Salam pertemuan buat sahabat-sahabat samada di tanah air mahupun di perantauan, kaum keluarga dan seterusnya buat pejuang-pejuang serta para pencinta kebenaran yang sentiasa menanti tibanya janji Tuhan yang pasti akan berlaku suatu hari nanti..
Bercakap soal perjuangan ni, teringat pula aku akan kisah silam perit jerih ayahku berjuang demi rasa tanggung jawab terhadap Islam dan juga menyambung perjuangan yang telah diwariskan oleh baginda s.a.w. Tambahan pula bersempena dengan sambutan hari bapa yang disambut ahad lalu, amat sesuailah postingku kali ini mengisahkan tentang beliau..
Sebelum aku bercerita lebih lanjut, aku ingin memberitahu satu perkara. Artikelku kali ini memang teramat panjang tapi sahabat-sahabat jangan bimbang, ceritanya pasti menarik dan tak jemu dibaca. Harap sahabat-sahabat sabar dan tekun membacanya..:)
Kisah perjalanan hidup ayah menjadi satu inspirasi dan dorongan kepadaku untuk menjadi seperti dirinya. Bayangkanlah, ayah yang langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama diberi title 'ustaz' oleh kenalan rapat dan masyarakat setempat. Walaupun hanya memiliki diploma dalam bidang pentadbiran awam, tapi ilmunya mengalahkan azhari yang pulang dari Mesir. Ayah juga merupakan seorang yang berbakat besar dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan sejak kecil..
Ketika masih belajar di Sekolah Menengah Seberang Takir (kini SMK Ibrahim Fikri) lagi, ayah telah mula berjinak-jinak terjun ke medan dakwah. Ketika mana musim cuti sekolah, di kala kawan-kawan sebaya yang lain sibuk dengan aktiviti seperti bermain bola, layang-layang dan sebagainya, ayah bersama sekumpulan kecil rakan-rakan yang lain menubuhkan Persatuan Dakwah Islam (PERDAI). Saban malam mereka mengadakan road show ke seluruh surau-surau di sekitar Seberang Takir dan menyampaikan tazkirah selepas solat secara bergilir-gilir. Dengan kata lain, usia remaja ayah banyak dihabiskan dengan aktiviti di masjid dan surau, berbeza dengan remaja-remaja lain..
Melalui PERDAI ini lah ayah merasa satu kelainan dalam dirinya, iaitu keberanian dalam penyampaian dan membuang rasa malu ketika berdepan dengan masyarakat. Bukan setakat itu sahaja, melaluinya juga ayah belajar erti pengorbanan sebuah perjuangan sebagaimana yang pernah diterima oleh Rasulullah s.a.w. ketika menyampaikan risalah dakwah di Mekah. Masakan tidak, mereka pernah dihalau ketika menyatakan hasrat untuk mengadakan sedikit santapan rohani di salah sebuah surau. Sehinggakan yang lebih dahsyat, mereka dilabelkan kanak-kanak pelarian oleh sesetengah pihak yang memekakkan telinga untuk menerima ilmu..
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu langsung tidak mematahkan semangat para remaja yang ingin melihat masyarakatnya celik ilmu agama. Mereka meneruskan usaha dengan menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau yang sunyi sepi. Surau yang dulunya hanya bermakmumkan tiang dan kipas siling, kini dipenuhi para jemaah di setiap sudut..
Bakat kepimpinan dalam diri ayah berlarutan sehingga tamat pendidikan peringkat menengah. Kemudian ayah terlibat secara aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di peringkat negeri. Setelah mendirikan rumah tangga dengan mak, ayah telah berazam untuk mewakafkan dirinya untuk perjuangan. Selepas itu ayah menjadi lebih aktif memandangkan ketika itu ayah memegang amanah yang agak berat iaitu merupakan antara pengasas terawal Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) yang kini dikenali sebagai Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) di negeri Terengganu bersama Dato' Haji Abu Bakar Chik dan Menteri Penerangan sekarang, Dato' Ahmad Shabery Chik..
Komitmen yang ayah tunjukkan dalam menaikkan nama PASTI di mata masyarakat memang mengagumkanku. Ayah boleh dikatakan otai bagi PASTI negeri. Apa tidaknya, nama ayah sudah sinonim dengan program-program PASTI mahupun kursus-kursus perguruan PASTI sehinggakan beliau diamanahkan menjadi pengarah PASTI negeri hampir 7 tahun lamanya. Ayah juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI Pusat bermula tahun 1993 hingga 2005. Dalam tempoh itu, ayah memikul tugas yang paling berat sebagai Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat selama 6 tahun. Sehingga kini ayah masih lagi menjadi ALP PASTI negeri..
Itu baru PASTI, tak sebut komitmen dalam jemaah lagi. Selepas meninggalkan kerjaya perniagaan, ayah menumpukan 100 peratus kepada parti. Ayah hanya 'mengabdikan' diri siang dan malam di pejabat perhubungan parti. Tak cukup dengan itu, di sebelah malam masa ayah dipenuhi dengan kuliah di surau, ceramah, mesyuarat dan usrah baik di peringkat cawangan, DUN, kawasan dan negeri..
Ayah sewaktu memimpin Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Teluk Ketapang
Bermula dari itulah, masa ayah bersama keluarga menjadi cukup terbatas, mujurlah mak memahami perjuangan ayah. Mak juga bukan setakat memahami, bahkan menjadi penguat semangat ayah di kala ayah lemah. Biasalah, iman manusia bersifat yazid wa yanqus, bukan seperti iman para Nabi dan Malaikat. Di samping itu juga, mak mengasuh kami anak-anak yang sudah terbiasa 'ditinggalkan' ayah di rumah. Ayah kadang-kadang keluar di awal pagi dan pulang lewat malam tatkala kami sudah lena dibuai mimpi. Ayah bertindak sedemikian bukan kerana mengejar dunia, tapi matlamat akhirat yang dicari demi melihat tertegaknya sebuah daulah yang sudah lama diimpikan oleh para pendokong Islam..
Teringat aku ketika kecil dulu, aku menyanyikan lagu "Balada" yang mengisahkan seorang anak yang diabaikan oleh ibu bapa kerana kesibukan mengejar kemewahan dunia. Memang lagu tersebut sesuai dengan situasiku. Namun, aku mengerti, ayah sibuk kerana mencari mardhotillah dan ayah walau sesibuk mana sekalipun tak pernah mengabaikan pendidikan dan kasih sayang terhadap anak-anak.. (kalau nak dengar lagu, klik play di bawah)
Syahdunya kisah... Kisah yang dihormati Ustaz Ya yang amat tabah memang akak maklumi. Kak nurul ngan Ustaz Algha kan keja kat perhubungan. Diorang selalu cerita betapa tabahnya Ustaz Ya dengan perjuangan Islam. Walaupun susah, beliau tak pernah bersungut macam orang lain yang lebih senang dari beliau. Kalau dalam keadaan sakit pun, mampu menggagahkan diri meneruskan kerja-kerja jemaah.
Pengalaman pertama mengadap Ustaz Ya ialah semasa akak bertugas di Bilik Gerakan Negeri Terengganu semasa Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini. Ustaz Ya menghargai kami sebagai tenaga muslimat perintis yang membuat kerja-kerja PR di BG Negeri. Banyak nasihat yang beliau turunkan buat kami yang masih mentah. Pukul 3 pagi, kami dah tak larat, namun Ustaz Ya masih gagah menyemak dengan berhati-hati semua borang penamaan calon PRU 12.
Moga-moga Allah mengurniakan sebaik-baik kesihatan buat Ustaz Ya.
P/E : Alim, cerita la sikit macamana boleh termasuk dalam Shoutul Amal... Ustaz Ya bagi dorongan eh?
1 comments:
Salam Alim...
Syahdunya kisah...
Kisah yang dihormati Ustaz Ya yang amat tabah memang akak maklumi. Kak nurul ngan Ustaz Algha kan keja kat perhubungan. Diorang selalu cerita betapa tabahnya Ustaz Ya dengan perjuangan Islam. Walaupun susah, beliau tak pernah bersungut macam orang lain yang lebih senang dari beliau. Kalau dalam keadaan sakit pun, mampu menggagahkan diri meneruskan kerja-kerja jemaah.
Pengalaman pertama mengadap Ustaz Ya ialah semasa akak bertugas di Bilik Gerakan Negeri Terengganu semasa Pilihanraya Umum ke 12 baru-baru ini. Ustaz Ya menghargai kami sebagai tenaga muslimat perintis yang membuat kerja-kerja PR di BG Negeri. Banyak nasihat yang beliau turunkan buat kami yang masih mentah. Pukul 3 pagi, kami dah tak larat, namun Ustaz Ya masih gagah menyemak dengan berhati-hati semua borang penamaan calon PRU 12.
Moga-moga Allah mengurniakan sebaik-baik kesihatan buat Ustaz Ya.
P/E : Alim, cerita la sikit macamana boleh termasuk dalam Shoutul Amal... Ustaz Ya bagi dorongan eh?
Post a Comment