..UG: Lebih hangat dari biasa..
Sebenarnya sebelum imtihan bermula lagi, saya sudah nekad untuk 'berpuasa' dengan membiarkan blog ini tanpa diupdate, dan ianya telah berjaya saya lakukan. Kecuali peristiwa 'perpindahan' sebelum ini yang terpaksa juga saya selesaikannya. Sepanjang blog ini tidak diupdate, banyak perkara dan berita-berita panas yang diterima terutama selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS kali ke-55 di Shah Alam minggu lalu..
Saya hanya membaca berita-berita dan kenyataan-kenyataan pimpinan sepintas lalu saja tanpa diulas panjang bagi memberi tumpuan semaksima mungkin kepada imtihan. Akan tetapi kenyataan mengejutkan yang dikeluarkan oleh Tok Guru semalam menyebabkan saya hilang tumpuan seketika. Masakan tidak, seorang pimpinan boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian terhadap pimpinan tertinggi parti. Saya percaya ramai ahli bawahan yang akan 'terperangkap' dengan kata-kata TGNA ini..
Mungkin di sana wujudnya salah faham sehingga menyebabkan beliau berkata sedemikian rupa. Atau mungkin ada orang-orang di belakang yang cuba 'mencucuk jarum' di belakangnya? Saya tidak mahu suu' zhon dengan sesiapa, kerana saya diajar supaya bersikap salamatus sodri kepada sesiapa pun, apatah lagi sekiranya berlaku ikhtilaf di kalangan pimpinan yang sudah di kira memuncak ini..
Lebih parah, selang sehari kemudian, media melaporkan yang poster Tuan Guru Presiden tidak akan dipasang pada pilihan raya kecil (PRK) Manek Urai. Apabila ditanya, Pengarah Pilihan Raya Kelantan menafikan bahawa perkara sedemikian ada kaitan dengan Unity Government (UG) yang diperkenalkan oleh TGHA. Kenapa tiba-tiba PRK kali ini enggan diletakkan poster Presiden? Sedangkan selama berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus PRK sebelum ini tidak ada sebarang masalah apabila poster Presiden dipasang. Saya pun pening memikirkannya. Adakah Kelantan sudah dilanda taufan?..
Saya juga tidak faham kenapa 10 orang Ahli Parlimen PAS menandatangani surat tidak menyokong UG yang digagaskan Presiden. Adakah mereka ini tidak diberi kefahaman yang jelas? Atau mereka enggan mendapatkan penjelasan? Sedangkan TGHA sudah menjelaskan berkali-kali dan terbaru di London yang boleh di baca di sini. Kalau malas nak baca, boleh tengok video di sini. Tindakan mereka itu seolah-olah menunjukkan mereka kurang matang dalam sepak terajang politik..
Memang benar, ketiadaan TGHA yang bermusafir ke London telah mengakibatkan kecelaruan yang parah berlaku. Yang menjadi mangsa ialah penyokong dan ahli bawahan yang terkapai-kapai mencari jalan mana yang harus diikut. Mudah-mudahan mesyuarat ukhuwah yang bakal diadakan nanti akan menjernihkan keadaan dan merungkai segala persoalan. Ayuh, jangan biarkan musuh terus bertepuk tangan dengan kekhilafan kita ini. Semoga 'bahtera' perjuangan yang kita layari ini tidak lagi dilambung ombak dan meluncur laju menuju ke destinasi..
2 comments:
slm...agak merisaukan keadaan yg berlaku skrg...klau tgk dlm berita or srt khbr mmg blh wat pengikut2 bawahan keliru, sbb seolah2 dh xde persefahaman antara 2 tok guru kita(tu mengikut surat khbr la).ni blh beri kesempatan utk org pecah belahkan parti Pas.hrp sgt pemimpin2 atasan blh betulkan salah faham ni.takut org2 yg baru nk kenal pas terus berpaling tadah...
>theonlywan
Betul tu, harap2 lepas TGHA balik dari London n mesyuarat ukhuwah ni boleh jernihkan kembali kekusutan yang sedang bercelaru sekarang ni..doa2kan!
Post a Comment