Monday, August 24, 2009

..Seminggu di tanah air..


Alhamdulillah, hari ini sudah genap seminggu keberadaanku di bumi bertuah ini. Kepulanganku disambut oleh semua ahli keluarga walaupun pada tarikh tersebut merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pasir. Ayah terpaksa melewatkan perancangannya untuk bertugas di sana kerana menyambutku pulang..

Sepanjang tempoh seminggu ini, banyak perkara suka dan duka yang telah berlaku. Selepas sehari tiba di sini, keesokan harinya keluar bersama ayah ke pejabat BPPNT di Taman Seri Intan. Sudah sekian lama tidak berkunjung di sini. Kebetulan adik-adik lepasan SMAASZA Batu Burok berkhidmat di situ sementara melanjutkan pengajian ke Mesir. Gembira dapat bertemu dan berbual dengan mereka. Yang mengagumkan, ada di antara mereka yang menolak tawaran pinjaman Yayasan Terengganu (YT) walaupun mereka diterima untuk mendapat pinjaman tersebut..

Setibanya di rumah petang itu saya mendapat panggilan daripada Guru Besar SK Pasir Panjang. Beliau menanyakan saya samada ingin menjadi guru ganti di sekolahnya memandangkan seorang ustazah di situ yang cuti bersalin selama dua bulan. Tanpa berfikir panjang saya terus menerima pelawaan Guru Besar tadi. Beliau meminta saya datang berjumpa dengannya di sekolah pagi esok..

Setelah berbincang dan meneliti sijil-sijil akademik saya, beliau meminta saya ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan ke Menara Yayasan Islam Terengganu untuk berjumpa pegawai di sana. Saya dimaklumkan akan mula mengajar bermula 30 Ogos ini (selepas sesi persekolahan dibuka)..

Pulang ke rumah petang itu saya mula rasa tak sedap badan. Tubuh saya panas macam orang demam. Sehingga tak dapat bangun ke surau malam itu. Pagi esoknya pergi berjumpa doktor dan alhamdulillah saya hanya demam biasa. Mungkin saya terlalu berjemur panas sehari dua ini menyebabkan mudah dijangkiti demam. Dua hari berehat di rumah sebelum Ramadhan menjelang. Hanya terlantar bertemankan ubat dan tidak keluar rumah..

Malam 1 Ramadhan saya sudah pulih sepenuhnya. Mujur dapat naik imam terawih malam itu, kalau tidak mungkin akan menghampakan harapan jemaah di sini. Malam keesokannya di Masjid Kg Batin dan begitulah berselang hari antara Surau Al-Mawaddah dan Masjid Kg Batin, Seberang Takir..

Terkilan juga tak dapat membantu sahabat-sahabat di Permatang Pasir. Di saat ayah, abang dan adik-adik lelaki turun berjuang di sana, saya diminta untuk menjaga 'kubu' di sini. Insya Allah PRK selepas ini saya tekad untuk turun membantu. Sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada Islam di sana..

11 comments:

theonlywan August 24, 2009 at 11:37 PM  

slm ustaz...tahniah sbb baru balik dh dapat mengajar...mcm goreng pisang panas je...
selamat berRamadhan...
selamat mengimami terawih..
emm,btol2 goreng pisang panas,berebut surau nak suh jadi imam...
Tahniah la ye...

Cucu Dagang (CD) August 25, 2009 at 2:37 AM  

>theonlywan

Wsalam.. Syukran awi2..

Cuma bezanya goreng pisang boleh dimakan, saya tak boleh dimakan..

Selamat menunaikan ibadah di bulan barakah ini..

radhiahsyahida August 25, 2009 at 7:45 AM  

slm ramadhan kareem!
oo..dh jadi imam terawih, cg skoloh..
bagus2..
kekgi mari rumoh deh time raye..!
tapi jgn sesat dh ar..

Nasih Ulwan August 25, 2009 at 11:01 AM  

ye ah..btol gop lem..
pisang goreng blh dimakan,mg xleh dimakan,nk2 d bln puasa ini (kcuali prg yg x bpose). Apatah lg mg xleh digoreng masak2..

bt rasya:awal teh raye..pose x abih g..sungguh ye or..haha

radhiahsyahida August 27, 2009 at 10:24 PM  

>nasih
memg la pose x abih ag..
tapi bukang dose pun ajk2 awl..huhu
lgpun ade mende time raye ekgi..
nnt ah kabo mulle..kekgi kang ade plop org kate smngat lbh2..

Hares Takeery August 27, 2009 at 11:19 PM  

[radhiahsyahida]

haa..ade nape tuu..nok taqdim ablim ke? haha

Cucu Dagang (CD) August 28, 2009 at 9:12 AM  

>radhiahsyahida

Salam ramadhan kembali..
Syukran atas jemputan, insya Allah akan marinya raya kekgi..

Cucu Dagang (CD) August 28, 2009 at 9:14 AM  

>Hares Takeery

Aku bukan macam mu reh, orang laku seantero alam, ramai orang taqdim, akhowat taqdim mu dan mu taqdim akhowat, makna kata saling mentaqdim, haha..

Ada la projek orang tua-tua time raya kekgi, kekgi tau r tu..

Hares Takeery August 30, 2009 at 1:27 AM  

mboh lim..molek ah mu wat gosip gitu seme pa! mu je la hok tua..aku ni budok2 ah ke gane?? rohok billaban ma'a to'miyyah 'ala gambi kida syuwayya guh!

Nasih Ulwan August 31, 2009 at 1:49 PM  

bia ah ye nk taqdim ablim pon..mg g2 okmo..dekki r 2 or..tau r ade akhowat taqdim mg..bangge ngat! haha

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP