Saturday, March 21, 2009

..Sempurna Sudah..

Saturday, March 21, 2009


Dua hari lepas, aku sempat menghadiri jemputan walimah sahabatku, Ahmad Rashidi Mohamed Ali yang telah selamat 'membina masjid' di bumi barakah ini bersama pasangan pilihan hati, Ishatun Radhiah A. Jalil. Walimahnya telah diadakan di Bandar Mansurah, Daqhiliyyah, yang memakan masa kira-kira 2 jam lebih perjalanan dari Kaherah..

Fenomena musim perkahwinan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi di musim cuti sekolah yang baru melabuhkan tirainya hari ini, tetapi juga tempiasnya turut terkena mahasiswa dan mahasiswi Al-Azhar di sini. Difahamkan sebelum ini juga (kalau tak silap beberapa hari dalam minggu lepas), seorang siswi dari Terengganu telah selamat diijab kabulkan di Iskandariah. Apa yang menariknya, jejaka pilihan yang sudah tertulis sebagai jodoh baginya adalah berasal dari Algeria dan berkulit putih. Hebat bukan?

Begitulah jodoh yang telah disusun cantik oleh Allah Taala kepada hamba-hambanya. Bak kata pepatah, 'kalau dah jodoh tak kan ke mana'. Maha suci Allah yang menjadikan hambanya berbilang bangsa dan warna kulit. Lebih menarik, istilah cinta boleh terbit dari hati mereka walaupun berlainan bangsa dan bahasa, tetapi rupa paras dan elemen lain tetap tidak menjadi ukuran jika agama diletakkan paling hadapan dalam pemilihan bakal suami atau isteri..

Isu perkahwinan global ini bukan lagi asing di kalangan kita. Ramai juga yang memilih pasangan hidup dari kalangan yang bukan satu negara, bangsa dan warna kulit. Sebagai contoh, seorang lepasan Al-Azhar Shoubra sekitar tahun 90-an telah bertemu jodoh dengan seorang gadis arab di sini. Kini beliau menjadi mudir (pengetua) di sebuah institusi tahfiz swasta di Kedah..

Bulan lepas ketika aku berpeluang makan di Restoran Seri Kelantan (RSK) di Hayyu Sabi', Kaherah
aku terserempak dengan pemilik restoran tersebut bersama anak-anaknya yang fasih berbahasa inggeris. Aku hairan kenapa kanak-kanak ini tidak bercakap melayu, sedangkan ibunya berbangsa melayu? Rupa-rupanya ayah kanak-kanak tadi merupakan seorang warga Amerika yang telah menikahi gadis (ibu kanak-kanak) tersebut. Mungkin kita terfikir bagaimanakah mereka bertutur ketika mula-mula perkahwinan mereka dulu, bukan?

Selamat pengantin baru ku ucapkan buat sahabatku, Rashidi. Sudah sempurna separuh dari tuntutan agamamu, tinggal lagi ketaqwaan dan keimanan dalam melayari bahtera rumah tangga agar terus kekal hingga ke syurga. Sesungguhnya telah bergembiralah para malaikat takala iblis dan syaitan menangis mengenangkan sepasang anak adam telah terselamat dari maksiat dan dosa. Buat Shidi dan zaujah, aku ucapkan "baarakallu lakuma, wa baarik 'alaikuma, wajama'a bainakuma fi khair.."

6 comments:

ekramhakim~ March 21, 2009 at 7:06 PM  

ustad alim ble lagi???

dgr kate adek ada nk nikah doh kan..haris..

abang die ble nye...

Cucu Dagang (CD) March 22, 2009 at 12:42 PM  

>ekramhakim

wah..soklan cepu mas napok?
stkt yg tahu adik puan ade r nk nikoh,tp lmbt lg la..
hok tu x tau la,kena tanye beliau sdri..
ni msti manang punya berite ni,hmmm..

Abdulloh Hares March 24, 2009 at 8:36 AM  

berahi guh wat kontroversi..bile plok aku nok nikoh..sape la yg wat berite sensasi ni..haha

Nasih Ulwan March 24, 2009 at 10:51 AM  

sbnrnye ak yg nk nikoh...haha
(mencarpap)

Cucu Dagang (CD) March 26, 2009 at 9:39 PM  

>Abdulloh Hares

yg ambe herannye brite ni blh sapa ke puncak morocco nu,huuhu..

Cucu Dagang (CD) March 26, 2009 at 9:40 PM  

>Nasih Ulwan

aik?turut mengambil bahagian dlm membahaskan usul panas ini?;)

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP