Wednesday, July 2, 2008

..Seronok dalam kepenatan..



Bismillahirrahmanirrahim..



View Larger Map
gerakkan arrow untuk mencari destinasi anda (^_^)

Sudah empat hari kelibatku tidak kelihatan di bumi qurra' ini. Diriku dibawa nun jauh mengembara ke bumi yang penuh keajaiban ciptaan Allah s.w.t. - Matrouh dan Siwa. Keindahan alam di persekitaran Matrouh memang tak dapat disangkal lagi..

Perjalanan ke Matrouh yang memakan masa hampir 5 jam memang memenatkan (padahal bukan jadi driver pun..he2). Sepanjang perjalanan, mata kami 'dijamu' dengan panorama gurun gersang seluas mata memandang. Tapi dalam lelah kepenatan itu, hati kami 'disejukkan' dengan keindahan alam ciptaan tuhan Yang Maha Agung, Subhanallah..

Diriku rasa sungguh tenang dan damai berada di sana seolah-olah dapat kulupakan sebentar kesibukan dan bunyi bising hon kereta yang lalu lalang saban hari tak kira waktu di tempat tinggalku, Shoubra..

Memang rata-rata semuanya berpuas hati dengan jaulah kali ini. Walaupun kami diatur dengan lawatan ke tempat-tempat menarik dan mendamaikan sepanjang 2 hari di Matrouh dan sehari suntuk di Siwa, tapi kami diberi banyak ruang untuk aktiviti bebas..

Apa lagi, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa la jawabnya, hehe.. Kami pun mengambil peluang membeli-belah di Souq Libya - tempat tumpuan pelancong seperti di Khan Al-Khalili berhampiran Masjid Saidina Husein. Kami juga berpeluang enjoy (tapi hati lazimi zikrullah) di fun fair arab berhampiran pantai. Pada hari terakhirnya sebelum balik kami mandi-manda sepuas-puasnya di Pantai Marsi Matrouh sehinggakan ramai yang pulang 'kehangusan' dek suhu yang memuncak di sana. Dah lah duit dah banyak 'hangus', muka juga turut sama 'dihanguskan' (^-^)..

Walaupun banyak duit yang kami 'laburkan' di sana, tapi kami semua cukup berpuas hati dengan servis yang disediakan pihak adhock pelaksana. Memang berbaloi la yuran yang kami bayar LE230 sepanjang berada di sana..

Di Matrouh kami sempat mengunjungi dua pantai antara pantai yang tercantik di Mesir iaitu Pantai Cleopatra dan Pantai Ageeba. Pantai Cleopatra merupakan tempat di mana Puteri Cleopatra bersiram di dalam salah sebuah batu di situ sehingga dinamakan Hamam Cleopatra. Sesuai dengan namanya Ageeba yang bermaksud ajaib, air laut di pantai ini mampu bertukar sehingga 7 warna menjelang waktu matahari terbenam..

Di Siwa pula kami sempat melawat 'Ain Cleopatra. Kolam sedalam 7 kaki ini adalah sumber air utama di Siwa dan airnya tak pernah kering sehingga ke hari ini. Dinamakan sedemikian kerana sempena kedatangan Puteri Cleopatra dan dikatakan setiap pengantin baru akan dimandikan di sini. Di kawasan tersebut juga terdapat banyak kebun kurma..

Kami juga sempat membeli-belah di mahal balah sebelum pulang ke Matrouh. Di sini balahnya dijual murah berbanding tempat-tempat lain kerana kilangnya terdapat di sini. Semuanya pakat borong balah bil luz dan balah bi syokolatah di kedai 'ammu berhampiran tempat kami berhenti untuk solat di situ. (Memang kaya 'ammu tu lepas ni, hehe..) Tak kurang juga ada yang membeli baju dan cendera mata untuk kenang-kenangan dari Siwa yang bersempadanan dengan Libya ini..

Sesuatu yang menarik di Siwa ialah sepanjang sehari suntuk kami di situ, gadis-gadis dan kaum hawa memang payah kelihatan. Kalau ada pun hanya seorang dua, itu pun 'berkelubung habis' 100%, tak menzahirkan seinci pun dari anggota tubuh, jauh berbeza dengan gadis-gadis murahan di tempat tinggalku (lebih-labih lagi musim panas memuncak ni, al-ma'lum je lah)..

Firman Allah taala yang bermaksud :

"orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan alam ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".."

(surah Ali 'Imran - 191)

Glosari :
  • souq - pasar
  • hamam - tempat mandi / bilik air
  • 'ain - kolam
  • mahal - lafaz 'ammiy Mesir dari kalimah dukkan (kedai)
  • balah - kurma
  • balah bil luz - kurma berbiji badam
  • balah bi syokolatah - kurma berbiji cokelat


p/s : gambar-gambar 'enjoy' akan dipost kemudian..


0 comments:

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP