Saturday, May 9, 2009

..Kes Ragut: Apa Puncanya?..

Saturday, May 9, 2009

Minggu ini Negara kita digemparkan dengan beberapa kes ragut yang menjadikan wanita sebagai mangsanya. Lebih menyedihkan, kesemua mangsa ragut terbabit menemui ajal gara-gara peragut yang tidak berhati perut dan berperi kemanusiaan itu..

Kes pertama berlaku di Johor di mana seorang ibu yang hamil 2 bulan telah diragut ketika menunggang motorsikal sehingga menyebabkannya terjatuh dan koma sebelum disahkan meninggal dunia dua hari kemudian. Kes yang sama juga berlaku di Kelantan, di mana mangsanya seorang ibu kepada 5 orang anak yang hamil 4 bulan juga diragut ketika menunggang motorsikal. Ibu malang ini kemudiannya terbabas dan dirempuh sebuah kereta menyebabkannya maut di tempat kejadian..

Lain pula dengan kes yang ketiga. Kes yang berlaku di Pulau Pinang ini melibatkan seorang nenek yang menjadi mangsa. Nenek berusia 80-an itu yang cuba menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa ragut ditumbuk peragut tersebut sehingga menyebabkannya meninggal dunia..

Dua tahun lepas, kes ragut juga pernah berlaku di Kuala Terengganu. Mangsa seorang suri rumah yang menunggang motorsikal seorang diri diragut dan lebih menyedihkan mangsa turut ditendang dan dicederakan sehingga menyebabkannya koma dan menemui ajal beberapa jam kemudian..

Kes-kes jenayah sebegini tidak boleh dipandang ringan oleh kita selaku pelajar agama. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran seharusnya kita berfikir apakah hikmah kejadian sekejam ini boleh berlaku di kalangan masyarakat kita dan apa pula puncanya sehingga mereka semakin berani meragut tanpa rasa takut dan bersalah?

Mutakhir ini, kita lihat di Malaysia semakin hari kes jenayah seperti ragut, rompakan, kecurian dan samun semakin hari semakin meningkat. Puncanya adalah tak lain tak bukan kerana tidak kembali kepada perintah Allah dan RasulNya di dalam Al-Quran dan Hadis. Jika kedua-duanya diambil dan diamalkan, nescaya Malaysia sudah lama aman dan bebas dari kes-kes jenayah yang sudah mencapai tahap kritikal ketika ini..

Alasannya hanya satu. Allah telah memerintahkan dalam Al-Quran supaya menjalankan hukum yang terkandung di dalamnya. Apabila ianya dijalankan nescaya manusia akan takut untuk melakukan jenayah yang sama kerana dari situ terdapat 'pencegahan dari Allah' sebagaimana terkandung dalam surah Al-Maidah, ayat 38..

Inilah akibat daripada mengamalkan sistem undang-undang tinggalan penjajah barat yang merupakan hasil ciptaan manusia. Sesuatu benda tidak boleh dibaiki dengan sesuatu yang sama. Manusia jika diperbetulkan dengan sistem manusia, nescaya manusia itu akan semakin rosak binasa. Begitu juga ibaratnya api, jika dipadamkan dengan api, nescaya semakin marak membakarlah api tersebut..

Sama-sama kita fikir dan renung sejenak demi menyelamatkan masyarakat kita dari terus terjerumus ke lembah dosa. Tak mustahil kejadian ini akan berulang lebih teruk lagi daripada yang berlaku hari ini. Sayangilah nasib anak bangsa kita demi agama yang sama-sama kita dokongi ini..

9 comments:

wearelearningparents May 9, 2009 at 8:12 PM  

ana hampir2 menjadi mangsa ragut, ketika ke kedai makan, di R&R di salah satu di kuantan.alhamdulillah, ana sempat tarik balik beg duit ana.
alhamdulillah, tiada kecederaan.

3minggu lepas, kawan ana kene ragut.dia tgh bawak motor, kat traffic light. habis 1 beg.alhamdulillah, xde kecederaan.

hm...ragut2

wearelearningparents May 9, 2009 at 8:13 PM  

Dear Lord,
today we pray for mothers--
our own mothers, and mothers everywhere,
who have made such a major contribution
to the good qualities we have,
sometimes through genetics,
more often through great effort and patient instruction,
and who have done their best
to gently polish away our rough edges.

Lord, please bless our mothers
for the endless hours of time they spent
and the boundless energy they invested in us.
Bless our mothers for their sacrifices on our behalf
as they often gave up or deferred their own dreams
so that we could have ours.

Bless our mothers for always being there for us,
for being the person we know we can turn to
when we need comfort, encouragement, or just a hug.

Bless our mothers for making a home for us
where we could feel safe, where we felt we belonged.

Most of all, Lord,
bless our mothers for their unconditional love,
for loving us no matter what,
and for frequently showing love
in ways that make us feel valued and cherished.

Lord, please bless our mothers mightily.
Strengthen them, soothe them,
wrap them in Your infinite love
and shower them with blessings
too numerous to count, too magnificent to describe.

We love them, admire them, respect them,
and we wish that You would give them back
many times the good they gave to us.

In Allah' name we pray; Amen.

Anonymous,  May 10, 2009 at 7:56 PM  

mangsa ragut rumput xpe kot..hehe

Cucu Dagang (CD) May 11, 2009 at 11:08 AM  

>Rubiah Ismail

Iye? Memang peragut bukan berhati manusia ni tak mengenal mangsa, dari warga emas sampai la remaja & kanak-kanak..

Alhamdulillah Enti dan kawan selamat, syukur walaupun dia kehilangan beg duit..

Cucu Dagang (CD) May 11, 2009 at 11:10 AM  

>Rubiah Ismail

Untuk ibu ana juga dan semua wanita yang bergelar ibu, memang jasa dan pengorbanan kalian tak kan dapat dibalas oleh sesiapa saja..

Cucu Dagang (CD) May 11, 2009 at 11:18 AM  

>alongwairnazz

yer.. kalau yang tu dimaafkan:)

qairulkalam September 16, 2009 at 8:43 PM  

ana ni duk cari maklumat tntang kes ragut ni..

ShAsHa November 10, 2009 at 1:57 AM  

Ragut tak semestinya yang naik motosikal. Malah yang berjalan kaki juga turut menjadi mangsa, dan saya salah sorang darinya. Tetapi alhamdulillah, tuhan masih sayangkan saya, saya tidak dicederakan kerana dia hanya mengambil telefon yang ada di tangan kanan saya. Syukur kerana tiada kecederaan berlaku. Tapi masih fobia lagi kerana kejadian tersebut.. Isk isk isk...

ichigo91=) January 19, 2010 at 12:46 AM  

ak x taw r ape nk jadi nan dioarang nie..cube lau yg kne 2 slh sorg kuage diorag ke..br dioran tw!!!!

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP