Monday, April 6, 2009

..Usia Semakin Bertambah, Amalan Bagaimana?..

Monday, April 6, 2009


Hari ini, tanggal 6 April 2009 adalah hari yang paling dinanti-nanti olehku. Sedar tak sedar, hari ini usiaku bertambah lagi setahun. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana masih memanjangkan umurku sehingga ke saat ini di samping mengekalkanku dalam nikmat terbesar iaitu nikmat Iman dan Islam..

Pada tanggal hari Ahad, bertarikh 6 April 23 tahun lalu, bersamaan 26 Rajab 1406 Hijrah, diriku yang dikandungkan selama 9 bulan lebih akhirnya selamat dilahirkan oleh ibuku di rumah beralamat 37/100 Rumah Murah Teluk Ketapang, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu. Menurut ibuku, terlalu banyak ujian dan dugaan yang menimpa diriku sepanjang proses membesarkanku. Hal ini disebabkan kerana tubuhku terlalu mudah dijangkiti penyakit ketika kecil dahulu. Ini memaksa ayahku sering berulang-alik ke hospital, klinik, bertemu tabib dan dukun semata-mata ingin melihat aku dapat hidup selesa seperti kanak-kanak lain..

Semasa di peringkat sekolah rendah dahulu aku sering meminta hadiah hari jadi daripada ayah apabila tarikh keramat bagi diriku ini tiba. Pada mulanya ayah menurut juga kehendakku, mungkin sebagai tanda penghargaan bagi diriku. Tapi lama-kelamaan ayah tidak menurut keinginanku lagi, bahkan ayah menggantikannya dengan yang lebih berharga daripada itu. "Tahun ni ayah bagi hadiah kasih sayang hok (yang) paling dok (tak) ternilai sekali untuk Alim!" ujar ayah sambil memelukku dan mengusap kepalaku. Akhirnya aku akur. Selepas itu aku merasa segan lagi untuk meminta sesuatu tatkala 6 April tiba. Aku faham, hanya itulah hadiah yang paling bernilai bagi seorang anak dan tiada harga bagi mereka yang ingin 'membelinya secara percuma'. Kisah hidupku ketika zaman kanak-kanak jelas menggambarkan segala-galanya akan erti kasih sayang..

Kini aku telah meningkat dewasa. Kenangan susah payah waktu kecilku dahulu (walaupun aku sendiri kurang mengingati peristiwa tersebut) akan tetap tersemat kukuh dalam memori kalbuku. Alhamdulillah, sekarang aku tidak lagi ditimpa penyakit seperti 20 tahun yang lalu. Aku mengucapkan terima kasih kepada ayah, mak, abang, adik-adik, rakan-rakan dan sesiapa saja yang sentiasa mengingati ulang tahun kelahiranku ini dan mendoakan kesejahteraan buatku. Terima kasih juga khusus buat ayah, walaupun kini sedang sibuk berjuang di Bukit Gantang, tetapi sempat merakamkan ucapan ulang tahun buatku di dalam blognya walaupun tidak dapat berceloteh panjang..

Buat sahabat pembaca yang setia, doakanlah diriku agar dikurniakan kekuatan dalam meneruskan perjuangan yang masih panjang ini. Usiaku semakin hari semakin bertambah, tetapi bagaimana pula dengan amalan seharianku? Adakah semakin bertambah seiring dengan usiaku atau semakin berkurang? Tepuk dada tanya iman!


14 comments:

toqki April 7, 2009 at 2:39 AM  

Selamat Hari Tua dari toqki&toqwan

:) Teruskan perjuangan!! Takbir!!!

wearelearningparents April 7, 2009 at 3:26 AM  

eid milad said...selamat mmelangkah ke zaman "geron"...

wearelearningparents April 7, 2009 at 3:31 AM  

bahagianya hidup...dapat ibu n ayah begini...selamat menyambung rantai perjuangan..

radhiahsyahida April 7, 2009 at 6:59 AM  

selamat hari lahir ustat..
smoga lebih matang, amalan makin berganda n diberkati Allah slalu..
hadiah utk anda ialah kemenangan di Bukit Gantang malam ni.. Allahu akbar!

Cucu Dagang (CD) April 7, 2009 at 7:54 AM  

>toqki

Syukran jazilan ats ingatan..semoga kita terus thabat dlm p'juangan n toqki & toqwan bahgia selamnya:)

Cucu Dagang (CD) April 7, 2009 at 7:55 AM  

>Rubiah Ismail

Syukran jazilan ukhti..insya Allah akan melangkah ke zaman 'geron' dgn selamat:)

Cucu Dagang (CD) April 7, 2009 at 7:57 AM  

>Rubiah Ismail

Syukur alhamdulillah..insya Allah akan menyambung mata rantai perjuangan yg akn ditinggalkan oleh mereka..doa2kan..

Cucu Dagang (CD) April 7, 2009 at 8:01 AM  

>monolograsya

Jazila syukr 'ala ihtimamik! yer,hadiah itu sudah pun dituntut dari pejuang2 d bkt gantang..takbir!!!

Naseh Ulwan April 7, 2009 at 8:33 PM  

Balik kekgi ganti ayah r... pegang ketua mtd sbrg takir truh..sbb ayh nk naik ydp kuala nerus lok..ust kor x rok cettong! hahhasm

Anonymous,  April 8, 2009 at 1:25 AM  

mubaarukn milaad..ya akhi!

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri April 8, 2009 at 2:12 AM  

selamat hari lahir, teruskan perjuangan

Cucu Dagang (CD) April 8, 2009 at 7:32 AM  

>Nasih Ulwan

Insya Allah sedia menggalas tugasan jika ditaklifkan demi kesinambungan perjuangan..

Cucu Dagang (CD) April 8, 2009 at 7:33 AM  

>alongwairnazz

Syukran awi ya sodiq..

Cucu Dagang (CD) April 8, 2009 at 7:34 AM  

>Zulhilmi Abd. Rahman Attakiri

Terima kasih ats ingatan, insya Allah perjuangan akan tetap diteruskan..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP