramatlah singkat. Ditolak dengan aktiviti seharian seperti makan minum, solat dan sebagainya. Itu belum dikira dengan 'berehat' di ruang kamar lagi. Seperti kata seorang sahabat junior, ''merehatkan tulang belakang di atas tilam''. Rehatlah kononnya, padahal lebih sudu dari kuah. Apa nak jadi dengan diriku ini..
Peluang masa yang berbaki di saat-saat genting sebegini harus digunakan sebaiknya. Saya amat tertarik dengan panduan dan tip-tip menjelang imtihan yang diberikan oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain, mantan Presiden PMRAM 2007. Beliau merupakan antara pelajar cemerlang yang mendapat pangkat jayyid jiddan 3 tahun berturut-turut..
Kejayaan cemerlang beliau itu memberi tamparan hebat kepada mereka yang mendakwa 'berpersatuan boleh menjejaskan prestasi pembelajaran seseorang'. Ini dibuktikan sendiri oleh beliau sendiri yang merupakan orang nombor wahid dalam tanzim PMRAM yang mana sudah tentu banyak terlibat dengan pelbagai urusan baik dengan mahasiswa mahupun pihak luar..
Dalam tipnya itu beliau berpesan kepada para pelajar agar menguruskan waktu emas sebegini dengan sebaiknya. Tak dapat tidak kita mestilah mengorbankan waktu tidur berjam-jam dan menangguk di depan komputer dalam tempoh yang lama. Sepatutnya waktu-waktu tersebut boleh diisi dengan mentelaah madah bersama kawan-kawan..
Harapanku agar Allah Taala mempermudahkan segala urusan kami dalam menghadapi 'peperangan' yang bakal dihadapi awal Jun nanti. Mak, ayah, abang, adik-adikku, teman-temanku dan juga rakan-rakan yang hanya mengenaliku di alam maya ini sudilah kiranya mengirimkan sekuntum doa buatku agar dikurniakan kelapangan hati untuk menjawab. Buat sahabat-sahabat seperjuangan, berusahalah selagi masih ada waktu ini. Semoga Allah mengurniakan 'kemenangan' untuk kita dalam misi 'peperangan' yang bakal kita tempuh nanti, insya Allah..
6 comments:
mudah2an berjaya ngan cemerlang... Amin..
maan najah
>dkama
Syukran atas doa. Mudah-mudahan diterima, ameen..
>Rubiah Ismail
Ameen..
berpesatuan bagus..tapi setakat yang lepas2..ramai yg x lulus tu la..bila yg lulus minoriti mesti penilaian akan cenderung kepada majoriti.
>alongwairnazz
memang betul, tapi rasanya penilaian yg dibuat tu dari mereka2 yg x suka hidup berpersatuan je. Lagi pun bila berpersatuan ni kita tolong kerja2 dakwah n Islam, so pasti Allah akan tolong kita balik. Kegagalan bukan selamanya:)
Post a Comment