..Sungguh Malang Nasibmu Babi..
Tuesday, April 28, 2009
Semalam telah selesai kelas pengajian syarah Qiraat Syaazah kami bersama Syeikh Mohammad Abdun Nabiy. Jadi sedikit haflah ringkas kami adakan semalam sebagai penutup kepada kelas kami. Sebelum ini kalau tak silap bulas lepas, kami telah khatam syarah Toyyibatun Nasyr Fil Qiraatil 'Asyr dengan syeikh yang sama..
Selepas masing-masing selesai mengenyangkan perut, kami mula berbual dengan syeikh. Banyak topik yang menjadi bualan hangat kami petang semalam. Antaranya isu global yang sedang hangat diperkatakan hari ini iaitu selsema babi..
Berikut rakaman perbualan yang sempat dirakam antara kami dengan syeikh;
"Kamu tahu tak kes wabak selsema babi yang mengorbankan hampir ratusan orang di Mexico?" Syeikh memulakan perbualan..
"Haa.. Tahu.." Sebahagian dari kami menjawab sambil menganggukkan kepala..
"Semalam saya lalu di jalan besar sana. Kamu perasan tak ada sebuah kedai kepunyaan Masih (kristian) di depan Restoran Kababji Maluki yang membekalkan daging babi?" Syeikh menyambung perbualan.
"Ya.. Ada-ada.." Jawabku seorang diri sambil yang lain masih berkerut dahi. Mungkin masih tak perasan kedai yang dimaksudkan oleh Syeikh tadi..
"Semalam langsung lengang kedai itu, tak ada pengunjung sebab babi dah tak dijual lagi di situ." Syeikh menambah sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang tersusun rapi..
"Sekarang ni, mereka sendiri pun takut nak makan babi. Itulah balasan ke atas mereka." Ujar Syeikh lagi sambil yang lain masih 'tercari-cari' lokasi kedai tersebut beroperasi..
"Ada kedai comel sebaris dengan kedai pembuat kunci Salim tu.." Aku memberi penerangan.
"Haa.. ya.. Kedai yang ada gambar kepala firaun tu kan?" Salah seorang darinya cuba meneka.
"Aiwahh.." jawabku ringkas..
Itulah nasib yang melanda makhluq Allah bernama babi hari ini. Menurut Syeikh lagi, kalau sebelum ini puak-puak Masihin ini menempelak Muslimin yang takut memakan ayam tatkala wabak selsema burung melanda, kini mereka pula menerima balasannya..
Di Malaysia suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan merebaknya wabak Japanese Encephalitis (JE) yang juga dikaitkan dengan babi. Ramai yang terkorban gara-gara gigitan nyamuk yang membawa virus ini..
Pun begitu, sebentar tadi kita diberitakan bahawa negara kita terselamat daripada wabak yang dinamakan Swine Influenza ini. Sama-sama kita doakan agar virus pembunuh ini tidak merebak dan seterusnya menular ke tempat-tempat lain..
Cuma seingat aku, pernah sekali dua tahun lepas babi mendapat 'penghormatan' daripada polis-polis yang dikatakan gagal menembak binatang tersebut di sebuah ladang di negeri selatan tanah air. Ini kerana polis dijangka mempunyai 'misi' yang lebih besar dari itu iaitu menembak manusia! Dan ini terbukti berlaku pada 8 September 2007. Masihkah kau ingat? Nyawa seekor babi seolah-olah lebih berharga dari nyawa seorang rakyat..
4 comments:
Salam.
sekurang2nye org bukan Islam tu sedar bahaya babi nie.
Bagus tulisan nie
>Putera asQalan
Wsalam.. Na'am,betul apa yg anta kata tu,'ibrah bg mereka yg selama ni menganggap binatang itu 'suci'.. Syukran atas kesudian mengkomen:)
satu je komen akak
yuck! geli la gambar coklat babi tu... hu2...
jangan mare...
>nasikerabupetro
Boleh je beli, tu pun kalau jumpe, se lagi kalau beli pun mesti kena buang bahgian pale binatang tu, hahaha..
Post a Comment