Monday, March 30, 2009

..Siapa yang Patut Diharamkan?..

Tuesday, March 31, 2009


Beberapa hari lepas mahasiswa Mesir khususnya ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dikejutkan dengan tersiarnya satu berita yang mengusulkan supaya PMRAM diharamkan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Usul itu dikemukakan oleh perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KLUN). Beliau mendakwa PMRAM telah menyebarkan ideologi pembangkang kepada ahli-ahlinya..



Menurut mantan Setiusaha Agung PMRAM, usul yang agak panas didengar ini langsung tidak mengejutkan beliau kerana sudah bertahun-tahun isu ini dibangkitkan dan boleh dikatakan sudah lali bagi pimpinan PMRAM itu sendiri. Walau bagaimanapun, beliau selaku orang yang memegang jawatan selama 3 tahun dalam PMRAM terasa amat kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan selain mendakwa ianya merupakan fitnah terbesar untuk menjatuhkan PMRAM di bumi Mesir ini..

Bagi penulis, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan itu langsung tidak dapat menggugat kredibiliti persatuan induk yang sudah hampir 80 tahun menaungi mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir. Tuduhannya itu ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri bagi ahli-ahli PMRAM. Biarlah PMRAM dilabelkan dengan apa sekalipun, mereka tetap berdiri teguh di belakang pimpinan menempuh susah dan senang bersama..

Mereka menuduh PMRAM menanamkan ideologi pro pembangkang kepada ahli-ahlinya adalah satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Kita sebagai mahasiswa yang celik dan terbuka minda perlu memahami antara melibatkan diri dalam politik secara langsung dengan mengambil tahu atau menyatakan pandangan dalam isu politik. Sebagai contoh, Kelab UMNO Luar Negara (KULN) atau di Mesir ini lebih ma'ruf disebut Nadi UMNO. Kelab ini memang jelas membawa aspirasi dan perjuangan UMNO Malaysia di sini dan bukan hanya bertindak sebagai wakil kerajaan di bumi Anbiya' ini..

Kalau hendak dibandingkan antara PMRAM dan Nadi UMNO di sini memang banyak bezanya. PMRAM mempunyai kelebihan tersendiri kerana ianya didaftarkan di bawah syu'un ijtima'iyyah (Hal Ehwal Kemasyarakatan) Mesir sekaligus menjadi salah satu Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Mesir. Sebab itulah PMRAM tidak bernaung di bawah pihak kedutaan atau Jabatan Penuntut di sini kerana bernaung di bawah kerajaan Mesir lebih selesa dan 'selamat' dari kawalan pihak-pihak tertentu..

Jadi jelaslah di sini siapa yang patut diharamkan. Sesungguhnya kita tidak dapat mampu menyekat kebebasan mahasiswa berpolitik tetapi jangan kita yang memaksa mereka untuk berpolitik!

1 comments:

Cucu Dagang (CD) March 31, 2009 at 6:49 PM  

>enjoy-rs

harap maaf, ini bukan ruangan iklan ye?:)

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP