Wednesday, July 9, 2008

..Q..

Wednesday, 9th July 2008


Assalamualaikum sahabat-sahabiah sekelian..

Bunyinya memang ringkas, tapi di sebalik huruf Q ini tersimpan seribu pengertian..
Semalam, aku berpeluang bersama-sama dengan sahabat-sahabat junior azhari mengikuti program Kolokium Ilmuan atau ringkasannya (Q) anjuran PMRAM di bawah kelolaan Badan dan Unit Dakwah. Program Q siri ke 3 & 4 ini berlangsung selama 2 hari bertempat di Mukhayyam Daim, Hayyu Sadis, Kaherah..

Kami dari Shoubra dijemput menjadi fasilitator untuk Q kali ini. Pengerusi DPM mengamanahkan kami berlima untuk ke program tersebut. Tanpa banyak dalih, kami akur. Lagi pun musim cuti begini elok juga diisi dengan perkara bermanfaat, aku bermonolog seorang diri..


Banyak yang kami dapat di sana. Selain kami 'mentarbiah' peserta, diri kami juga turut ditarbiah sama. Kami dapat mendengar pengisian yang disampaikan oleh penceramah. Ini yang istimewanya bila jadi
fc ni, dapat 2 dalam 1 (^_^). Di samping itu kami juga berpeluang bertaaruf dengan mahasiswa tahun 1 yang datang dari pelbagai pelusuk negeri dan latar belakang. "Semoga ukhuwah yang kita bina ini berkekalan..", bisik hatiku berharap..

Tapi seperkara yang aku terkilan, di kala ramai para peserta lain dari negeri masing-masing datang beramai-ramai, negeriku pula hanya menghantar wakil tunggal untuk Q kali ini berbanding siri-siri yang lepas. Nasib baik lah yang tunggal ini tak jadi 'tunggul' dalam program semalam. Sebagai
fc, kita pun tebal muka juga. Mana tidaknya, 5 orang fc yang dilantik dari Terengganu, berbanding hanya seorang peserta, amat mengecawakan..

Slot yang paling menarik minatku ialah Gerak Kerja Berkumpulan (GKB) 2, yang mana semua kumpulan diminta membuat persembahan pentas. Rata-rata ramai yang memilih lakonan, hanya satu kumpulan saja yang mempersembahkan nasyid. Lakonan yang berkisar tentang realiti kehidupan warga azhari di perlembahan Nil ini membuatkan
audions tak kering gusi. Mereka bukan setakat berilmu malahan kreatif dan berbakat besar dalam lakonan. Apa yang penting di sini ialah motif lakonan itu berjaya disampaikan..

Tak kurang juga slot GKB 4 iaitu Debat Siswa. Mereka diberi tajuk 'Wajarkah Persatuan Ditinggalkan Semata-mata Kerana Pelajaran'. Debat ala parlimen ini mendedahkan kepada peserta tentang peri pentingnya berpersatuan dan berorganisasi dalam
fatrah kita menuntut ilmu, lebih-lebih lagi apabila pulang ke tanah air kelak. Mereka berhujah dengan penuh emosi baik di pihak 'kerajaan' mahupun 'pembangkang'. Isu ini juga menjadi bualan hangat para azhari di sini..

Walaupun program kali ini agak santai sedikit dan tidak se
syadid program-program sebelumnya, tapi ianya cukup memenatkan kami. Bukan setakat penat tubuh, otak kami juga letih seolah-olah tidak mahu berfungsi lagi. Setibanya kami di rumah semalam, terus kami menuju ke 'ghayah' kami sejak selesai program semalam kerana dari perjalanan balik lagi ianya seolah-olah melambai-lambai memanggil kami (^_^)..

Glosari :
  • taaruf - suai kenal
  • fatrah - musim/waktu/era
  • syadid - ketat (dari segi disiplin)
  • ghayah - matlamat/tujuan

0 comments:

  © Hak Cipta Terpelihara The Professional Template by Cucu Dagang 2009

Back to TOP