Friday, July 11, 2008

..Raja Segala Raja..

Friday, July 11, 2008


Bismillahirrahmanirrahim..



Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging. Apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia buruk, maka buruklah seluruh tubuhnya. Itulah sekeping hati.”

Jelas sekali qalb atau hati menjadi raja dalam mengawal setiap pergerakan dan perlakuan manusia. Bahkan qalb jugalah yang menjadi paksi sebenar untuk mencungkil dan menggilap potensi yang ada di dalam diri setiap individu. Qalb adalah anggota badan manusia yang paling mulia kerana ia mampu menjadi sumber inspirasi akal, ilmu, kesabaran, keberanian, kemuliaan, cinta, kehendak dan seluruh sifat-sifat terpuji. Tetapi qalb juga akan menjadi tempat bersarangnya hasad, cemburu buta, kesedihan, marah, dendam kesumat yang akan menjatuhkan maruah dan jati diri insan..

Abu Hurairah r.a berkata:

“Hati adalah raja dan anggota badan sebagai bala tenteranya. Bila rajanya baik, baik pula pasukannya dan bila jahat, maka jahat pula pasukannya.”

Sama-samalah kita menjaga hati-hati kita agar tidak dikotori dan dicemari. Ustaz Azhar Idrus pernah berkata, “orang yang tidak menerima apa-apa peringatan selama 3 hari, maka gelaplah hatinya..”..

Mari kita sinari hati-hati kita dengan amalan-amalan yang mudah-mudahan jika kita amalkan dapat menjadi ubat bagi hati kita, iaitu :

  1. Membaca Al-Quran dan memahami maknanya
  2. Bangun solat di malam hari (qiam)
  3. Berkumpul bersama orang-orang soleh
  4. Memperbanyakkan puasa sunat
  5. Sentiasa melazimi zikrullah


0 comments:

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP