Wednesday, April 15, 2009

..Dunia Tak Iktiraf Najib..

Thursday, April 16, 2009


Sedar atau tidak sudah hampir dua minggu Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia. Puluhan ucapan tahniah dilontarkan oleh pengampu-pengampu beliau di seluruh negara. Tapi malangnya, perlantikan Najib itu langsung tidak menarik perhatian masyarakat dunia..

Sehingga ke hari ini, tiada satu pun duta asing di negara ini yang mengeluarkan ucapan tahniah atau melakukan kunjungan hormat terhadapnya. Begitu juga dengan ketua negara-negara luar yang sehingga kini tiada sebarang surat ucapan tahniah yang dikirimkan..

Jelas, dunia tidak boleh menerima Najib. Sambutan hambar ini tidak sama seperti sambutan yang diberikan kepada lima orang mantan Perdana Menteri yang terdahulu. Di zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussien onn, Tun Dr. Mahathir dan Tun Abdullah berduyun-duyun perwakilan luar negara menghadap dan mengirimkan ucapan tahniah..

Begitu malang nasib Najib. Kerajaan luar masih tidak mengiktiraf perlantikannya, malah media antarabangsa pula menjadikan beliau bahan sindiran dan lawak jenaka..

Berdasarkan tinjauan rambang, sebahagian besar rakyat di negara ini masih belum boleh menerima Najib walaupun sudah mengumumkan barisan kabinet ikan busuk yang diistilahkannya sebagai ‘Kabinet Rakyat’ yang diketahui umum dipantau oleh Mahathir..

Lihat sahaja barisan kabinet barunya, dengan bersahaja Muhkriz yang kalah dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri dengan membelakangkan Ketua Pemuda yang dipilih, Khairy Jamaluddin..

Walau apa pun suasananya, Najib kini sedang diperhatikan rakyat dan seluruh dunia. Misteri pembunuhan kejam Altantuya pastinya menjadi isu utama. Maka ia adalah perkara penting yang harus Najib selesaikan dan buktikan bahawa semua dakwaan yang dibuat kepadanya adalah tidak benar sama sekali. Jika tidak, selagi beliau menjadi Perdana Menteri selagi itulah dunia tidak akan mengiktiraf Malaysia lagi..


0 comments:

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP