..Cucu Dagang Berpindah..
Salam kasih sayang buat semua pengunjung setia blog Cucu Dagang ini, diharapkan semua di dalam keadaan sihat wal 'aafiah hendaknya. Untuk makluman, baru-baru ini dua hari sebelum saya menduduki imtihan akhir yang bermula pada 3 Jun, telah terjadi 'sesuatu' yang tidak diingini pada blog ini dan 'kejadian' tersebut menyebabkan sesetengah pengunjung berasa hairan dan pelik setiap kali mengunjungi blog ini. Ada yang sampai sakit mata membacanya..
Tidak dapat dipastikan apakah punca sebenarnya. Setelah 'beristikharah' dengan hati sendiri, maka saya nekad untuk 'berpindah' ke rumah baru yang lebih selesa. Keputusan ini diambil demi kepuasan hati pengunjung-pengunjung juga, bukan hanya sekadar kepuasan semata-mata..
Sebenarnya saya telah berdepan dengan risiko. Saya terpaksa juga berpindah walaupun imtihan masih belum berakhir. Berpindah 'rumah' maya ini bukan semudah yang disangka. Sebelum berpindah terpaksa 'packing' 'barang-barang' penting untuk dihias di 'rumah' baru nanti. Tambahan pula rangkaian wireless yang teramat lemah seminggu dua ini sehingga menyakitkan hati saya merumitkan lagi kerja-kerja pemindahan. Saya sedar, mungkin ini juga ujian di kala saya sedang sibuk dengan ujian memerah minda di dewan imtihan..
'Ala kulli hal, perpindahan ini masih lagi belum sempurna. Banyak lagi yang saya perlu renovate dan menambah hiasan-hiasan agar kelihatan lebih cantik. Harap pengunjung sekalian bersabar. Doakan saya untuk imtihan jam 9 pagi ini (waktu Mesir). Saya masih lagi ada 3 kertas berbaki untuk dihabiskan pada Khamis depan. Syukran jaziilan, baarakallahu fiikum..
11 comments:
alhamdulillah..ujian pemanis hidup. makin mantap 'rumah' baru ni...
yea adikku...
akak suka rumah baru awak ni...
qurratu aini...
nanti akak jadi interior design ek...
tp, ada masalah...
lupa kunci dengan alamatnya da...hehe...email or ym akak neh...
slm...kenapa sy x perasaan ape2 yg pelik pun.hehe.mungkin sbb lame x lawat blog ni kot...tapi bukankah berhijrah tu sesuatu yg baik...walaupun kita rase rumah lame kita adalah yg terbaik tp pasti ada sesuatu yg lbh baik kat umah baru...slmt be'rumah' baru...
slmt berimtihan gak...
bittaufiq wannajah...
>Rubiah Ismail
Syukran atas sokongan. Ujian merupakan tarbiah secara langsung dariNya.. Baarakallahu fik!
>nasikerabupetro
thanks 4 ur support..
nanti alim ym akak ek?
mekasih sudi jadi interior design:)
>theonlywan
bukan banyak pun kepelikannya tu, cuma tulisan linknya jadi gelap semacam, menyakitkan mata menengoknya:)
Syukran atas doa & ingatan, ameen Ya Robb..
ni bukan berpindah, ni bertukar wajah namanya..ape daa...
slm.oow.sbb tulisan yg menyakitkan mata je ke...lau yg tu sy perasan la tp x kisah sgt sbb igtkan style baru.hehe.btul gak kate nasih, ni bkn pindah rumah juz tkr perabot je skit ni.hahaha
>Nasih Ulwan
Hanya makhluk asing bernama Zuragon dalam cerita Senario XXX saja yang boleh bertukar wajah:)
hoi...doh blog aku mu dop letok pon dalam senarai maahadianz..napok ah mu..mu gi dop lagi blog aku??mu beng wat cekam lupekan pizi gitu...jiilul qurang guane???nok idup smula ke dop???kemungkinan topek akan tersingkir sbb salafi dopleh nased..bid'ah.. sekiam!
http://www.theqing.blogspot.com
>theqing
Allah king, maaf la.. Aku rajin buke doh blog bolog mu sebelum ni, tp skadar lalu je la, x bawak hagah pun untuk mu, mu paham x? Ok, lepas ni aku link mu lam Mahadians..
Post a Comment