Monday, April 20, 2009

..Kecuaian Membawa Faedah..

Monday, April 20, 2009


Kecuaian membawa faedah. Mungkin bunyinya agak pelik dan ganjil. Sedangkan istilah yang biasa kita dengar adalah 'kecuaian membawa padah', bukankah begitu? Pun begitu, hakikatnya itulah yang berlaku kepada sahabatku malam tadi..

Ketika sahabat ahli baitku memberitahu ingin keluar mengambil duit di ATM HSBC berhampiran, aku lantas mengirimkan kad ATMku kepadanya memandangkan poketku sedang dilanda 'kekeringan'. Sebelum beliau keluar aku terlupa memberitahu jumlah wang yang aku inginkan..

Kira-kira 20 minit kemudian handsetku berdering. Aku sudah mengagak pasti beliau yang menelefon. Aku segera memberitahu, "500 dah la". Tak sampai 10 minit handsetku sekali lagi berdering dan tertera nombor yang sama pada skrin. "Lim, ada masalah besar ni," ujarnya. Aku hairan. Beliau terus bercerita tentang masalah yang dimaksudkan itu tadi..

Rupa-rupanya beliau telah tersilap menekan butang 'EGP2500' pada mesin ATM tersebut. Sepatutnya selepas
menekan butang 'wang segera' beliau perlu menekan butang 'jumlah lain dalam EGP' kerana kebiasaannya aku dan rakan-rakan yang lain berbuat begitu..

Sesampainya beliau di rumah, beliau terasa agak bersalah dan 'malu muka' denganku. Aku berkata kepadanya, "rileks la, tak dok nape2 pun, duit tu boleh guna untuk stok belanja 4 bulan.." Beliau tersengih sambil memberitahu baki yang tinggal kira-kira 500 lebih..

Sebaik sahaja berita hangat ini tersebar, terus ada yang membuat tempahan pinjaman. Mereka adalah di kalangan pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman Yayasan Terengganu (YT). Sehingga hari ini mereka masih tidak menerima cek pinjaman terbaru yang sepatutnya diterima sekitar Mac/April. Penantian ini lebih memeritkan apabila pegawai pelajar Terengganu di sini, Tuan Haji Kamal Abdullah pulang ke Malaysia bulan lalu..

Dalam hati, aku berfikir bagus juga memberi pinjaman kepada kawan-kawan di kala mereka kesempitan wang. Mungkin selepas ini mereka pula yang akan menolong kita di kala kita susah. Hari ini hari mereka, mungkin esok atau lusa hari kita pula..

Begitulah kisah di sebalik kecuaian yang berlaku semalam. Memang pada hakikatnya kecuaian itu boleh membawa padah akan tetapi kadang-kadang ianya juga boleh memberi faedah! Bukan setakat faedah, tapi pahala yang melimpah-ruah! Insya Allah..

2 comments:

nurGallery April 28, 2009 at 7:46 PM  

sya kurang fhm.. maksudnya kwan awak tu terambil lebih lah duit tu ye? jumlah 2500? spatutnya dia ambil 500 sje kn...

Cucu Dagang (CD) April 28, 2009 at 9:44 PM  

>nurGallery

Yer.. Biasa kalau di ATM ada butang yg tersedia jumlah wang yg kita nak keluarkan, ada 100/200/500/1000 n else. Sepatutnya dia tekan yg 500 tu, tapi tersalah tekan butang angka tertinggi 2500.. Jelas ye?:)

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP