Saturday, April 4, 2009

..Beruntungkah Najib?..

Saturday, April 4, 2009


Semalam, secara sahnya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai Prime (baca Crime) Minister Malaysia yang baru. Ini bermakna rakyat Malaysia telah menerima pemimpin nombor satu negara yang ke-6 bermula secara rasmi semalam. Dengan perlantikan tersebut, maka telah lengkaplah apa yang disebut sebagai teori R.A.H.M.A.N yang dinukilkan oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Apa yang lebih menarik, secara kebetulannya teori tersebut betul-betul menjadi kenyataan..

  1. R - Rahman
  2. A - Abdul Razak
  3. H - Hussein
  4. M - Mahathir
  5. A - Abdullah
  6. N - Najib
Bila diamati secara mendalam, setelah lengkapnya teori 'rekaan' tersebut maka bolehlah dirumuskan bahawa jajahan penaklukan UMNO/BN dalam tampuk pemerintahan negara selama lebih 50 tahun ini bakal berakhir tidak lama lagi. Alasannya cukup mudah, apabila huruf 'N' dalam teori karut itu telah diisi, maka secara otomatiknya penguasaan puak-puak UMNO/BN dalam mengambil alih jawatan nombor satu negara seolah-olah sudah berada di garisan penamat. Najib pula bakal menempa sejarah tersendiri iaitu Presiden UMNO yang terakhir bergelar Perdana Menteri..

Pun begitu, aku cukup kagum dengan Najib. Bukan kerana beliau membuat 'kejutan' dengan mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA dan dua akhbar (Harakah dan Suara Keadilan) yang digantung penerbitannya, tetapi kerana bakat kepimpinan yang mengalir dari darah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein yang digilap sejak usia muda lagi. Beliau bergelar Ahli Parlimen paling muda dicatatkan dalam Malaysia Book of Record iaitu ketika baru berusia 23 tahun setelah menang kerusi Parlimen Pekan pada pilihan raya 1976. Kemudian karier politiknya berterusan sehingga bergelar Perdana Menteri pada hari ini..

Ramai yang terkejut dengan 'kejutan' awalnya semalam. Ada yang menyifatkannya sebagai umpan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) yang sedang hangat berlangsung. Ada juga yang meramalkan pemerintahan Najib akan lebih baik daripada Pak Lah walaupun Pak Lah digelar Mr Clean berbanding Najib sebagai Mr Dirty. Apa yang pasti, hanya Allah saja yang tahu akan niatnya itu. Lebih-lebih lagi ramai di kalangan rakyat bahkan satu dunia sudah mengetahui tentang skandal pembunuhan yang membabitkan dirinya..

Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mendapat PM yang baru. Semoga negara kita Malaysia dapat diperintah dengan baik oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan bukan dikuasai oleh Datin Seri Rosmah Mansor!


2 comments:

Anonymous,  April 8, 2009 at 1:32 AM  

RAHMAN -hebat gak mung susun..

Cucu Dagang (CD) April 8, 2009 at 7:23 PM  

>alongwairnazz

bukan ambe yang susun, tapi Tunku Abdul Rahman yg berseloroh secara tak sengaja waktu jadi PM dulu..

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP