..Menanti Penalti di Penanti..
Sunday, April 19, 2009
Khamis lalu, bekas Timbalan Ketua Menteri (TKM) 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah mengumumkan keputusannya meletakkan jawatan sebagai ADUN Penanti berkuatkusa serta-merta..
Ini bermakna selepas ini akan ada satu lagi pilihan raya kecil (PRK) yang ke enam selepas pilihan raya umum (PRU) Mac 2008. Namun, belum pun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihan raya, BN awal-awal lagi mengumumkan bahawa kemungkinan parti itu tidak bertanding. Alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri (merangkap duta Mongolia) ialah bagi mengelakkan berlakunya pembaziran wang rakyat yang begitu banyak..
Sejak bila BN pandai 'menghargai' dan menggunakan wang rakyat secara berjimat-cermat? Bukankah selama ini puak-puak inilah yang selalu membazirkan wang rakyat sehingga mencecah ratusan juta? Kalau tidak, tentu Dato' Seri Jamaluddin Jarjis tidak menghantar 'pelancong' ke angkasa yang menelan belanja berbilion ringgit..
Semua yakin dan percaya alasan yang diberikan itu hanya sekadar gimik politik. Sebenarnya mereka sudah takut untuk terjun ke 'gelanggang' pilihan raya berdepan dengan 'pengadil' rakyat yang menentukan pemenangnya. Lihat saja PRK sebelum ini, 5 kali PRK hanya satu yang berpihak kepada BN, itupun di kawasan pedalaman Sarawak yang tiada rangkaian internet dan kemudahan teknologi..
Penasihat belakang tabir PM, Tun Dr Mahathir menggesa agar BN bertanding di Penanti demi maruah dan semangat pejuang UMNO terdahulu. Ujarnya, UMNO/BN tidak pernah gentar meletakkan calonnya walaupun di kubu kuat PAS di Kelantan..
Apa-apapun sama-sama kita nantikan keputusannya selepas ini. SPR pun nampaknya sudah mula memperlihatkan 'kegilaan' mereka apabila ingin mengehadkan jumlah penyokong ketika hari penamaan calon, hari pengundian berlangsung dan pengumuman keputusan rasmi..
Kepada yang bakal terpilih menjadi 'penendang' penalti Pakatan Rakyat di Penanti nanti, tendanglah sekuat tenaga. Biar bukan bola sahaja yang masuk ke gawang, malah dengan penjaga golnya sekali..
2 comments:
Kalau calonnya PKR, harap Anwar insaf dengan pilihan ahli yg sepatutnya...
Kalau calonnya PAS... ha-ha... gi 'jjalan Penang pulok!
>nasikerabupetro
Betul tu, sokong 200%.. Harap2 dpt ke PAS la sbb kalau x silap kawasan tu PAS pegang masa PRU '99.. Bahang lakse penang pulok la awok kite:)
Post a Comment