Wednesday, May 20, 2009

..Kembali Bernafas..

Wednesday, May 20, 2009


Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu ketiadaan rangkaian internet pada PC pinjaman Tuhan ini, akhirnya hari ini ianya dapat kembali menyalurkan maklumat-maklumat dan berita untuk tatapan tuan kesayangannya. Itu pun setelah berhempas pulas bersama rakan-rakan untuk mendapatkannya kembali..

Sebelum ini kami cuba bertanya di syarikat komunikasi Telecom-Egypt untuk mendaftarkan semula internet pada talian telefon rumah kami. Tapi malangnya kami dimaklumkan talian telefon tersebut tidak dapat didaftarkan kerana terdapat bil tertunggak. Terkejut kami bila pegawai syarikat di situ memberitahu jumlahnya LE3000 lebih!

Kami hairan. Kami mula rasa tak sedap hati. Adakah Mohammad (seperti yang diceritakan sebelum ini) tidak membayar bil internet kami sebagaimana yang kami amanahkan padanya setiap bulan? Atau 'Ammu Salim (tuan rumah) tidak menjelaskan bayaran bil telefon kami? Segala persoalan bermain di minda kami..

Tambah pegawai itu lagi, sekiranya kami ingin register baru, kami mestilah menyelesaikan bil tertunggak itu. Ataupun biarkan bil talian itu dipotong kemudian register nombor baru untuk akses internet. Kami tiada pilihan lain melainkan pilihan pertama sahaja kerana untuk register
nombor baru terdapat masalah yang lebih rumit dengan tuan rumah..

Setelah kami berjumpa dengan Mohammad, beliau menjelaskan begini dan begini. Rupa-rupanya itu adalah nizam baru syarikat terbabit. Dalam pada itu kami hairan, "tak kan sampai begitu banyak kena caj?" fikir salah seorang dari kami. Ada yang mula mengesyaki sesuatu yang cuba disembunyikan oleh Mohammad. Senior-senior lama pesan jangan terlalu percaya dengan arab. Bukan kami hendak su' zhon, tapi kami mesti mengelakkan diri kami dari ditipu. Ada pula yang sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan..

Bila diselidik dan ditanya pada kawan-kawan lain yang turut menggunakan internet di rumah mereka, semuanya menafikan yang mereka dikenakan caj yang begitu tinggi seperti yang didakwa Mohammad. Mustahil talian internet kami saja yang dicaj begitu..

Setelah menjangkakan yang internet tidak dapat lagi diakseskan ke rumah kami, saya akhirnya mengambil keputusan untuk membeli wireless USB untuk mengakseskannya. Walaupun linenya tak selaju seperti sebelum ini, tapi sudah cukup sekadar untuk menatap berita-berita dan maklumat lebih-lebih lagi banyak isu panas berlaku di Malaysia mutakhir ini..

Mudah-mudahan ianya tidak menjadikanku terleka dengan dunia global sehingga melupakanku akan dunia cita-cita dan impian kejayaan yang sedang kukejar ini, insya Allah. Semoga ianya memberi manfaat bukan 'mudharat' kepadaku..

4 comments:

Anonymous,  May 20, 2009 at 6:58 PM  

weh.. mung cek molek ng arab tu..kalau aku tobat gi baloh dah ng arab tu..

theonlywan May 21, 2009 at 12:11 PM  

ibarat mujahid dimedan perang, pasti goyah tanpa pedang...
bagai mujahid dimedan ilmu pasti lemah tanpa buku...
awak pulak bak mujahid dimedan penulisan, jadi resah tanpa internet...
teruskan menenun jari dimuka keyboard, semoga hasilnya nanti seindah songket pakaian minda... ceeewahhh

Cucu Dagang (CD) May 22, 2009 at 12:21 AM  

>innerinspiration

memang hajat hati nak balah dah, tapi ada kawan yang tak sampai hati nak syak yang bukan2 sebab dia dah banyak tolong kami pasal internet sebelum ni, tu yang jadi terbantut tu..

Cucu Dagang (CD) May 22, 2009 at 12:50 AM  

>theonlywan

insya Allah perjuangan akan diteruskan selagi nyawa masih di kandung badan. Syukran atas sokongan dan dorongan. Satu tamthil yang menarik..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP