..Ayuh! Kita rebut peluang..
Sunday, August 31, 2008
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud :
"Barang siapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh penghayatan, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.."
Marilah sama-sama kita menghidupkan bulan yang tidak akan datang melainkan sekali dalam setahun dengan merebut segala 'special offer' yang Allah tawarkan kepada semua hamba-hambanya. Semoga tarbiah melalui madrasah Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita hamba yang benar-benar bertaqwa sesuai dengan objektif disyariatkan berpuasa iaitu "la'allakum tattaqun..". Anggaplah Ramadhan tahun ini seolah-seolah Ramadhan yang terakhir bagi kita..Hakikatnya, tak kira berapa kali sekalipun kita bertemu Ramadhan, Ramadhan tetap sama, akan tetapi natijahnya yang berbeza. Fikir-fikirkanlah..
Waakhiran, salam Ramadhan dari hamba yang hina lagi dhoif ini. Ramadhan Kareem! Kullu sanah wa antum tayyibun..
0 comments:
Post a Comment