Wednesday, May 27, 2009

..Kami Pun Terkena..



Sebentar tadi saya terbaca dalam blog Dari Gaung Hati berkenaan kisah sekumpulan lelaki yang datang ke rumah-rumah berhampiran dan menyembur asap yang kononnya bagi membasmi wabak nyamuk (denggi) dan babi (influenza H1N1). Mereka mendakwa mendapat kebenaran dari pihak kerajaan untuk berbuat demikian. Kebanyakan mangsa adalah penduduk kawasan pedalaman dan ceruk-ceruk kampung yang mudah terpedaya dengan tindak-tanduk 'pegawai' seperti mereka ini. Kisah selanjutnya boleh di baca di sini..

Apa yang membuatkan saya tertarik dengan artikel tersebut ialah kisah yang berlaku di sekitar negeri Pahang ini sama seperti yang turut berlaku kepada kami di sini. Kira-kira dua minggu lepas setelah rumah kami kehilangan rangkaian internet, kami didatangi oleh sekumpulan arab (dua lelaki dan seorang wanita). Mereka adalah lingkungan pertengahan 20-an. Mereka mendakwa ditugaskan untuk meletakkan ubat seperti racun perosak dalam rumah sekitar bagi membasmi wabak influenza yang sedang merebak ketika itu..

Tanpa mengesyaki sesuatu, kami membenarkan mereka masuk ke dapur dan bilik air. Selepas selesai membubuh 'ubat' di dalam sinki dan mangkuk tandas, salah seorang dari mereka berpesan agar tidak dibuka paip air melainkan selepas 15 minit. Kami mengangguk faham..

Tugas mereka tidak terhenti setakat itu saja. Mereka tidak lagi beredar keluar walaupun dua lelaki tadi telah naik ke atas 'mengunjungi' rumah kawan kami pula di tingkat atas. Yang masih tercegat di depan pintu rumah kami adalah seorang wanita. Wanita itu menyerahkan sekeping
faturah (resit) kepada kami dan meinta kami membayar LE149.90!..

Walaupun pada awalnya kami agak terkejut, namun bila memikirkan kesihatan kami yang mungkin akan terjejas dara-gara wabak tersebut, kami akhirnya 'meringankan tangan' menghulurkan wang sejumlah LE150. Lebih-lebih bila wanita itu menunjukkan
kernehnya (kad rasmi) dari Kuliyyah Ziraa'ah (Fakulti Pertanian). Ada yang mengatakan kami seolah-olah 'dipukau' kecantikan wanita arab tersebut. Pada faturah tadi tercatat tarikh menandakan mereka akan datang semula untuk mutaba'ah (follow-up) dari semasa ke semasa..

Selang 3 hari kemudian, kami mendapat berita yang mereka adalah PENIPU! Saya terus menghubungi Pengerusi DPM bertanyakan berita tersebut. Memang benar. Mereka telah memperdaya
Maliziyyun hanya untuk semata-mata mendapatkan wang! Entah ubat apa yang diletakkan di rumah kami itu. Lebih menyedihkan ada sahabat kami yang dikenakan bayaran sehingga LE400! Boleh belanja hampir sebulan untuk keperluan dapur..

Itulah hakikatnya warga arab di sini. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, memang tidak boleh dipercayai. Ada yang terlalu baik seperti malaikat dan ada yang terlalu busuk hatinya mengalahkan iblis. Betullah kata senior, di sini semuanya ada, yang baik ada dan yang jahat lebih-lebih lagi. Di sinilah bumi Firaun
laknatullahi 'alaih dan di sini jugalah bumi Nabi Allah Musa a.s. Oh Mesir, macam-macam ada! Mungkin selepas ini syarikat penyiaran berbayar Astro boleh mempromosikan Mesir sebagai trade mark barunya..

9 comments:

theonlywan May 27, 2009 at 6:38 PM  

slm.takut jugok bile fkr psl makhluk name manusia ni kan...mcm2 diorg sanggup wat demi duit.xmalu ke diorg!..jenayah rompak,culik,bunuh tu hari2 jadi...diorg langsung dok takut...hanya hukum Allah je hk blh timbulkan gerun kat hati diorg...

Cucu Dagang (CD) May 28, 2009 at 1:15 AM  

>theonlywan

Wsalam. Memang betul, setuju sangat2. Mereka sanggup membunuh kerana duit apatah lagi setakat menipu. Hanya dengan kembali pada hukumNya selesai segala masalah..

theonlywan May 28, 2009 at 1:33 AM  

sbnrnya nk tkr undang2 Malaysia skrg kepada hukum Allah tak susah mane pun. sbb jenayah bwh hukum hudud 6 je kan+Qisas. n semua jenayah tu duk bwh Kanun keseksaan.nak tukar Kanun Keseksaan tak payah 2/3 majority, juz simple majority pun dh cukup. kerajaan skrg je yg taknak...so lau nk tkr kita kene la meramaikan lagi 'org Kita' dlm parlimen...

Cucu Dagang (CD) May 28, 2009 at 2:08 AM  

>theonlywan

Yer, memang betul! Memang cik ni bakal pakar undang-undang syariah Malaysia, insya Allah=)..

Memang kerajaan tak kan laksanakan undang-undang Islam di Malaysia, kalau mereka nak buat, PAS rela dibubarkan, kata TGNA..

Untuk menambah 'orang kita' di Parlimen pun cukup mudah, cuma kena bekerja lebih kuat lagi untuk PRU-13..

theonlywan May 28, 2009 at 4:06 AM  

insyaAllah.tapi perkataan pakar tu mcm x sesuai je...hbt sgt tu..
biasalah, pesalah mmg takut pd hukuman...
insyaAllah jentera parti aken lbh kuat dgn adanya golongan mcm pakcik...target kita PRU-13 ok...
go go cayo'!
aja aja fighting!

Cucu Dagang (CD) May 29, 2009 at 2:41 AM  

>theonlywan

Setiap golongan dan lapisan masyarakat masing-masing berperanan membantu untuk kemenangan ISLAM..

Sebagaimana Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 84..

theonlywan May 31, 2009 at 6:48 AM  

slm.pakcik nak tasheh ni. hudud ada 7 la bkn 6.hehehe.sory, biasalah insan bersifat nisyan. lain kali kalu sy ada slh ckp betulkan lah ye.mjur sy x tersesat jauh...smpt kembali kepangkal jln.hehehe

Fitrie Muhammad June 4, 2009 at 7:16 AM  

Ana pun pernah kena pd bln 11 haritu.ms tu,duk d rmh bwbh 3 lg bhkan langsung byr dgn USD lg sbb xdok genih.fuh!nak bbalah jg ms tu.asal2 kate'bibalash'.tau2 kn byr LE120.mmg diaorng kate nk mai blk,tp xmai2.ni baru tau diaorng penipu.

p/s-wanita yg datang x cntik mane pun..

Cucu Dagang (CD) June 8, 2009 at 1:08 PM  

>Fitrie Muhammad

Oh ye ke? Kiranya kejadian ni dah munzu zaman la ye? Mungkin yang menipu di kawasan Asyir tu orang lain, sebab gadis yang menipu kami di Shoubra ni memang cantik orangnya hingga membuatkan sesetengah dari kami terpegun melihatnya, huhu..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP