Saturday, April 18, 2009

..Keistimewaan Darah O..

Saturday, April 18, 2009


Usai solat subuh dan bacaan ma'thurat sempena qiam dan munajat mingguan semalam, pengerusi menjemput salah seorang sahabat tahun 1 bagi menyampaikan tazkirah subuh. Dalam tazkirahnya pagi itu beliau menghuraikan ayat 107 hingga 111 dari Surah At-Taubah..

Beliau bercerita tentang kronologi peristiwa penubuhan Masjid Dhirar oleh puak-puak munafiqin ketika itu. Akhirnya beliau membuat kesimpulan bahawa pentingnya kita bersatu di dalam jemaah ataupun persatuan yang ada dan betapa bahayanya menubuhkan jemaah lain yang pastinya akan membawa perpecahan dan kemurkaan Allah..

Apa yang menarik dalam tazkirahnya pagi itu, beliau sering mencelah dengan menyampaikan satu dua cerita supaya sahabat-sahabat pendengar tidak mengantuk. Salah satu cerita yang dibawa ialah tentang seorang kawannya yang agak istimewa..

Beliau hairan kenapa kawannya itu sepanjang keberadaan di bumi Mesir ini tidak pernah sekali pun terkena 'serangan' ataupun gigitan pijat. Pijat merupakan sejenis serangga yang sama seperti kutu iaitu menghisap darah. Akan tetapi kelebihannya ialah ianya mampu menghisap seluruh badan manusia berbanding kutu yang hanya kawasan sasarannya di kepala..

Setelah diselidik rupa-rupanya beliau mendapat tahu bahawa kawannya itu berdarah jenis O. Beliau dan rakan-rakan yang lain agak jelous kerana mereka sering saja menjadi mangsa gigitan pijat..

Setelah mendengar cerita ini barulah aku faham kenapa selama hampir 3 tahun aku di perlembahan Nil ini seekor pijat pun tidak berani menghisap darahku. Acap kali berlaku ketika tidur kawanku di sebelah langsung tak lena disebabkan menggaru-garu gatal gara-gara 'parasit' tadi sedangkan diriku nyenyak tidur tanpa gangguan..

Mungkin juga betul apa yang dikatakan itu. Samada ianya secara kebetulan ataupun tidak yang pasti bagi mereka yang berdarah O sepertiku dan juga sahabat tadi mampu tidur dengan lena tanpa diganggu..

Selain itu darah O juga boleh didermakan kepada sesiapa saja tanpa mengira jenis darah. Sepanjang hayatku baru sekali aku menderma darah iaitu pada bulan Ramadhan 1428 H sebaik saja selepas terawih. Ini jauh sekali dengan ayah yang sudah berpuluh kali menderma tetapi darahnya tidak boleh diderma sebarangan kerana berjenis O negatif yang hanya diperlukan pihak hospital ketika kecemasan sahaja..


9 comments:

ANIEMZ April 18, 2009 at 5:13 AM  

saya pun darah O jugak.. O positive.. huhu.. jarang orang ad O negatif ni dan sememangnya O negatif amat2 diperlukan di hospital.. sebab hanya orang berdarah O negatif boleh terima O negatif sahaja..

Cucu Dagang (CD) April 19, 2009 at 1:42 AM  

>ANIEMZ

ooo..sama la kite,O positive..
memang pun pyh nk jmpe O negative,kuarga saya 2 org je yg b'darah O negative,ayah saya n adik ayah (mak cik) saya..

Cucu Dagang (CD) April 20, 2009 at 9:54 PM  

>alongwairnazz

ok?ok lagu mane?tapi pijat isap darah A, huhuhuhu..

Rahadatul'aisy May 7, 2009 at 9:18 AM  

sekadar perkongsian....mmg ada bnyk kebaikan ttp wanita yang berdarah o negatif apabila berkahwin dgn llki yang berdarah positif menghadapi komplikasi ketika melahirkn anak jika anaknya mewarisi darah si ayah..anak pertama kemungkinan terkena jaundice dan anemia.risiko utk anak seterusnya semakin meningkat...namun ada perawatan utk mrk ni antaranya suntikan anti-rhesus..apapn setiap kejadian ada hikmahnya

acik85 November 8, 2009 at 5:22 PM  
This comment has been removed by the author.
acik85 November 8, 2009 at 5:30 PM  

yeke mcm tu???takutnye saya...darah saya jenis o negatif..saya bru thu 2thun lepas, time saya derma darah...takutnye....

nuramira April 5, 2011 at 12:00 AM  

SY BERDARAH O-VE..TAKUT SGT SBB SY HAMIL 4 BULAN. APE RISIKO SEBENAR NYA?

Siti Roshaizah Hamzah December 17, 2013 at 11:57 PM  

salam boleh ke saya nk tanya sekiranya wanita berdarah -o dan si suami berdarah +a berkemungkinan sukar untuk mendapatkan anak?

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP